Satu suara menyapa. Kuat kedengaran.
"Kalau aku nak jadikan kau yang halal, kau terima tak, honey?"
"Aku tak pernah buat benda ni tau, honey."
"Aku tak percaya aku akan buat semua ni."
"Tapi aku kena buat, untuk takluki hati kau sepenuhnya. To make you mine."
"Hanis Binti Hisyam. Will you marry me?"
Pruff!!
"Bangun! Kau kenapa macam orang tak tentu arah ni? Mengigau siapa?" Hanis buka mata. Melihat Lyna yang sedang bercekak pinggang sambil memegang gayung. Ouh patutlah basah lencun. Minah ni siram rupanya.
Tanpa sepatah kata, pintu yang terbuka luas itu ditutup rapat dan dikunci. Kedua bahu Lyna dipegang dan ditolak supaya duduk di atas katil.
"Kau tunggu sekejap. Alang-alang tu tolonglah kemas katil aku." Hanis senyum. Kemudian, terus dia memasuki bilik air apabila Lyna sudah memulakan hujah paginya. Nak membebel lah tu.
Setelah selesai membasuh muka dan memberus gigi, Hanis kembali bersila di depan Lyna. Hannah pula masih dibuai mimpi. Tengah malam buta dah kacau mama dia tidur, tak lena sungguh.
"Kau kenal abang kau, kan?"
"Soalan apa ni? Dah tu abang aku, mestilah aku kenal." Ingin sahaja dia mengetuk kepala Hanis. Namun dibatalkan sahaja niat itu. Nanti ada juga yang amnesia tahap kronik sampai nama sendiri tak ingat.
Hanis tersengih. Sebenarnya, dia sudah ingat siapa Nur Arielyna di hadapannya ini. Cuma pura-pura sahaja tak tahu. Sengaja mahu kenakan budak ini. Semua kenalan di dalam markas pun dia sudah ingat. Cuma yang paling penting sahaja masih samar-samar. Semua tentang Eafy dia belum ingat lagi sepenuhnya. Mungkin kerana kenangan bersama Eafy terlalu banyak?
"Aku mimpi dia." Tiga patah perkataan mampu buatkan Lyna sungging senyuman penuh makna.
"Serius? Kau mimpi apa?" Lyna angkat kening.
"Aku mimpi... Dia lamar aku."
Lyna terdiam. Ingatkan mimpi basah tadi...
Lyna cuba memproses kembali ingatannya. Dia masih ingat, abangnya pernah memberitahunya tentang hajat bahawa dia ingin melamar Hanis. Betul betul. Eafy pernah melamar Hanis semasa Eafy bercuti. Pandangan redup dihadiahkan buat Hanis. Itu bukan sekadar mimpi, itu sudah menjadi petunjuk.
"Kau rasa mimpi tu sekadar mainan syaitan? Atau something yang buat kau curious?" Soal Lyna dengan suara mendatar.
"Entahlah. Tapi hati aku cakap, semua mimpi ni berkait rapat dengan kisah silam aku dan Eafy. Ada kemungkinan, semua yang aku mimpi pernah terjadi." Ujar Hanis. Mukanya diseriuskan. Dia tak pasti sama ada mimpi itu benar atau tidak. Tetapi jika benar...
Dia terima atau tidak waktu itu?
Mimpi itu langsung tidak membantu dia untuk mengingati semua kisah mereka. Argh!
"Nak aku tolong kau?"
"Macam mana?"
"Hempuk kepala kau?" Lyna sengih lalu mengangkat kening berkali-kali. Melihat Hanis yang sudah mempamerkan riak bosan, terus terpadam sengihan itu.
"Kau gila? Nak aku mati?"
"Halah! Aku selalu tengok dekat drama, kalau nak ingat balik, dia orang kena kemalangan yang melibatkan kepala. Like... terhantuk? Jatuh and kepala berdarah again?" Kata Lyna. Selalu sangat drama sebegitu keluar di televisyen sehingga mempengaruhi minda adiknya Eafy. Pening kepala!
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...