The evil i like √16

233 47 0
                                    

“Walaupun beban tu datang dari awak? kenapa awak kejam sangat? Saya salah apa pada awak?,” aku menangis lebih deras lagi.

“Kalau beban tu dari saya, hanya saya lah yang boleh hilangkan beban tu,” Suga terus meletakkan kepalanya di bahu aku.

 Kali ni, aku rasa dia pula yang rasa sedih.

Lama juga aku berada dalam dakapan Suga, dakapan itu terlerai apabila aku nampak kelibat Taehyung dari jauh, aku tak mahu Taehyung tahu sama juga Suga, dari awal lagi dia dah bagi amaran dekat aku kalau sesiapa saja tahu aku yang akan di cari, dia bukannya nak sangat aku jadi isteri dia, cuma nak balas dendam saja, kalau aku isteri dia lagi senang dia nak hukum aku, dan orang takkan pertikaikan apa pun yang dia buat sebab aku milik dia, sampai satu tahap tu dia ada cakap dengan aku, dia kena bersedia cari calon isteri lain sebab isteri pertama mati awal, ajal tak panjang. Aku faham benar maksud dia tu.

Akhirnya minggu yang di tunggu-tunggu oleh pelajar tiba, cuti pertengahan semester, aku suka benar waktu ini, aku boleh jaga appa aku dekat rumah dan pastinya tiada Suga.

 Aku bangun dari lena ku, jam menunjukkan pukul 6 pagi, aku bangun  dan membuat sarapan untuk appa aku.

 Appa sedang membaca surat khabar selalunya dia akan lena selang 5 minit kemudian, lepas tu mulalah dia suruh aku bacakan berita harini untuk dia katanya ada anak belajar tinggi takkan bacakan appanya surat khabar pun tak mampu.

 Tiba-tiba pintu di ketuk, tak pernah-pernah pagi-pagi sebegini ada orang datang ke rumah, aku segera menyarungkan tudungku dan membuka pintu selepas saja melihat susuk tubuh itu aku terus tutup pintu semula.

 “Jihyo, bukak pintu,” suara yang begitu sopan dan manja sekali, aku tahu dia cuma berlakon saja, aku memaksa tanganku untuk membuka pintu.

“Kenapa datang?,” tanyaku, sambil tanganku membuka mangga, aku tak suka dia datang, baru saja aku berangan nak luangkan masa bersama appa.

 “Selalu saya datang awak tak de pulak nak banyak songeh, sekarang dah berani?,” Suga memeluk tubuh, dahinya di kerutkan.

 Dia memakai kemeja hitam tanpa bertali leher nampak begitu berkarisma sekali, aku tak menipu kalau bab penampilan, kalau handsome aku katakana handsome kalau buruk aku katakana buruk.

 Suga terus melangkah masuk sambil melemparkan senyuman yang manis pada appa. Appa aku terus bangun dari baring di atas sofa, laju saja dia sambut Suga.

 “Ayah apa khabar?,” Suga terus mencium tangan ayah.

 Aku benci kepura-puraan dia, tapi yang penting sekarang, dia dah lepaskan appa. Aku tak kesah kalau nyawa aku, tapi kalau nyawa appa jangan di buat main-main.

“Appa macam biasa la, duduk rumah takde apa nak buat, sekarang ni sihat la, lama nanti taktau la,” appa terus menghirup kopi yang baru saja aku hidangkan tadi.

“Ish appa ni, ada ke cakap macam tu. Tak bail tau, Suga tanak kehilangan appa,” naik loya tekak aku dengar dia cakap macam tu, kalau ikutkan hati, aku dah angkat pasu tembikar ni baling tepat kena kepala dia.

“Hmmm Suga datang sini nak ajak Jihyo keluar la tu. Appa faham hidup berkahwin tapi masih belajar ni, susah nak luang masa bersama kan. Pergilah. Jaga Jihyo elok-elok,” appa menepuk perlahan bahu Suga. Aku terpinga-pinga tiada mesej atau panggilan yang dia mahu ajak aku keluar, Suga penuh dengan kejutan.

“Awak siaplah cepat, saya ada surprise untuk awak,”Suga menghulurkan senyuman padaku. Manis sekali, kalau dia baik dah lama aku simpan senyuman tu dalam hati aku,tapi malangnya senyuman tu makin buat aku benci pada dia. Aku terus masuk ke dalam bilik dan bersiap, kalau aku enggan pergi ayah pulak yang akan paksa aku, jadi tak guna kalau aku nak memberontak.

To Be continue...

Best x.....

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now