54 | Hanya Rindu

5.5K 301 32
                                    

GAMBAR kedua wanita kesayangannya ditatap. Sungguh wajah inilah yang dia rindukan tiap hari. Telefon pintar dipusing-pusingkan sambil mata merenung bulan dan bintang yang terhias di dada langit. Eafy mengeluh perlahan.

Nak call ke tak nak?

  Semua perasaan yang mengganggu fikirannya ditolak tepi. Rindu perlu diluahkan juga! Nombor Hanis didail sebelum telefon pintarnya ditekap ke telinga kanan.

  "Hello? Hey... shh. Mama tengah on call ni. Ee Ana janganlah kacau..."

  Terdengar perebutan telefon pintar antara anak dan mak. Eafy menggeleng kepala perlahan.

  "Honey,"

  Terdiam terus suara di talian. Terangkat kening Eafy apabila sunyi yang mengambil alih. Telefon yang masih menyala dipandang sebelum ditekap semula. Ada je.

  Terkedu sangat ke sampai terdiam seribu bahasa?

  "Wah! Papa Ana call lah!" Ucap Hanis dengan nada teruja. Hannah juga tidak kurang seperti mamanya. Terus melebar senyuman si kecil itu.

  "Papa!" Sapa Hannah mesra. Eafy tersenyum. Betapa rindunya dia pada anaknya itu, tak boleh diungkap dengan kata-kata.

  "Ya anak papa. Ana sihat?" Eafy menyoal.

  "Sihat!" Jawab Hannah yakin. Walhal si kecil itu sedang selsema dan batuk sejak kebelakangan ini. Selamba badak dia je kata sihat walafiat. Huh.

"Kejap, bagi mama cakap dengan papa."

"Tak oleh!"

"Kejap je Ana, please?"

"5 minit je!" Hannah memberi amaran kepada Hanis. Hanis senyum memandang anaknya sebelum angguk tanda setuju. Banyak akal betul budak bertuah tu.

Hanis tekapkan telefon ke telinganya.

"Hello, Eafy."

"Yes honey?"

"Okay masa dah tamat!"

"Hannah! Mama baru pegang fon lima saat tau!"

Hannah terus berpeluk tubuh sambil memuncung. Orang rindu papa dia, mestilah nak berkepit. Ingat senang ke nak call papa sendiri sekarang ni? Huh! Daripada duduk menghadap mamanya, terus badan dipusingkan membelakangi Hanis. Nak tergelak tengok budak kecil ni merajuk! Haha!

"Anak kau merajuk." Kata Hanis mendatar.

"Takpe nanti aku pujuk." Balas Eafy.

"Dia sebenarnya nak tidur dah tu sebab sekarang ni memang waktu dia nak lelap. Tiba-tiba kau call pulak, terus segar mata bulat tu. Nanti kau boraklah dengan Ana sampai Ana tidur. Lepas tu baru boleh cakap dengan aku." Ujar Hanis sambil mengerling Hannah.

"Okay sayang. Semua boleh." Terguling biji mata Hanis ke atas tatkala mendengar panggilan 'sayang' itu. Sejak bila pula Eafy bertukar sweet talker ni?

Bahu anaknya dicuit. Hannah berpaling.

Telefon diserahkan kepada Hannah. Terus mata Hannah tajam menikam mata Hanis. Hanis sengih tak bersalah. Tepi dahi digaru perlahan. Ikut perangai siapa lah garang-garang macam ni. Seram dibuatnya!

"Papa Ana nak pujuk tu. Nak tak?" Hanis masih hulurkan telefonnya kepada Hannah. Lambat-laun si kecil itu menyambut bersama kening bertaut. Marah lagi lah tu. Hanis menggeleng kepala perlahan.

Apabila telefon sudah ditekap ke telinga, terus melebar senyuman Hannah. Hanis ukir segaris senyuman. Hanya Eafy sahaja yang boleh mengubat rajuk Hannah. Budak ni boleh tahan keras kepala. Ikut perangai bapak dia lah tu. Dah masak sangat.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now