“Maaf, kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam, saya tak pernah jual diri dekat Suga. Saya ada maruah!,” aku terus menarik perlahan bahu pelajar perempuan itu, dia naik berang dengan tindakan aku.
____________________________
“Uuuuu berani gila kau kan. Korang, ni ha perempuan MURAHAN, yang jual diri dekat Suga,” tiba-tiba suaranya di kuatkan, semua mata melihat aku tak kurang juga yang berbisik, aku tahu dorang semua mengumpat aku.
Alang-alang dah orang benci, baik aku jelaskan apa yang patut aku jelaskan jadi selepas ni terpulang pada dorang sama ada nak percaya atau tak.
“Okay fine. Teruskan,” aku tak jadi teruskan bila tengok Suga pandang serius pada aku.
Aku takut, kalau aku bagitau hal sebenar dia akan marah dan ayah taruhannya. Dorang semua tak tahu apa yang aku lalui.
“Kan betul perempuan murahan! Blah la, malu la wei, muka tak cantik tapi hati bagi cantik la,” aku terus berjalan perlahan, waktu ni aku rasa aku perlukan sangat Jungkook untuk tolong pertahankan aku, tapi aku kena belajar jadi lebih kuat untuk lindungi orang aku sayang.
Mulut orang, lama-lama nanti senyaplah, walaupun aku tahu mereka takkan senyap tapi aku kena belajar tak semua orang faham kita, tahu apa kita lalui, jadi berdiam diri tu lebih baik.
“Tapi seorang perempuan tu lagi tak cantik kalau hina orang yang aku sayang,” tiba-tiba tangganku di genggam, aku toleh dan dia menarik aku pergi ke arah perempuan yang menghina aku sebentar tadi.
“Ada Problem?,” Suga menggenggam tangan aku dan dia tunjukkan betul-betul dekat dengan perempuan itu.
Kemudian, dia terus membawa aku pergi berlalu sambil kami di perhatikan semua mata yang memandang, aku cuba untuk lepas kan genggaman tapi genggaman Suga terlampau kuat.
Jauh juga dia bawa aku, sampai ke hujung carnival di mana tiada langsung manusia Cuma ada aku dan Suga.
“Nangislah kalau nak nangis. Takde orang,” Suga melepaskan genggamannya.
“Takde benda nak di nangiskan,” aku cuba berlagak kuat, walaupun mata aku ni dah bergenang tunggu masa air mata nak jatuh je.
“Jihyo,” dia panggil aku dengan nada yang lembut, entah kenapa aku rasa bertambah sedih, aku letih dengan semua fitnah ni, dengan semua benda yang aku kena lalui semenjak Suga datang.
Air mata aku jatuh, aku cuba untuk mengesat tangisan aku tapi Suga lebih tangkas membawa aku ke dakapannya.
“Nangis la, nangis semahu mana yang awak nak,” Suga memegang perlahan kepala aku.
“Kita tak patut buat macam ni,” aku cuba merungkai pelukan Suga, tapi tak berjaya.
“Kenapa? Takut orang nampak? Takpe kat sini bukannya ada orang pun, awak lupa ke kita kan suami isteri?. Dan tak salah jugak kalau saya pegang awak depan orang ramai. Orang kata, kalau kita peluk orang yg kita sayang Untuk kita beban kita akan berkurang, saya pinjamkan diri saya kejap untuk awak,” air mata aku mengalir laju, memang betul, aku dapat rasakan ketenangan.
Ya, aku dan Suga memang suami isteri yang sah, appa terlampau sayangkan Suga sampaikan dia serahkan hak penjagaan aku kepada Suga, Cuma kami lakukan seringkas mungkin. Appa kata, nikah itu yang lebih penting, lepas kami berdua habis belajar nanti nak buat besar-besaran buatlah.
Kali pertama aku rasa yang Suga
betul-betul macam suami aku, selama ni aku anggap dia Cuma orang asing yang nak ragut nyawa aku dan appa.Be continue...
Hahahihihoho...............
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Roman d'amour"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо