61 (AKHIR) | Jaga Diri

18K 490 239
                                    

Kalau nak dapat feel, ulang lagu di atas banyak kali sampailah habis.

NOTE! : Aku edit sikit bab 60. Pendekkan hukuman gantung dari 1 tahun 5 bulan kepada 9 bulan. Tau Tau!

1 Tahun 5 Bulan ditukar kepada 9 Bulan.

•••


  HARI ini adalah kali kedua Hanis membawa Hannah berjumpa dengan Eafy. Sebenarnya, sudah banyak kali Hanis melawat suaminya tanpa pengetahuan Hannah. Namun, kali ini dia harus juga menemukan dua insan yang sudah lama tidak bersua muka. Hari ini adalah hari paling penting.

  Hannah adalah orang yang paling gembira apabila Hanis memberitahu si kecil bahawa mereka akan melawat Eafy, termasuk ahli Catch yang lain.

  "Ana rindu siapa?"

  "Ana rindu papa! Lepastu, Ana rindu daddy Emir. Lepastu, daddy Amir. Lepastu, daddy Xander. Pastu, daddy Alden. Pastu, daddy Shakir. Pastu, daddy Furqan. Pastu, daddy Zarif. Pastu, mummy Raysha. Dan akhir sekali... Ana rindu mummy Lyna!"

  Hanis tersenyum kecil. Ada seorang sahaja lagi yang Hannah tidak sebut. "Mummy Carla?"

  Hannah ukir satu senyuman manis sehingga ternampak lekuk di pipinya. "Rindu jugak. Walaupun mummy Carla tak suka Ana, Ana tetap sayangkan mummy Carla macam Ana sayang mama."

  Terus tubuh Hannah dipeluk erat. Tubir mata Hanis sudah berair, menampung air mata yang bakal turun membasahi pipi. Sungguh, Hannah terlalu matang dalam usianya yang kecil ini. Anak itu hanya memikirkan sudut positif untuk menutup prasangka negatif. Itulah Hannah, si kecil yang licik.

  "Pandai anak mama... Dah ready ke belum nak jumpa papa, daddy-daddy dan mummy-mummy?" Soalan Hanis mengundang anggukan laju anaknya. Hannah punya tahap teruja nak jumpa tu sampai dia menyuruh Hanis dan Syaf untuk membeli pakaian barunya. Katanya, dia mahu kelihatan cantik.

  Lantas Hanis memimpin tangan Hannah memasuki ke dalam Penjara Sungai Buloh. Senyuman ceria tidak lekang dari bibir si kecil molek. Namun, lain pula maksud tersirat di sebalik senyuman Hanis.

  Semoga semuanya baik-baik sahaja.

•••

  PANDANGAN tajam terhala tepat ke mata gadis di hadapannya yang cuba mengelak darinya. Bola mata gadis itu bergerak-gerak kerana tidak mahu bertatapan dengan sang jejaka. Jantungnya berdegup kencang ketika ini. Sangatlah resah!

  "Dah nak dekat 9 bulan aku terkurung dalam ni, baru sekarang kau nak cari aku? Sebab apa? Sebab aku dah nak mampus? Sudah-sudahlah dengan game kau, pengkhianat. Aku dah agak, pengkhianat macam kau, akan selamanya jadi pengkhianat. Bodohnya aku dulu sebab percaya perubahan kau disebalik tudung labuh kau tu. Munafik."

  Syaf pejam mata. Menerima setiap percakapan pedas dari Xander. Nafasnya kini turun naik apabila otaknya mengulangi sepotong ayat dari Xander. Bagai pita perakam yang rosak, ianya berulang.

  Pengkhianat macam kau, akan selamanya jadi pengkhianat.

  Kenapa kau seksa aku macam ni, Xander? Salah aku ke kerana menegakkan keadilan? Salahkah jika aku inginkan hak di atas kematian sepupu aku?

"Kau yang salah, Xander! Kau bunuh Joe!" Syaf cuba sembunyi tangisan. Kenapa semua ni berlaku? Dia sudah kehilangan Joe. Dan kini, dia bakal hilang Xander buat selama-lamanya. Dua insan yang dia sayang, tinggalkan dia dalam dua keadaan berbeza. Joe dikenakan seksaan dan Xander di tali gantung.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now