34 | Bercuti

12.4K 478 16
                                    

  'BANG!'

   "Apa cerita? Dah genap setahun ni."

  'Bang!'

  "Aku masih usahakan."

  Eafy dan Xander berpandangan. Kemudian, pistol diletak ke meja khas sebelum mereka labuhkan duduk di atas kerusi panjang. Otot-otot diregangkan apabila tangan mereka mula mengalami sakit lenguh. Sudah lama tidak menyentuh pistol.

  "Kau tu. Macam mana dengan Syaf? Takkan marah lagi kot?" Eafy senyum senget. Dia menyenggol bahunya pada bahu Xander. Melihat wajah masam kawannya, terus Eafy lepaskan tawa lucu. Come on lah! Benda dah lepas kot!

  "Kau expect apa? Dia dah khianat aku lah, Fy. Susah nak terima balik." Xander keluh. Luar sahaja nampak seperti marah, tapi jauh di sudut hatinya, dia masih mengharapkan kehadiran cinta pertamanya. Memang susah nak dilupakan. Tiap malam asyik wajah sama yang jelma dalam mimpinya.

  "Maafkan aje. Lagipun hubungan aku dengan Hanis better dari sebelum ni. Dia pun macam dah boleh terima aku. Er... Tapi macam ah." Eafy garu kepala sambil sengih. Manalah tahu selama dia cuba dekati Hanis, gadis itu berpura-pura terima kehadirannya? Walhal gadis itu langsung tidak inginkan pertemuan kembali antara mereka. Begitu?

  "Aku kenal Hanis. Ceh macam rapat pula kan, haha! Tapi aku kenal dia macam mana. Dia still harapkan kau. Kalau tidak, dia dah kahwin lain dah, Fy. Hanis tu bukan tiada rupa, lawa pun lawa. Kurus pun kurus. Siap ada body shape lagi!" ujar Xander. Lelaki itu terus tersenyum apabila Eafy memandangnya tajam.

  "Kau...body shape jangan mention." kata Eafy, sedikit terganggu dengan perasaan cemburu. Uish, siapa aje yang tak cemburu?

  Xander gelak. "Aku gurau jelah. Janganlah serius sangat. So, apa plan kau nak dapatkan Hanis balik? Cubalah propose dia. Semua perempuan idamkan benda tu." Xander senyum senget, memberi cadangan bernas.

  "Propose?"

  Xander angguk.

  "Kalau dia tolak?"

  "Tanggung sendiri,"

  "Cis! Tak membantu langsung."


*****


  MATA Syaf melorot memandang Hanis dengan pandangan jengkel. Mulut dicebikkan tanda meluat. Dia berpeluk tubuh sambil mulutnya terkumat-kamit menggumam. Memang dia tak puas hati tika ini.

  "Kau lagi pentingkan dia dari aku?" soal Syaf sendu. Pipi dikembungkan sebelum Hanis dijeling tajam.

  "Bukan macam tu. Ala...lain kali kita dating okay? Janganlah merajuk. Muka kau bertambah buruk tahu tak?" Hanis menepuk sedikit pipi Syaf sebelum dia tertawa kecil. Bukannya dia pergi lama pun. Benda kecil pun nak merajuk ke? Macam budak kecil.

  "Sunyilah aku nanti..."

  "Kau tak payah nak drama sangat. Aku pergi tiga hari aje," ujar Hanis lembut. Terus dia bangkit sebelum mencapai bagasi miliknya. Segala pakaian dan keperluan dia dan Hannah sudah dikemaskan semalam. Hannah pun kelihatan gembira saja pagi ini. Tentu anak kecil itu pun turut teruja mahu bercuti.

  Tak sabarnya!

  "Eafy ambil kau pukul berapa?" tanya Syaf acuh tak acuh. Seakan tak rela mahu lepaskan gadis itu pergi. "Aku peliklah. Macam mana dia boleh terfikir nak ajak kau bercuti?" sambungnya lagi dengan perasaan tak puas hati. Berkerut dahinya memikirkan jawapan. Dia memang tak berkenan langsung dengan Eafy. Kalau boleh, selepas Hanis lari daripada tawanan lelaki itu, Syaf tak mahu Hanis ada hubungan lagi dengan pembunuh upahan itu.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now