"Berita jam 8 malam. Gempar apabila penduduk kawasan Melania mendakwa mereka ternampak piring ufo berlegar-lengar di udara malam semalam. Mari kita dengar apa ulasan penduduk di situ."
Dari seri pentas beralih kepada kawasan kejadian.
Wartawan: Apa sebenarnya yang berlaku?
Saksi 1: Begini. Saya baru saja lepas membuang air besar dan saya mahu masuk ke dalam rumah, saya terdengar bunyi pelik dan nyaring. Macam enjin lori tapi bukan. Bila saya dongak kepala, satu objek aneh melayang di udara. Terkejut saya dibuatnya!
"Hahahahaha" Seorang gadis berambut coklat menghamburkan tawa. Terhibur betul hatinya. Berita mengarut macam ni pun keluar berita ke? Dunia..dunia..
"Arissa! Aku tengah buat kira-kira untuk kedai kek aku ni! Senyap sikit please!"
Gadis berambut blonde itu berdecit geram sebelum kembali menekuni buku kira-kira dan kalkulator di hadapannya itu. Sesekali dia membaca butiran kewangan di laptopnya.
"Opps sorry Laura. Aku slowkan volume ya." Dia mencapai remote dan memicit butang perlahan.
"Apa yang kelakar sangat?" Laura menutup laptopnya dan bangun meregangkan badannya yang terasa lenguh.
"Ada pakcik nampak UFO malam tadi. Mengarut betul."
Laura menjongket kening. Itu je? Tak ada apa yang menggelikan hati pun?
"Kenapa kau gelak tak ingat dunia? Selalu saja berita pasal UFO ni. Tak pelik pun."
"Masa kejadian tu, ada budak ni dia lalu belakang pak cik ni. Dia bogel sambil pakai pelampung. Then, sempat lagi buat peace dekat kamera!"Gadis itu menjawab dengan ketawa yang masih bersisa.
"Ohh macamtu." Laura mengangguk faham. Dia turut tersengih. Biasalah budak-budak.
"Tapi ada yang pelik dengan budak tu. Kaki dia.."
"Kenapa dengan kaki dia?"Kening Laura bercantum.
"Kaki dia tak jejak bumi.. hehehe!"
Papp!
Sebiji bantal melayang tepat pada muka Arissa yang galak ketawa. Seronok benar dia dapat mengenakan gadis penakut itu.
"Mulut jangan cabul, eh. Aku tenyeh dengan garfu baru tahu!" Laura menggeleng perlahan. Ada saja modal nak menyakat!
Tak sakat dia sehari, tak lengkap hidup si Arissa agaknya.
"Ada whatsapp masuk tu." Tegur Laura. Dia menutup komputer riba dan menapak ke sofa di hadapan tv. Dia mencapai bantal dan memeluk erat.
"Alah, biar jelah. Aku taknak lepas scene ni." Gumam Arissa. Matanya masih melekat di skrin tv.
"Kring.....kring..."
"Tch. Kacau betullah!" Arissa mencapai telefon pintarnya dengan kasar.
"Hello! Nak apa hah!"
"Amboi. Jawab telefon macam samseng. Adik tu perempuan. Cubalah sopan sikit."
Suara garau menjengah telinganya. Matanya dijulingkan ke atas. Along rupanya.
"Hmm iyalah. Kenapa along call malam-malam ni?"
"Datang kedai sekarang. Ada customer hantar toto ni. Banyak betul. Kesian along tengok si Fina tu buat kerja sorang -sorang."
"What!? Along sedar tak pukul berapa dah ni? Hari ni sehari suntuk adik kat sana tau. Baju customer punyalah banyak hari ni. Sakit pinggang tau!."
"Sekarang ni Fina seorang kat kedai. Takkan nak biarkan dia buat seorang? Farah balik awal tadi, ada hal. Along nak balik dah ni."
Hatinya mendongkol geram. Haih. Tak boleh tengok orang senanglah!
"Fine. Tapi along naikkan gaji adik bulan ni. Ni dah lebih waktu kerja adik tau!" Gadis itu tersenyum sinis. Nak buli dia boleh, tapi bayar lebih la.
Lelaki di hujung talian mengeluh. Bertuah punya adik. Nasib kau sorang je adik aku. Heh.
"Iyalah. Along kasi lebih sikit hujung bulan. Tapi kalau adik curi tulang, along potong gaji ye! Jangan nak buli pekerja along pulak ya! Bye!"
Talian diputuskan.
Arissa menghela nafas. Apalah nasib kau Rissa. Kena buli dengan abang sendiri.
"Eh, nak pergi mana malam-malam ni?" Lembut suara Laura bertanya. Pelik melihat kawannya bersiap waktu begini.
"Along aku lah. Dobi tak cukup staff. Masa ni pulaklah pakaian nak banyak. Apa manusia sekarang ni malas nak basuh baju sendiri ke apa ha?" Getus Arissa kuat. Sandal dicapai dari rak.
"Tak baik cakap macam tu, Rissa. Pakaian banyak, maksudnya rezeki masuk. Nanti kau juga buli abang kau beli itu ini kan?"
"Haih. Aku penat tau tak. Patutnya waktu malam macam ni bagilah aku rehat. Esok pagi aku lambat bising pulak!"
"Sabar Rissa. Esok dah jumaat kan. Sabtu ni kita pergi bercuti nak? Aku pun stress dengan kedai bakery aku tu. Ingat nak ambik cuti, pergi berkelah tepi pantai ke?"
Cadangan Laura membantutkan langkahnya. Tombol pintu tidak jadi dipulas.
Dia menoleh laju ke arah meja makan. Wajahnya yang mendung serta merta bertukar ceria.
"Apa? Bercuti? Mestilah nak!"
Laura tersenyum melihat kawan karibnya itu melakar sengih.
"Bawak motor elok-elok. Kerja jangan monyok-monyok ya, ceria sikit. Kalau Fina report, aku batalkan holiday kita nanti."
"Iyalah, aku tahu. Aku cau dulu. Kunci pintu ni, Laura. Jangan buka kalau orang tak dikenali ketuk tau!"
"Isy, aku bukan budak kecikla. Tahulah aku!"
Arissa ketawa terbahak-bahak melihat wajah Laura masam akibat disakat. Lain sungguh mereka berdua ni. Seorang agak kasar dan seorang lagi lemah lembut perwatakannya.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...