-As Elora-
Hari perkahwinan Felix kini telah tiba.. Berdebar rasa walaupun bukan aku yang kahwin kot.
Hari ni aku dengan Nathan akan jadi penyambut tetamu memandangkan papa dengan Aunty Lina dah suruh kitorang.
Flashback perbincangan ~
"Abang.. ",panggil Elora
"Ye sayang.. ",jawab Nathan.
"Papa suruh kita jadi penyambut tetamu.. Memandangkan kita dah kahwin kata papa ", jelas Elora.
"Betul keh papa? So kitorang kena cari baju cantik-cantik lah ni kan? "
"Ye Nathan.. Pasal baju tu korang uruslah nanti.. Mintak jerr El duit tu.. Tiap bulan papa dah masukkan RM1000.00 kat account dia", jawab Papa El.
"Papa biar betul!! Okay.. Nanti Nathan mintak dia..." Nathan nampak sedikit terkejut.
"Ehh... Takkan kamu tak tahu.. Semua anak papa dapat seribu kot setiap bulan.. Kecuali yang dah kerja lah.. Lagipun takkan kamu tak tau.. Nama sebenar papa ada gelaran Datuk? ", membulat mata Nathan sedangkan daddy dia sendiri kot ada gelaran tu.
"Okaylah papa...Nathan nak bawak El pergi pilih baju lah.. Bosan kat rumah ni"
"Tunggu kejap lah bang.. Kita kena tau tema diorang dulu kot "
"Yelah sayang.. "
Setelah beberapa jam Nathan menunggu mereka berbincang ,akhirnya mereka pun selesai.
Lantas Nathan memandu keluar dari halaman rumah Papa El.
"Sayang... Sayang rasa kat mana kita patut cari baju macam tu ?",tanya Nathan.
"Rasanya kat butik Kak Yona lah kot", jawab Elora.
Setelah beberapa jam mereka mencari, akhirnya mereka menjumpai sepasang baju yang sesuai "
End flashback~
"Cantiklah sayang hari ni.. ", tiba-tiba seorang jejaka tampan datang menyapaku dari belakang.. Siapa lagi kalau bukan Nathan.
"Lahh.. Dah jom kita pergi tunggu kat luar.. Tak lama lagi sampailah tetamu tu", malas nak layan laki aku ni..
"Okaylah jom", lantas dia memeluk pinggangku.
Setelah semua jemputan masuk ke dalam dewan, aku dan Nathan pun masuk .
Dari jauh lagi kedengaran pengacara majlis sedang mengumumkan ketibaan pengantin perempuan.
Aku sungguh terkejut apabila aku terlihat kecantikan Amanda semasa dia turun dari Kereta Honda City itu.
"Kak.. ",panggilnya.. Aku pun apa lagi.. Jemput lah dia masuk.
"Sayang... "
"Kejap.. Biar aku yang pimpin dia sampai pergi tempat Papa dia"
Aku memimpin dia sehingga ke hadapan pintu iaitu di tempat Encik Stephen sedang menunggu.
"Abang... ", panggilku.
"Hah.. Tu pun sayang.. ", jawabnya.
"Hebatlah majlis diorang.. Alah-alah majlis tari menari diraja"
"Tu lah.. Haritu abang suruh pilih tema tak nak.. Tapi sokay lah sayang..Majlis persandingan kita nanti akan jadi alah-alah majlis perkahwinan diraja, okay?", tersenyum aku dibuatnya.
YOU ARE READING
Maafkan Aku
Romance#COMPLETE# Persahabatan yang terbina sejak kecil musnah hanya kerana seorang perempuan Adam bertekad untuk memohon maaf kepada kawannya, Nathaniel Anderson. "Nathan maafkan aku" "Hati aku tak terbuka untuk maafkan kau" "Maafkan aku.. Aku minta ka...