The evil i like √11

219 47 0
                                    

“adalah,” Suga hanya membisu. Tak lama kemudian kami sampai ke cafe.

“Cafe ke? Kalau macam tu baik awak suruh je saya tunggu dekat sini,” aku keluar dari kereta, aku berjalan menuju ke cafe, tak lama kemudian Suga panggil aku.

“Oi sini la, siapa kata kat cafe?,” Suga terus menuju ke padang rumput kecil, tempat khas di sediakan untuk anak pensyarah atau staf universiti bermain. Waktu nak malam jadi tiada siapa di tempat itu.

“Suga, saya minta maaf saya lupa hari jadi awak. Tapi say a ada beli something untuk awak. nah,” aku hulurkan beg berisi teddy bear dan tabung duit serta kek hari jadi Suga.

 Suga mengambilnya dan meletakkannya di bawah, kemudian dia melambai seakan memanggil sesuatu.

“So, dah nak start ke?,” Taehyung datang membawa baldi.

“Kejap, bagi aku tengok dulu dia bagi apa,” Suga terus membuka beg yang berikan tadi, kemudian dia terus mencampakkan baldi yang berisi cecair merah itu tepat mengenai muka aku, kemudian seluruh badan.

“Apa ni?,” aku membulatkan mata, bau busuk menusuk hidung, cecairnya likat, aku terus muntah.

“Apa ni? Ni darah ayam. Aku dah kata dah, hari penting bagi aku jangan sesekali lupa. Tapi kau lupa! Terimalah akibatnya. Asal? Marah? Tak puas hati?,” Suga terus memeluk tubuh, Taehyung pula dari tadi tak berhenti ketawa, apa yang lawak pun aku taktau la.

“Tapi saya lupa. Banyak benda saya nak ingat,”aku mengelap darah yang berada di mukaku dengan tangan. Takde belas kasihan langsung.

“Teddy bear? Tabung duit? Kau ingat aku budak-budak. Ni kek ni, wei aku boleh beli seratus kalau aku nak. Gila cikai punya hadiah,” Suga terus melemparkan hadiah pemberian aku, dan memijak kek hari jadi itu.

“Balik la,” Suga menengking

“Macam mana saya nak balik, ramai orang dekat cafe. Macam mana saya nak naik bas balik bilik dengan keadaan saya macam ni?,” aku sendiri loya dengan bau yang melekat dekat aku ni, apa lagi kalau orang lain.

“So kau expect nak hantar kau, kau ingat nak kotorkan kereta aku? Balik sendiri la, aku kesah apa. jom Taehyung,” Suga terus berlalu pergi, dia tinggalkan aku sorang-sorang di sini.

 Sudahlah nak dekat senje dengan darah ayam melekat dekat badan aku. Aku bangun dan berlari sepantas mungkin melintasi lautan manusia dekat cafe, ramai mata memandang dan tertanya-tanya aku cuma tutup muka saja.

 Walaupun ada bas aku tak mahu naik, jadi aku putuskan untuk balik jalan kaki memandangkan waktu senja sebegini semua orang dah kembali ke bilik masing-masing.

 Kalau ada kereta lalu, aku cuma palingkan mukaku dan berlari sepantas boleh kemudian aku berjalan kembali. Tiba-tiba satu kereta berhenti, aku kenal benar kereta ini.

“Yah!! Jihyo.. kau dah kenapa ni?,” soal Jungkook, dia terus keluar dari kereta.

“Ada orang simbah aku dengan darah ayam Jungkook, aku taktau siapa,” aku bohong Jungkook, padahal aku tahu siapa orangnya, aku tak mahu Jungkook berang nanti dia pukul pula si Suga.

“Ni keje budak-budak yang obsess dengan Suga la ni, takpe macam ni, aku hantar kau balik rumah kau, tukar baju lepastu kita balik sini balik,” Jungkook memang tahu rumah aku, sebab dulu dia berjiran dengan aku tapi bila habis je sekolah dia terus pindah ke Melaka.

Be continue...

Bye. 🤗🤗

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now