"Awak memang bawak dettol setiap hari ke apa?," hairan juga, rajin pulak si Suga nak bawak dettol ke hulu hilir.
"Tak la, harini je sebab rancangan dia saya nak langgar sikit awak dengan kereta, tapi awak tak muncul-muncul. Tak dapat langgar pun buat awak jatuh sikit pun boleh la dari takde la langsung kan," Yah!! kejamnya dia ni. Langsung tak berperikemanusiaan.
"Perghh pagi-pagi dah drama cintan, tak menahan betul la kau punya sweet ni Suga,"
tegur Taehyung, Taehyung atau nama singkat dia iaitu V ni kawan baik Suga, spesis sama macam Suga tapi tak sekejam Suga.Dua-dua bijak, tapi yang bezanya V in jenis suka mainkan perasaan perempuan, dia ni pun aku benci jugak.
Pokoknya apa-apa yang berkaitan dengan Suga aku benci termasuk baju yang dia pakai, kereta dia, tempat duduk dia, dengan bayang-bayang dia sekali aku benci.
"Kalau kita dah sayang orang tu, apa pun kita sanggup buat. Nyawa pun sanggup kita gadai kan Jihyo?," Suga memandang aku dengan senyuman sinis, aku hanya memalingkan wajahku ke tempat lain.
"Bila Suga dah jatuh cinta macam ni la jadinya, Jihyo asal aku tengok kau ni macam takde feel je dengan Suga? Jangan cakap kau tak suka Suga. Satu uni dah tau kau dengan Suga, semua orang tekejut beruk tau," bila pulak aku bercinta dengan si Suga. Ini tak lain tak bukan semua kerja si Suga la ni.
"Takde la, bila pulak aku dengan Suga..," belum pun sempat aku habiskan ayat, Suga terus memijak kaki aku, sakit dia punyalah tak dapat di gambarkan dia bukan pijak perlahan pijak kuat pulak tu.
"Hmmm biasalah Taehyung, ala macam kau dapat bercinta dengan crush kau mesti kau malu kan Taehyung? Macam nak kena behave selalu. Dia ni hati-hati sangat sebab aku kan crush dia," sejak bila pulak aku crush dekat dia? Aku tak pernah minat sesiapa sejak dia dah huru harakan hidup aku, instead, tak sempat pun nak ada crush.
" so kiranya, Jihyo la yang mulakan step dulu. Hmmm tu la, aku pun heran asal kau nak declare dengan Jihyo kan, instead, kau boleh dapat yang lagi cantik dari Jihyo," V menepuk-nepuk tangan, sempat juga dia kutuk aku.
"Aku bukan macam kau , bercinta sebab rupa. At first, aku takde la nak suka si Jihyo ni, tapi dia dah buat macam-macam untuk aku, sampai nak offer kan diri dia dekat aku, so aku ni kan bukan jenis yang low profile macam tu, lelaki dayus je yang buat benda tak senonoh macam tu, untuk selamatkan Jihyo dari dunia macam tu, aku pun say yes je la dekat dia,"
What? Offer diri? Since when? Tak terlintas pun kat fikiran aku nak gadaikan maruah aku semata-mata demi dia. Dia dah melampau!"Seriously? Gila la Jihyo, aku tak sangka kau suka Suga sampai macam tu sekali?," V membulatkan mata. Aku kena buat sesuatu, aku tak boleh biarkan fitnah ni.
"Taehyung. Suga gurau je, kau jangan ambil serius benda ni," aku pandang V, aku harap dia percaya apa yang aku cakap.
"Well, 50-50 nak percaya boleh tak percaya pun boleh. Okay guys, i've got to go," V terus berlalu menaiki kereta mewah milik gadis berambut lurus itu. banyak kali V tukar girlfriend. Dah macam tukar baju.
"Asal sebok nak masuk conversation?," Suga berdiri tegak, dia menolak kuat bahuku.
"Macam mana tak sebok, apa yang awak cakap tadi fitnah, mengaibkan saya!," aku terus berjalan pergi, aku tak mahu lagi fikir pasal Suga, lagipun aku dah lambat ke kelas.
Be continue...
Best x??
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romans"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо