“Awak siaplah cepat, saya ada surprise untuk awak,”Suga menghulurkan senyuman padaku.
_____________________________
“Appa Jihyo pergi dulu. Nanti Jihyo balik ye,” aku terus mencium tangan appa ku dan berlalu mengikuti Suga ke keretanya.
“Nak pergi mana?,” soal aku, sejurus saja kaki aku melangkah masuk ke dalam kereta.
“Pergi mati,” jawabnya ringkas sambil mengenyitkan mata padaku, dia yang di carnival hari itu, berbeza sungguh dia dengan hari ini.
Aku tahu, dia mana mungkin berubah, putih kata dia putihlah, hitam katanya, hitamlah. Dia bukan jenis yang senang berubah.
“Kalau nak pergi mati, tak payah bawak saya naik kereta semua, ambil pisau dekat dapur tu tikam je saya,” aku melemparkan pandanganku di luar tingkap. Malas mahu tengok mukanya itu.
“Hahahaha.. buat lawak? Saya ni bukan buat jenayah bodoh-bodoh tau. kalau macam tu senang la, dari dulu lagi saya dah tikam awak. pandang saya,” aku masih lagi pandang ke luar. Entah sejak bila aku makin berani untuk tidak terlalu ikut katanya, mungkin lepas di carnival itu.
“Jihyo,” bahu ku di tarik. Mata kami bertentangan, dia senyum sinis memandang aku.
“Awak jangan ingat, saya peluk awak haritu saya akan ubah keputusan saya, at least kalau dah nak mati tu dengar sikit cakap suami awak ni, faham?,” Suga memegang daguku, aku cuma mengangguk perlahan.
“Kita pergi rumah saya kejap. Memandangkan awak dah nak mati tak lama lagi, saya dah sediakan satu agreement untuk appa awak. lepas awak dah mati kan takde siapa nak jaga appa awak, saya memang dan takkan jaga appa awak langsung. Jadi, lepas je awak mati saya akan hantar appa awak dekat rumah orang tua-tua. Jadi awak kena tandatangan agreement tu,” Suga menumpukan matanya ke arah jalan raya. Aku memandangnya terkejut.
“Awak ni serius ke?,” aku seakan tak percaya. Mana mungkin Suga sebaik ini.
“Awak ingat saya ni jahat sangat ke? At least nyawa anak dia dah melayang, bapa dia kena la di beri penjagaan sebetulnya. Saya berani bertaruh la, appa awak mesti gila lepas awak mati,” aku dah lali dengan ayat mati yang keluar dari mulut Suga.
Aku cuma diam mematikan diri, aku gembira sekurang-kurang lepas aku tiada, ayah masih terjaga.
Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke sebuah kondominium, memang eksklusif dan aku hairan bagaimana seorang pelajar mampu beli rumah sebesar ni mungkin dia ada sugar mummy.
Tapi kalau jual dadah pun boleh, sedangkan nyawa orang pun dia boleh buat main-main apa lagi la nak jual dadah.
Aku mengekori Suga, sampai saja di pintu rumahnya. Mulut ku melopong, mana mungkin kondominium boleh sebesar ini.
“Apa yang awak nak terkejut sangat tu?,” soal Suga, dia terus menarik tanganku masuk.
To Be Continue...
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо