"WELCOME to family Catch, Syafiqah Arissa."
Xander yang tersenyum senang dipandang dalam. Kemudian, matanya kembali meliar pada sekeliling markas. Hendak jatuh rahangnya apabila dia keluar daripada perut lif. Sungguh besar dan luas markas ini. Bagai berada dalam istana sahaja!
"Besar tempat ni, cantik!" Syaf memuji riang. Dia sungguh terpegun apabila melihat hiasan dalam markas. Ini belum lagi dia masuk ke dalam bilik. Kata Xander, setiap bilik dalam markas ini mempunyai bilik air. Wah! Seperti sedang jejak dalam villa pula.
"Biasa saja. Jom? Aku tunjuk bilik kau." Ajak Xander lalu mendapatkan lengan Syaf. Ditarik lengan yang berlapitkan baju itu supaya mengikuti langkahnya. Anak tangga mula didaki satu persatu.
"Eh!"
Xander menoleh, kening diangkat.
Syaf sengih sambil memandang belakang. "Bagasi aku. Kejap ya!"
Syaf berlari anak mendapatkan dua buah bagasi miliknya. Ditarik bagasi untuk menuju ke arah Xander sebelum sebuah bagasi diserahkan pada Xander.
"Angkatkan."
Xander hanya akur. Bagasi itu mula bertukar tangan. Belum sempat mereka melangkah semula, suara dua orang manusia menerjah masuk gegendang telinga. Nyaring suara itu menjerit dan bertengkar.
"Kenapa kau bagi tahu mama dan papa?!" Suara lelaki itu memulakan pergaduhan. Syaf dan Xander pantas menoleh dan menyaksikan pergaduhan itu. Terasa berdesing telinganya apabila suara lelaki itu memetir memaki hamun gadis itu.
"Biar kau sedar! Bukan kau seorang saja yang berkuasa! Berlagak macam kau orang hebat dalam Catch!" Balas gadis itu, nada suara juga dikuatkan. Bergema markas ini dengan suara jeritan mereka.
Xander merapatkan mulutnya ke telinga Syaf dan membisikkan sesuatu.
"Itu Eafy dan Lyna.""Kau jealous?"
"Buang masa aku nak jealous dengan orang macam kau! Tak guna,"
"Jaga bahasa kau dengan aku, Lyna! Aku tetap abang kau!" Eafy tarik nafas dalam. Amarahnya sungguh tidak boleh disembunyikan lagi.
"Abang? Maaf, aku tak ada abang macam kau. Mengkhianati sahabat sendiri, bitch!"
Zap!
Terasa ayat itu ditujukan padanya. Syaf menoleh ke arah Xander yang sedang tekun itu sekilas lalu. Jantungnya mula berdebar sakan.
"Aku buat bersebab!"
"Sebab dendam? Sudahlah, kau seksa dia pun bukan boleh kembalikan arwah uncle Eddy! Buang masa kau dera dia macam tu. Silap hari bulan, dia dah tawar hati dengan kau! Jaga-jaga, bang. Masa tu kau akan kenal erti penyesalan."
Lyna merapati abangnya yang terdiam seribu bahasa. Pandangan tajam abangnya dibalas.
"Hanis, mangsa keadaan."
Syaf terkesima. Nama itu, nama itulah yang dicari selama ini. Nama itulah yang membuatkan dia terpaksa mengkhianati kepercayaan Xander.
"Hanis?" Tanpa sedar, Syaf menuturkan nama itu. Tak semena-mena tiga pasang mata mula memandangnya tepat. Perbalahan antara si abang dan si adik juga terus terhenti.
"Kau siapa?"
Dush!
Jantung Syaf memulakan kerjanya. Berdetak hebat apabila dirinya menerima tiga pasang renungan mata daripada pembunuh upahan yang digeruni. Memang betullah! Dia pun gerun dengan pandang adik-beradik itu. Tajam bak pedang.
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...