"Bangun Jihyo, awak nak baring berapa lama lagi ni?," suara Suga memecah kesunyian yang aku rasai sebentar tadi, aku buka mata perlahan, aku masih di rumah Suga dan Hoodie tidak berada di badan aku lagi. Aku terus bangun.
"Awak buat apa?," soalku kasar. Nadaku seakan marah.
"Saya tak buat apa-apa. nah, Hoodie awak. lain kali turun tangga elok-elok, awak ingat awak superman boleh terbang? Dah la terus pengsan, eh jangan gerak saya nak sapu ubat dulu. Bengkak ni buku lali awak," Suga menyapu ubat itu di buku lali aku, aku pandangnya serius. Aku tak faham perangai dia, kadang-kadang zalim, kadang-kadang baik.
"Kenapa awak beria nak sapu ubat ni? Kan elok kalau saya mati membusuk jatuh tangga tadi," aku pandang tv yang terpasang itu.
"Setakat jatuh tangga macam tu mana boleh mati, kalau awak mati sebab jatuh tangga bukan sayalah yang bunuh awak dan dendam saya masih lagi tak terbalas. Pernah ke awak nampak manusia beli ayam busuk? Sama macam situasi kita la, saya kalau nak bunuh mestilah awak dalam keadaan sihat. Kalau sakit-sakit tak best la," Suga senyum sinis pada aku, aku cuma pandang lesu saja pada dia. Aku letih sangat.
"Awak memang serius nak bunuh saya? Awak tak takut ke nanti saya jadi hantu saya cekik awak sampai mati?," aku beranikan diri tanyakan soalan itu padanya.
"Awak tak tahu apa yang saya hadapi waktu dulu sebab appa awak, saya merempat, mintak sedekah, kalau tak cukup saya kena pukul. Saya kena dera, awak tahu betapa susahnya saya nak harungi hidup saya demi hari, kalau bukan sebab appa awak saya takkan harungi semua benda tu, ya saya serius! Saya nak appa awak rasa betapa peritnya hilang orang yang dia sayang," Suga membulatkan matanya, dia marah sekali. Aku tak mahu appa yang di persalahkan, appa tak salah.
"Saya minta maaf, saya tak tahu pasal tu," aku penat, aku saja yang perlu faham apa yang dia rasa.
Sebenar nya tadi aku saja nak melawak tak tau pulak yang dia ambik serius.
"Tak penting pun la, lagipun awak dah nak mati kan. Cakap dengan awak ni sama je macam cakap dengan patung, takde roh cuma jasad je ada. Useless. Awak tunggu kejap, saya ambil ais nak tuamkan bengkak tu," Suga terus bangun.
aku tersentap dengan apa yang katakan, dia buat aku macam aku tiada nilai. Sejurus saja Suga ke dapur aku terus melangkah laju keluar, walaupun kaki aku sakit tapi aku gagahkan juga, aku tak sanggup dengar dia hina aku lagi.
Memandangkan dia dah jamin appa
akan hidup jadi aku tak perlu nak layan dia baik-baik lagi, layan dia baik-baik pun pengakhirannya nanti aku mati juga.Aku terus berjalan melalui tepi jalan dengan terjengkot-jengkot. Tiba-tiba satu tolakan kuat mengenai belakangku, aku jatuh lalu beg tanganku di rentap, aku cuba menarik kembali tapi sayangnya tangan peragut itu tangkas mengelar lenganku.
Aku lepaskan genggaman aku dari beg tanganku, peragut itu bergegas pergi.
Darah mengalir, memandangkan aku pakai Hoodie putih maka makin jelas tompokan darah itu.
aku duduk menyandar di tepi jalan, entah kenapa tiada satu orang pun yang mahu menolong, mungkin di takdirkan hari ini ajal aku, aku tak mampu nak berjalan lagi, aku teramat letih tanganku menggeletar, aku ukir senyuman, kalau benar hari ini ajalku, aku tak perlu risau lagi tentang appa, pasti Suga akan pastikan appa di jaga di rumah orang tua-tua dan aku juga tak lagi terikat dengan Suga, dan Suga pasti lebih bahagia lepas dapat menikahi perempuan itu.
"Jiihyoo,"
To Be continue...
Kesian jihyo 😭😭
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо