The evil i like √3

343 64 0
                                    


"Mana ubat tu appa, bagi Jihyo,"tanpa memberi salam aku terus masuk ke dalam rumah dan meminta ubat yang di belikan Suga, appa terpingga-pingga ketika aku terus saja merentap kuat ubat demam yang berada di atas meja itu.

"Kenapa ni Jihyo?,"appa mengerutkan dahinya seribu, tanda penuh persoalan mengapa begitu refleksnya tindakan aku.

"Appa dah makan ubat ni ke belum?,"soalku ketakutan.

"Appa dah makan dah,"jawab appa sambil mengangguk kuat.

"Appa makan?,"aku terduduk, aku risau kalau-kalau Suga meletakkan racun atau apa saja yang boleh meragut nyawa appa.

"Ye la, tadi Suga yang bawak ayah pergi klinik, takkan nak di tenung je ubat tu Jihyo,"dalam aku takut ni, sempat pulak appa nak bergurau.

"Suga ada pegang ubat ni tak appa?,"soalku lagi, suaraku bergetar.

"Takde pulak, sebab dia cuma hantar appa pergi klinik lepastu balik, katanya ada assignment nak disiapkan masuk ke dalam rumah pun dia tak sempat,"nasid baik, punyalah aku takut ada saja benda yang si Suga ni buat nak porak perandakan hidup aku.

"Kenapa Jihyo? Suga tau ayah demam pun sebab dia call appa, alang-alang bersembang tu appa bagitau la appa demam, tak lama lepas tu dia datang nak bawak appa pergi klinik. Suga tu baik budaknya Jihyo, dia boleh lindungi kita,"appa tersenyum sambil memegang bahuku.

Selamat? Appa tak tahu apa dia mahu, aku tak mahu risaukan appa, kalau aku bagitau hal sebenar pun appa takkan percaya.

Suga pelakon paling hebat, sesaat saja sudah cukup untuk dia bertukar menjadi malaikat atau pun syaitan, aku benci hidup aku sekarang semuanya kerana Suga.

"Dia memang baik appa, tapi lain kali kalau ada apa-apa bagitau Jihyo dulu tau appa. Appa, Jihyo balik dulu, Jihyo ada banyak kerja nak buat,"aku terus bersalam dengan ayah, lalu aku pulang menaiki teksi, walaupun

Cuma 30 minit, tapi penatnya tu wahh boleh mati aku saja yang tahu.

Setiap saat aku risau, selalu saja aku berjaga demi memastikan aku dan appa aku selamat, apa boleh buat bagi orang yang kena jajah macam aku ni.

Memang betul kata orang, sekali keturunan penjajah selamanya penjajah! Aku keluar dari teksi dan berjalan pulang ke kolej kediamanku, langkahku terhenti apabila kereta Honda city menghampiriku, aku cukup kenal dengan kereta ini. kereta yang aku paling benci sebabkan tuan dia aku benci.

"Jihyo, pergi mana?,"soal Suga sambil memandang aku dengan muka kosongnya itu. nampak kosong tapi sebenarnya banyak lakaran jahat tersimpan di balik wajah kosong itu.

"Balik rumah, kenapa?,"aku menjawab tapi cuma memadang ke jalan, malas aku mahu melihat wajahnya itu, walaupun tampan tapi kalau dah busuk takkan dapat sorok punya.

"Jom teman saya makan. Lapar ni," Suga memegang perutnya, aku kesah apa kau lapar ke apa, kau mati kelaparan tu aku lagi suka.

"Saya penatlah Suga, lagipun banyak kerja saya tak siap lagi. Sorry,"aku terus berjalan. Entah kenapa berani pulak aku tolak permintaan dia.

"Penat? Tapi boleh balik rumah. Awak ni kalau tak nak makan dengan saya cakap je la. Awak tahu kan saya benci manusia yang suka menipu, rasa macam nak pijak bagi mati,"Suga memandang serius wajahku. Aku tersentak, dengan Suga tak boleh di buat main.

"Saya tak menipu, betul saya banyak kerja. Tapi kalau awak nak sangat saya temankan, saya boleh je temankan,"aku tak berani nak melawan lagi, Suga ni bukannya betul karang bukan-bukan pulak dia balas.

"Sebenarnya saya takde la teringin sangat nak awak temankan, tapi saya ni jenis tak suka tengok awak hidup bahagia, awak derita tu buat saya seronok pulak,"dasar jahat! Kalau ikutkan hati, aku dah bakar dia hidup-hidup dengan kereta dia sekali.

aku terus masuk ke dalam kereta, sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri, pura-pura tidur aku benci berbual dengan dia.

Tidak lama kemudian kami sampai ke restoran hotel lima bintang, Suga ni kalau bab makan sangat cerewet, kebersihan tu jadi keutamaan dia.

"Awak nak makan apa?," soal Suga, dia ingat dalam aku penat ni ada selera nak makan.

To Be continue...

Hhhhmmm.... X tau nk ckp ape k lh bye.. 🤗🤗🤗

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now