"El, yang ni sesuai tak untuk akak? "
"Wah.. Good choice Kak Tasya! "Elora sungguh kagum melihat gaun simple itu kerana ianya cukup sesuai dipakai oleh kakak iparnya.
"Okay now.. Mari kita pilih cincin pula", Nathan mengajak mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang dipenuhi oleh cincin yang mahal harganya.
"Tak keh mahal sangat ni, Nathan? ", tanya Kak Tasya.
"Mummy suruh kita masuk kedai ni.. Lagipun dia kata kedai ni bagus",jawab Nathan.
Sedang mereka memilih cincin, tiba-tiba seorang wanita memeluk Elora dari belakang.
"Lepas! ", Elora cuba melepaskan pelukan wanita itu.
"El, ini mama El.. Mama datang nak cari kamu, sayang"
"Mama? ", air mata El mulai jatuh.
Wanita itu memusingkan wajah El ke arahnya.
"Mama dah lama cari kamu El",Puan Deana memeluk anaknya kembali.
"El rindu mama", El meluahkan perasaan rindunya kepada ibunya.
"Dah dah.. Nanti orang tengok tu hah.. Ni mama bawa coklat"
"Nak.. Mama.. Pleaseeee",Elora membuka tapak tangannya meminta.
"El, kamu tak pernah berubah El.. Coklat jerr kamu suka ni.. Kenape? Nathan tak pernah bagi coklat kat El keh? ",Puan Deana sengaja mengusik anaknya.
"Memang tak pernah pun", jawab Elora. Sempat lagi jelingan diberikan kepada Nathan.
Nathan datang ke arah Elora dan mentuanya.
"Bukan tak pernah, tapi Nathan tak tau pun El suka coklat, Aunty",Nathan cuba memberi keterangan kepada mentuanya.
"Lahh.. Mama tak salahkan Nathan.. Dah kenapa lagi nak panggil Aunty tu.. Panggil jerr mama.. " Puan Deana tersenyum melihat menantunya itu.
"Tapi Nathan dah biasa panggil Puan Deana aunty"
"Mama dengan Nathan kenal antara satu sama lain? ", Elora menyampuk.
"Ha'ah mama ni kawan baik mummy Nathan"
"Habis tu? Kenapa abang tak bagitau El Nathan dah jumpa mama El?"
"Nathan.... "
"Mama tak suruh.. Mama nak buat surprise kat anak mama ni",kata Puan Deana mencubit pipi tembam El itu.
"Mama jahat kan... Tak sayang El",El memuncungkan mulutnya.. Merajuk lah tu.
"Lahhh.. Makin manja pula anak mama ni.. Ni mesti dah terlebih kasih sayang ni" Puan Deana sudah mula tergelak.
"Dahlah.. Jom tengok Abang Mar dengan Kak Tasya pilih cincin" Nathan menarik tangan Elora.
'Mama gembira tengok El bahagia dengan Nathan, El.. Mama suka sangat.. Mama nak kamu bahagia dan bagi mama cucu sebelum mama pergi ye sayang', bisik kecil hati Puan Deana apabila dia melihat anaknya bermain-main bersama suaminya.
"Mama... ",Elora datang kembali kepada mamanya bersama Nathan.
"Felix mana mama? "Mata Puan Deana sudah mulai berkaca mendengar soalan itu.
"Sayang.. Felix adik kamu dah lari dari rumah sayang.. Sebab mama tak bagi dia kahwin.. Dia masih 16 tahun.. Takkan mama nak benarkan.. ",terang Puan Deana.
"Kenapa mama tak tunangkan jerr? " Puan Deana terdiam.
"Takpe mama.. Kitorang akan tolong mama, kan Abang? "Elora cuba memujuk mamanya.
YOU ARE READING
Maafkan Aku
Romance#COMPLETE# Persahabatan yang terbina sejak kecil musnah hanya kerana seorang perempuan Adam bertekad untuk memohon maaf kepada kawannya, Nathaniel Anderson. "Nathan maafkan aku" "Hati aku tak terbuka untuk maafkan kau" "Maafkan aku.. Aku minta ka...