Aku fikir manusia itu sama,
cakap saja besar isinya kosong sebesar kuman.
Janji saja panjang nak tunaikan payah.Tapi sangkaan aku meleset lepas aku jumpa manusia bernama Min Yoongi, atau lebih dikenali dengan nama rare dia Suga.
Dalam berpuluh ribu manusia dalam dunia ni, kenapa aku yang perlu berhadapan dengan dia. Anak kacukan korea jepun ini, sangat teguh dengan prinsip nya, perfectionist dan sangat bencikan manusia sambil lewa macam aku.
Aku juga benci manusia macam dia, lumrah manusia itu selalu melakukan kesilapan jadi mengapa mahu melawan fitrah itu.
tiap kali, adanya sesi perjumpaan aku dengan dia, jantung aku berdegup kencang. Bukan kerana cinta, tapi kerana takut, aku takut dengan setiap bait kata-kata dia seperti ketika ini.
"Awal habis kelas, mesti penat tunggu saya kan. Takpe, awak sanggup kan?," Suga terus duduk berhadapan denganku di cafe yang penuh manusia itu.
"Takde la, sehari suntuk pun saya sudi tunggu awak," walaupun aku tak rela, tapi aku terpaksa menjaga hatinya.
Semua mata tertumpu ke arah kami, sejak Suga hadir hidup aku porak peranda, ada saja mata pelajar perempuan membenci aku melihat aku kerap bersama Suga, tapi aku rela dari berdepan dengan amarah Suga.
"Ye ke? Kalau sudi kenapa reaksi muka macam awak cuba nak bagitau saya yang 'apa-apa je la bodoh, kau ingat aku kesah dengan kau' bukan macam tu ke?,"Suga terus mengangkat-angkat keningnya menduga aku.
Makin lama, makin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam hati aku.
"Eh mana ada, saya ikhlas. Cuma saya penat, banyak kerja hari ni. Saya takkan cakap macam tu dengan awak, saya tak layak nak bodohkan Suga,"aku tunduk memandang meja makan, aku letih dengan semua yang berlaku sejak kehadiran Suga.
"Kesian awak kan, kejap ye. Saya nak bagi something dekat awak. nah, makanlah," Suga menghulurkan gula-gula chocolate pada aku, apa yang dia mahu aku pun tak tahu.
"Terima kasih,"jawabku ringkas, dan terus memasukkan gula-gula chocolate itu ke dalam beg.
"Hmmm siapa suruh masukkan dalam beg? Saya bagi untuk awak makan sekarang," permainan dia dah bermula, aku harus bijak menyusun langkah melawan permainan Suga.
"Now, pilih 5 biji dan makan. Dalam packet ni ada satu yang bukan chocolate kalau termakan, 20 minit kemudian kadar denyutan menurun, urat saraf hilang fungsi, dan darah awak akan burst, result total fatal dan mati. Dalam ni ada 10, buat pilihan bijak,"Suga terus melemparkan senyuman penuh kekejaman itu pada aku, nak melawan sama, tak melawan pun sama.
Jadi aku turutkan saja, tiada beza. Aku telan satu persatu gula-gula itu, setiap kali aku masukkan denyutan jantung aku berdenyut lebih dari sepatutnya, Suga tak pernah bermain kata, apa yang dia kata itulah yang realitinya.
"Aku masih hidup lagi kan? Huuhh~~ Nasid baik aku masih hidup lagi," 20 minit berlalu, tanpa aku sedari air mata mengalir, kerana 5 biji gula-gula yang aku makan semuanya elok. Mungkin nyawaku masih panjang lagi.
"Hahahaha... thanks for hilangkan stress saya, you're so dumb, fikir sikit takkan saya nak bunuh awak dekat tempat publik? Have a sweet day my dumb Jihyo,"Suga terus berbisik padaku.
membuatkan aku tersentak, dia cuma permainkan aku, makin deras air mataku mengalir kerana baginya nyawa aku cuma barang mainan baginya, aku mengelap kasar air mata dan terus berlari pulang menuju ke bilik.
"Jihyo kenapa ni?,"Jungkook menegurku yang sedang berusaha mengesat air mata supaya orang lain tak perasan namun aku tewas.
To Be continue...
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо