“Jiihyoo!!,” dari jauh aku lihat Suga berlari mendapatkan aku.
Aku tahu dia cuma mahu aku masih bernyawa saja sebab dia tak mahu aku mati bukan di tangan dia.
“Kenapa ni Jihyo, kenapa awak terus pergi. saya dah kata tunggu kan! Awak ni degil,” Suga cuba mengangkat aku, tapi aku tolak tanggannya.
“Dah! Lepaskan saya, biar saya mati dekat sini. Ini yang awak nak kan,” air mata ku bergenang, aku cuma dapat lihat samar-samar saja.
“Saya takkan benarkan benda tu jadi,” Suga cuba mengangkat aku lagi, kali ini tolakan ku lebih kuat.
“Sebab bukan saya mati dekat tangan awak kan? Tolonglah, saya dah penat dengan mainan awak ni, kalau nak bunuh, bunuhlah sekarang. Sampai bila awak nak seksa saya. Nah ambil ni, ambil batu ni pukul sekuat mungkin. Saya dah tak sanggup lagi,” air mataku jatuh, aku dah tak sanggup hidup terseksa macam ni.
“Tak. Saya takkan buat,” Suga terus memeluk aku, dia campak batu yang aku genggam jauh.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa saya yang kena? Kenapa bukan orang lain, saya nak jugak hidup bebas macam orang lain. Kenapa awak penjarakan hidup saya? Tak boleh ke awak lupakan dendam awak? salah saya ke kalau memang dah takdir mak ayah awak pergi. Salah saya ke? Salah saya ke Suga?,” air mataku mengalir deras lagi, aku dapat rasakan air mata Suga menitis mengenai baju ku. Aku terus rebah.
Aku buka mata perlahan, aku lihat Jungkook sedang memandang aku. Bau ubat menusuk masuk ke rongga hidungku, aku lihat doktor berdiri di sisi aku sambil memeriksa denyutan jantung aku.
Aku lihat sekeliling, appa tiada. Cuma ada Jungkook, aku cuba bangun tapi doktor terlebih dahulu menahan aku.
“Apa jadi Jungkook? Mana Suga?,” aku tanya Jungkook sambil tanganku masih memegang kepala.
“Kau pengsan sebab hilang banyak darah, Suga? Dia ada tadi, tapi dah keluar kejap. Dah rindu ke?,” dalam situasi begini dia masih lagi nak bergurau.
“Appa?,” aku hairan, kalau aku masuk hospital pastinya orang pertama yang aku lihat appa. Tapi tidak, aku hanya lihat Jungkook saja.
“Hmmm.. kau lapar tak?,” Jungkook cuba tukar topik. Aku tahu pasti ada yang tak kena.
“Aku tanya mana appa aku!,” aku jadi berang, entah kenapa aku dapat rasakan kemarahan aku makin membuak-buak.
“Kau lapar ni, aku belikan makanan kejap,” Jungkook terus melarikan anak matanya dari mataku. Aku tahu ada benda dia sembunyikan daripada aku, aku jadi tak keruan nak menangis ada, nak menjerit pun ada.
“Mana appa aku. Jawablah!!,” aku menjerit, Jungkook tersentak.
“Appa tengah kritikal dekat ICU sekarang, Jungkook, aku mintak maaf aku bukan tak nak bagitau tapi aku takut kau tertekan lepas sedar ni,” Jungkook terus memandang aku sayu.
Hati aku remuk berkecai, baru semalam aku jumpa appa, dia masih sihat masih mampu bergurau dan hulurkan senyuman, aku tak percaya. Aku yakin Jungkook cuma mahu bergurau.
“Kau gurau kan,” air mataku bergenang, aku takut mendengar jawapan yang bakal di berikan Jungkook nanti.
“Tak. Aku tak bergurau. Sabar Jihyo,” muka Jungkook cemas, aku tahu Jungkook tak bergurau.
Air mataku jatuh berjujuran, aku pejamkan mata cuba kawal emosi aku, tapi aku tewas. Aku tahu siapa yang buat appa begini, Suga!.
“Aku dah agak dah. Dia memang binatang, penipu!!,” aku terus mencabut wayar saluran air dan oksigen yang melekat di lenganku dan di hidungku, walaupun sakit tapi sakit hati aku ni jauh lebih berjuta kali perit, aku tak hiraukan luka tanganku yang berdarah kembali.
Yang aku tahu aku mahu jumpa Suga. Aku terus berlari mencari Suga, aku benci dia sampai aku mati. Dari jauh aku lihat dia sedang duduk di kerusi menunggu.
Aku terus mencapai gunting pembedahan yang berada di atas meja pendaftaran itu, Suga memandang aku, dia terus bangun dan berjalan laju menuju kearah aku.
Dia lemparkan senyuman manis pada aku, tapi sayangnya aku takkan lemah lagi, dia patut terima apa yang dia buat pada appa.
Dia tak patut mungkir janji, aku terus berlari mendapatkan Suga, sampai saja dalam dakapannya aku terus menikam Suga dengan gunting.
Entah apa yang merasuk aku, sampai aku sebegitu nekad mahu membunuh Suga, aku pula sudah jadi seperti dia.
“Jihyo kenapa?,”
To Be continue...
Sekejap je lagi dh nak sekolah.. Hhmmm... Tipe² rasa malas pulak nak gi sekolah. Dah la sekolah pagi huhuhu~~~😭😭 k lh bye have fun. ☺😊
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо