28 | Happy Birthday

11.6K 520 13
                                    

     PAGI itu, ahli Catch sudah bersepakat mahu merancang dan membuat kejutan untuk ketua mereka. Amir dan Emir memainkan peranan untuk mengajak Eafy keluar pada waktu pagi dan hendaklah pulang pada tengah hari. Bermakna, masa yang terluang mereka habiskan untuk membuat persiapan bagi menyambut hari lahir Eafy.

    Dan hari inilah dimana hari yang ditunggu-tunggu oleh tiga sahabat itu. Hanis, Lyna dan Syaf memang sudah membuat rancangan sehabis baik tanpa pengetahuan yang lain. Hubungan akhrab Lyna dan Syaf juga mereka sorokkan supaya tiada salah faham antara ahli Catch. Kalau yang lain sudah syak, habislah plan hancur.

    "Eh, kau pahal tarik aku ni?" Eafy sudah merengus apabila tangannya ditarik oleh si kembar. Melihat wajah ceria Emir dan Amir membuatkan Eafy berkerut kening. Apa yang gembira sangat pula dua manusia ni? Kena marah pun suka ke?

    "Ikut ajelah, jangan banyak bunyi." Amir memberanikan diri melawan kata Eafy. Kalau tidak kerana rancangan, dia akan undur diri dahulu jika Eafy mengamuk. Jangan dibuat main, ada juga pertumpahan darah yang berlaku nanti.

     Eafy berdecit. Hatinya tidak mahu ikut, tapi kakinya mengkhianati tuan. Laju kaki Eafy melangkah mengikuti si kembar menuju ke arah parkir lot. Ah sudah, nak bawa ke mana pula ni? Namun, Eafy yang membisukan mulut. Tak mahu banyak tanya. Kalau ditanya, membebel si kembar nanti bila bergabung.

    Tiga pasang kaki mula memboloskan diri memasuki perut kereta milik Emir. Enjin dihidupkan dan lantas mereka memecut laju meninggalkan persoalan yang bermain di minda Eafy.

    Sedar bahawa kereta Emir sudah berlalu, lantas Shakir berlari anak menuju ke ruang tamu. Jari berbentuk 'O' diangkat tinggi sekaligus mematikan lamunan ahli Catch. Sengihan masing-masing sudah terukir dan mula membuat tugasan yang sudah diberi.

    Manakala Hanis yang berada dalam bilik tersenyum hambar. Diambil gambar Eafy yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katil sebelum ditatap lama. Air matanya sudah bergenang. Dia akui, sedikit sebanyak hatinya sudah tawar terhadap lelaki yang bernama Eafy. Namun disebalik itu, secebis hatinya masih mahukan lelaki itu. Eafy ialah cinta pertamanya dan dia ingin orang sama jadi cinta terakhirnya.

    Ditatap lama gambar itu sebelum dicium muka di dalam gambar yang tidak bernyawa. Setitik air mata Hanis jatuh ke lekuk pipi.

    "Nampaknya, kau bukan lagi untuk aku. Malam ni semua akan terbukti bahawa kau bukan untuk aku, dan aku bukan untuk kau. Maafkan aku. Pergilah cari bahagia kau." tutur Hanis kepada gambar yang tidak bernyawa itu. Tersenyum senang dibuatnya melihat wajah ceria dalam gambar itu. Gambar sewaktu Eafy masih di bangku sekolah.

    "Aku akan paksa diri aku untuk maafkan kau. Tapi untuk setia di sisi kau, maaf aku tak mampu. Bukan aku orangnya." Diusap gambar itu perlahan. Bibir mengukir senyuman kecil dan nipis. Sebak yang menyerang cuba ditahan.

    "Aku akan pergi pada 26 Disember 2018, dimana hari bermakna kau berlangsung," ujarnya perlahan. Dirasakan kejam idea daripada otak Lyna ini. Namun, dia hanya ikutkan sahaja. Lyna tahu apa yang terbaik.

    "Kejam tak aku? Aku rasa tak sebab kau lagi kejam, Eafy." Hanis letakkan semula bingkai gambar itu pada tempat asal. Ditenung sekilas sebelum dijatuhkan pandangan pada perutnya yang masih kempis tidak kelihatan. Sejak kebelakangan ini, Eafy sudah semakin baik dan berubah sikap. Dia semakin prihatin dan sering keluar masuk dalam bilik ini. Namun, lelaki itu langsung tidak menyentuhnya.

     Sedikit sebanyak hatinya menolak idea gila daripada Lyna. Tetapi, bila dikirkan semula, idea ini untuk menyelamatkan dia daripada Eafy. Jadi, keputusan yang dia buat adalah mengikuti plan yang telah dirancang oleh Lyna dan disetujui oleh Syaf.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now