24 | Lapar

12.4K 645 37
                                    

Saya nak 30 votes untuk chapter ni, please? Kalau tak cukup, takde update! Merajuk sebulan!

----

MASIH sama seperti hari-hari yang lalu, Hanis dan Lyna hanya bertegur sapa di sebalik pintu yang terkunci sahaja. Hanis melekapkan telinga kanannya pada daun pintu sambil tangan memegang perut.

"Lyna...mana Eafy?" Tuturnya dengan intonasi yang dikawal. Dia tak mahu Lyna merisaukan tentang keadaan dia yang tak seberapa baik.

Lyna tak menjawab. Dia diam tidak membalas soalan itu. Dibiarkan soalan Hanis berlalu pergi. Beberapa saat kemudian, dia pula yang ajukan soalan pada gadis di dalam. Kalau dia ada kunci, sudah lama dia peluk tubuh Hanis erat. Rindunya terhadap gadis itu memang tidak terkata. Dia bukan suka pada sesama jantina, tapi inilah yang dipanggil semangat setia kawan. Hanis seorang sahaja yang ikhlas kawan dengan dia sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Hanis, kau okey?"

Terdiam Hanis sebelum dia menekup mulut menahan esakan. Sebelah tangan lagi mengusap perut yang masih kempis. Sudah seharian Eafy tidak masuk ke bilik ini.

"Lyna...aku lapar," esakan Hanis terus bergema. Dia tak tahan. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi dengan sesuatu makanan. Dapat sekeping roti pun jadilah untuk mengalas perut. Tapi, makanan tak ada, air pun tak ada. Tak akanlah dia mahu minum air paip pula? Tidak sihat untuk kandungannya.

Gadis itu hampir lupa bahawa Hanis belum menjamah makanan. Lyna sudah gabra dan seperti cacing kepanasan apabila mendengar esakan Hanis. Abangnya dikurung lebih kurang pada pukul sembilan. Dan sekarang, jarum jam sudah menginjak ke angka lapan malam! Bermakna, Lyna belum makan seharian ini. Kenapa benda macam ni dia boleh lupa pula? Kau cuai, Lyna. Kau cuai!

Dalam kepalanya, dia mahukan kunci! Kunci bilik Hanis! Segera dia meminta diri sebelum bilik Eafy diterjah masuk dengan selamba. Dia menyelongkar segala almari dan meja abangnya dengan cemas. Matanya meliar mencari segugus kunci bilik Hanis. Namun, hampa. Dia tak jumpa langsung! Yang ada hanyalah kunci kereta dan superbike abangnya saja. Dimana Eafy sorokkan kunci?!

Di saat gentir ini, dia terpaksa lepaskan Eafy untuk memberi Hanis makan. Tetapi apabila dia sampai ke ruang bawah tanah, bilik seksaan pula tidak boleh dibuka. Lyna semakin cemas dan teringat kejadian petang tadi. Mamanya iaitu Raysara sudah mengunci bilik seksaan sebelum mereka pulang. Saat itu, Lyna hanya tersenyum sinis saja kerana abangnya dikurung.

Tetapi sekarang, dia baru tahu erti sebenar penyesalan. Dia menyesal kerana mementingkan diri sendiri! Sungguh cuai kau, Lyna!

Lyna mundar-mandir di hadapan bilik Hanis. Kuku digigit kuat. Inilah tabiatnya apabila dia rasa cemas dan rasa bersalah. Otaknya ligat berfikir dan mengerah idea untuk memberi Hanis makan. Esakan Hanis masih kedengaran perlahan. Dia pejamkan mata. Kasihan Hanis.

Seketika, dia teringatkan sesuatu. Pantas Lyna berlari masuk ke dalam bilik abangnya dan menuju ke arah balkoni. Dipandang balkoni di sebelahnya sebelum Lyna tersenyum lebar. Balkoni bilik Hanis dan bilik abangnya agak jauh tetapi bolehlah dia melemparkan sebungkus roti ataupun sebotol air pada gadis itu untuk menjamah.

Dia memang ada kemahiran melompat yang handal. Tetapi kes sebegini, Eafy awal-awal sudah meletakkan dawai berduri atas palang besi itu. Silap langkah, memang bawa maut terus. Terpijak tak apa, boleh dirawat. Tapi kalau dah terpijak, ditambah pula jatuh dari tingkat dua ini. Tak ke mampus terus?

Lyna keluar dari bilik Eafy. Pintu bilik Hanis diketuk perlahan.

"Hanis. Tahan sekejap ya? Aku belikan kau makanan."

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now