"Kamu tau tak.. Selama dia sakit kaki tu.. Dia marah nenek bagitau Nathan sebab dia tak nak Nathan risau. Dia tak nak Nathan maki orang lain.. Dia nak jaga ketenangan Nathan.. Kaki dia sakit sangat sampai air mata dia akan mengalir setiap kali dia nak berdiri.. Nenek nak suruh dia tak payah naik tingkat atas untuk makan.. Tapi dia tetap tak nak susahkan Nenek, El.. Nathan masih ingat tak masa Nathan marah dia sebab dia tak datang sekolah selama 4 bulan? "
Nathan menganggukkan kepalanya..
"Masa tu lah kaki El bengkak.. Nathan datang rumah tampar dia sebab dia tak datang sekolah tapi sebenarnya kaki sakit, Nathan.. "
Buat seketika, Nek Mariana mengimbas kembali memori di mana Nathan memarahi Elora...
Flashback~
Nathan turun dari keretanya lalu segera masuk ke dalam rumah Nek Mariana dan mencari Elora.
"Woi.. Kau tau tak kau dah susahkan aku... Kau tak pergi sekolah 4 bulan, pa hal??!! Kau tau tak.. Yuran sekolah tu daddy aku yang bayar.. Kau senang-senang jerr nak ponteng??!! ", Nathan menggenggam kolar baju El..
"Nathan!! Jangan sakiti El Nathan.. ",Nek Mariana memarahi Nathan.. Elora membuat isyarat 'jangan ' kepada Nek Mariana.
"Kau jangan ingat kau tu tunang aku kau boleh buat suka hati kau..!! Kau ingat lepas ni jangan lagi ponteng, faham?!!",Elora hanya menganggukkan kepalanya lemah.
"Woii.. Kau bisu keh ape?!! " Nathan menampar pipi Elora.. Elora menangis sambil memegang pipinya..
"fa.. Faham.. ",Elora menjawab tergagap-gagap...
Nathan mengambil kunci keretanya lalu memandu keretanya keluar dari halaman rumah Nek Mariana.
"Ahhh!!" El menjerit kesakitan apabila dia melihat kakinya berdarah semula.. Nasib baiklah esok cuti pertengahan tahun.
"El.. Meh nenek tolong ",Nek Mariana cuba membantunya.
"Tak perlu Nek.. "Elora bangun sendiri dan berjalan menuju ke biliknya.
End flashback ~
"Nathan.. Kamu tak nampak keh betapa besarnya pengorbanan El.. Selama ni dia tak pernah tunjuk kat Nathan apa yang dia telah lalui.. Dia sakit berkali-kali hanya kerana kamu, Nathan.. Kamu tak nak balas semuanya keh? ", Kata Nek Mariana.
Nathan yang dari tadi menangis teresak-esak menganggukkan kepalanya..
"Nathan nak.. Nathan tak pernah tau pengorbanan dia selama ni, Nek.. Kenapa Nathan tak pernah sedar? El senyum.. Chat Nathan pun happy .. Tapi Nathan tak pernah tau di sebalik senyuman dan kegembiraan dia tu ada banyak pengorbanan.. ",Air mata Nathan mengalir deras..
"Meh.. Nanti ikut nenek pergi berbaik dengan El", pujuk Nek Mariana.. Nathan hanya menganggukkan kepalanya.
At the same time (Papa El's house)
"El.. Cukup dah nangis tu.. Nak pengsan papa tengok "
"El tak layak bahagia,keh papa? "
"Sape cakap.. semua orang layak untuk bahagia,El.."
"Kenapa Nathan sanggup buat El macam ni.. Kenapa dia sanggup tengking El?.. Kenapa dia selalu abaikan El.. Dia asyik belajar.. Belajar.. Belajar.. El buntu.. Dia luangkan masa dengan El pun sekejap jerr. Itu pun sambil belajar, papa.. Dia tak pernah nak faham perasaan El.. El perlukan kasih sayang dia, papa... El tak tau kenapa.. Tapi setiap kali El nampak dia layan El acuh tak acuh, El nak nangis.. Tapi El hanya pura-pura senyum dekat dia,papa... Dia sweet.. Ye.. El tau.. Dia selalu buat El melt.. Blushing.. Malu.. Tapi kalau papa nak tau.. Semua tu kadang-kadang buat El tertanya-tanya.. Nathan sayang El keh tak sebenarnya.. Atau semua ini cuma lakonan supaya El senyum? ",El mulai menangis teresak-esak.
"El.. Papa faham perasaan kamu... Tapi lelaki memang macam tu El.. Diorang tak tunjuk kasih sayang diorang.. El tak tau apa yang dia doakan.. El tak tau.. Manatau dia berusaha belajar tu sebab dia nak El dengan dia bahagia bila dah habis belajar.. El kena faham... El tak boleh macam ni... ",pujuk papanya..
"El tau papa.. Tapi kenapa dia selalu buat El macam tu?? Lelaki memang tak pernah faham keh perasaan perempuan? ", Air mata El semakin deras mengalir.
"That's not right, El.. Lelaki mungkin tak faham sekarang El.. Tapi yakinlah dia akan faham perasaan perempuan suatu hari nanti... Tuhan akan buat dia faham El. Tak kira apa pun caranya.. Meskipun melalui kenangan pahit contohnya penceraian, pemergian, pergaduhan.. Ataupun melalui gosip, status Whatsapp,facebook,instagram,twitter,akhbar ,novel, cerita dan drama El..."
"Lelaki dan perempuan dicipta untuk saling melengkapi, El.. Lagipun El pernah tau tak.. Yang Nathan pernah cakap yang kamu ni lah kegembiraan dalam hidup dia?" ,soal papa El.
El menggelengkan kepalanya.
"Okay.. Nathan pernah jumpa papa personally.. Dia bagitau papa ...
'Papa.. Nathan nak ucap terima kasih sebab dah lahirkan El untuk Nathan.. Dia buat Nathan happy... Rasa bahagia.. Rasa lengkap.. Rasa bersemangat nak lalui hari-hari Nathan.. Dialah tulang rusuk Nathan.. Dia melengkapi hidup Nathan.. Dia selalu buat Nathan tersenyum.. Nathan tak pernah rasa jemu nak mencintai dia, Papa.. Walaupun Nathan tau Nathan selalu abaikan dia sebab Nathan asyik study ..baca buku.. Tapi dia tetap tak jemu nak kacau.. Buat Nathan Bahagia.. Nathan tak tau macam mana rasanya bila Nathan kehilangannya nanti.. Nathan tak sanggup.. Dia terlalu berharga papa.. Dia selalu cuba untuk membahagiakan Nathan.. '
Itulah yang Nathan cakap pada papa.. Please El.. Jangan macam ni.. El mesti kuat.. Harungi semua cabaran ni, okay? "
El menganggukkan kepalanya..
Tiba-tiba, pintu rumah papa El diketuk.
"Masuk! ",papa mengarahkan pengetuk itu supaya masuk ke dalam rumah.
"El.. Abang nak minta maaf.. "Nathan berlari dan segera berlutut sambil membuat tangannya yang melambangkan 'please'.
"Abang tau... Abang tak pernah sedar pengorbanan El....Abang selalu sakitkan hati El... Abang selalu abaikan El dengan pelajaran.. Baca buku.. Abang minta maaf.. I need you, El.. Abang minta maaf... Sekarang abang faham kenapa El selalu tanya abang sama ada abang sayang El atau tak.. Semua tu sebab abang abaikan El, kan? "
El menganggukkan kepalanya..
"El buntu abang.. kenapa abang selalu layan El nak tak nak.. El tau pelajaran tu penting but i need your love too.. I need your attention to cure my wound.. ", Elora menangis lagi..
"Sekali tu.. El meluah dekat abang.. Abang layan El betul-betul.. Dengan baik.. Sampaikan abang pun terikut nangis.. El terharu, Abang.. El terharu sangat.. Tapi.. Kenapa selepas tu, abang mulai layan El nak tak nak? Kenapa?? ",Tangisan El semakin kuat..
"Abang minta maaf El.. Abang terabaikan El.. Abang tau itu salah abang.. Abang akan cuba berubah.. Percayalah cakap abang.. I'll do anything for you, my wife.. Abang jujur El... Abang selalu bahagia bila ada dengan El... El pula? Bahagia keh tak? "
Proceed to the next part, okay? 😅jujur sis nak nangis masa sis tulis.. Menyentuh betul tau...
YOU ARE READING
Maafkan Aku
Romance#COMPLETE# Persahabatan yang terbina sejak kecil musnah hanya kerana seorang perempuan Adam bertekad untuk memohon maaf kepada kawannya, Nathaniel Anderson. "Nathan maafkan aku" "Hati aku tak terbuka untuk maafkan kau" "Maafkan aku.. Aku minta ka...