57 | Pecah

5.7K 270 26
                                    

Turun sahaja Syaf dari private boat, cermin mata hitamnya dijatuhkan sehingga terkena pangkal hidung. Deruan nafasnya terasa begitu sesak. Sama juga dengan pemandu boat tersebut yang kaku sambil mata galak memerhati keseluruhan resort.

  Jantung sudah berdebar kencang. Butiran debu telah naik ke udara sekaligus memasuki rongga hidungnya, memaksa menghidu setiap bau yang terhasil. Syaf cuba mencari papan tanda. Apabila jumpa sahaja, hatinya kembali tidak tenang.

  Syed Endah Resort.

  "Cik, saya rasa kita perlu patah semula dan memaklumkan hal ni kepada polis." Pemandu private boat tersebut cuba menghalang Syaf dari terus melangkah masuk. Dia sendiri tidak tahan kerana asap-asap memasuki matanya. Pedih!

  "Takpe. Encik pergilah." Balas gadis itu dengan getaran hebat pada suaranya. Nafas terasa semakin sesak saat dia melangkah masuk, ramai pengunjung yang terkorban hasil dari kebakaran di resort ini.

  Resort yang besar itu, sudah roboh kesemua bangunan. Ini bukan kebakaran, tetapi ini adalah hasil dari letupan bom jangka dan seangkatan dengannya. Namun, siapakah yang melakukan semua ni? Adakah CEO di sini mempunyai musuh? Sehingga semua pelancong terkorban hanya disebabkan dendam dan hasat dengki seseorang.

  Lutut semakin lemah. Hendak masuk ke dalam, dia tak mampu. Masih ada api-api kecil yang belum terpadam. Lagi pula, Syaf takut jika ada baki bom jangka yang belum meletup. Situasi sangat bahaya! Dia memerlukan seseorang untuk mencari punca kenapa resort ini boleh musnah dijilat api marak.

"Joe..."

Dia baru teringat tentang sepupunya itu. Wajahnya kian makin cuak dan resah. Matanya melilau ke dalam. Mana tahu ada wajah yang dia kenali ke.

"Joe..." Perlahan sahaja suara Syaf cuba memanggil sepupunya. Berharap lelaki itu akan menyahut sekaligus dapat melegakan hatinya. Perlahan-lahan tangisan Syaf berlagu juga. Hakikat sebenar bahawa dia belum bersedia kehilangan sepupu yang paling dia sayangi. Johan!

"Kau tak boleh tinggalkan aku, Joe! Never!" Syaf jatuh terduduk. Tangannya mencengkam pasir. Air mata berjujuran jatuh membasahi bumi, sekaligus menenggelamkan dirinya yang kelu dengan dugaan.

  Sungguh berat ujian mu, Ya Allah.

  "Hiks... Joe..."

  Biarpun lutut terasa lemah dan tak mampu menampung berat, gadis itu tetap gagah dan tidak berputus asa. Dia cuba berjalan memasuki kawasan resort. Akalnya bertindak luar kawalan. Syaf cuma mahu mencari Joe. Lelaki itu dalam bahaya!

  Setapak demi setapak dia mara, mayat yang sudah dijilat api dilangkah sahaja. Bau hanyir menusuk ke hidung sekaligus mengundang rasa mual. Jarinya memicit hidung sendiri dengan harapan segala jenis bau yang tidak enak takkan memasuki deria baunya.

  Mata Syaf sudah kabur dek air mata. Pantas dia lap menggunakan lengan bajunya. Kepala terasa mencucuk-cucuk, pening datang menyinggah. Tepi kepala dipicit perlahan. Ah pening betullah!

Langkahnya terhenti.

Zreng!

Nafas seakan sesak. Satu perasaan tidak enak muncul di sanubari. Kepala diangkat memandang atas. Degupan jantung makin laju mengepam saat lebihan simen yang pecah hampir jatuh ke bawah. Atau lebih tepat, ingin jatuh menghempap tubuhnya.

  Syaf ketap bibir. Ini bukan drama dalam televisyen, asal bencana datang je terus kaku menikus. Realiti Syaf mahu lari dari tempias simen besar itu. Pantas dia berlari untuk mengelak sebelum kakinya tersungkur sesuatu. Badannya terjatuh atas badan mayat yang sudah tidak bernyawa.

  Gadis itu terkebil-kebil.

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya sekarang iaitu benda yang terletak di bawah kepala mayat itu. Cepat-cepat dia menarik keluar objek pelik itu.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now