The evil i like √19

240 42 0
                                    

"Awak tak pernah jatuh cinta sebelum ni ke?," aku soal hairan, perasaan macam tu semua manusia pernah alaminya, sekali imbas dari perilaku dia aku tahu dia tengah jatuh cinta.

_______________________

"Hmmm, tak pernah. Selama ni saya selalu fokus untuk hidup saya. Macam mana nak dapatkan duit, untuk terus hidup walaupun takde siapa boleh saya harapkan. Itu je yang saya selalu fikirkan, entah kenapa sekarang timbul pulak perasaan macam tu," sekali lagi dia memandang cincin itu dan tersenyum.

Suga yang aku lihat sekarang, bukan Suga yang selalu aku lihat selama ni, aku tahu dia ikhlas cintakan perempuan yang dia bakal nikahi nanti, entah kenapa kaki aku laju saja untuk turut duduk bersama Suga dan mendengar segala ceritanya, walaupun hati aku terhiris sedikit. Beruntung wanita itu.

"Maksudnya awak dah jatuh cinta. Saya pernah rasa perasaan tu, bukan sekali tapi banyak kali sebab saya ni mudah jatuh cinta. Kalau awak yakin dia jodoh awak, then purpose la dia. Nanti kena kebas awak yang menyesal," aku memandang Suga yang masih lagi tersenyum, kemudian dia memandang aku lama.

Wajahnya sayu saja, kemudian dia pandang ke bawah dan mengenggam tangan aku.

"Dia bukan perempuan biasa. Dia dah benci saya dari awal lagi, dan saya yakin dia takkan terima saya," aku dapat lihat air mata Suga bergenang, tak pernah aku lihat reaksinya begitu. Dia benar-benar cintakan wanita itu.

"Kenapa dia benci awak?," aku soal lagi, walaupun aku benci Suga, tapi lihatkan dia sebegini aku jadi mahu menyokong dia.

"Sebab saya pernah lukakan hati dia, saya pernah hina dia sebab dia miskin, saya hina keluarga dia. Lama-lama saya jadi tak keruan bila pandang dia. Sejak tu saya tahu saya dah mula sukakan dia," Suga menggengam kuat tangan aku, aku relakan saja. Aku fikir Suga tak pernah jatuh cinta, tapi aku salah, aku kecewa sedikit.

"Saya kenal dia?," aku tanya, padahal aku tak mahu tahu siapa dia, aku takut aku makin terluka. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi sensitif bila Suga bicarakan perempuan lain bila dengan aku.

"Ini dia, cantik kan. Ini pun saya ambil curi-curi masa dia tournament hoki, Nama dia Tzuyu, Chou Tzuyu, die baik, pendiam, selalu tersenyum, ramai orang crush on an die" Suga menunjukkan gambar di handphone nya padaku, memang cantik, kulit putih, rambut ikal mayang, memang sesuai dengan Suga kalau nak di bandingkan dengan aku.

Memang budak ni terkenal dekat uni, dia muda tiga tahun dari kitorang tak silap aku Jungkook pon pernah Crush on an die jadi tak hairanlah Suga antara salah satu yang meminati budak ini.

"Cantik, sesuai dengan awak," aku telan air liur ku kelat, aku berdiri dan menarik perlahan tangan ku, Suga lepaskan genggamannya tadi. Aku terus keluar dari bilik itu, di sebabkan aku asyik fikirkan tentang budak itu, aku tak perasan aku terus melangkau dua anak tangga dan akhirnya jatuh menyembah bumi.

Tak sakit kalau nak di bandingkan dengan sakit hati aku. Entah kenapa aku jadi begini, patutnya aku benci dia. Aku pejam mata, rasa letih sekali dan aku hilang di telan kegelapan.

"Bangun Jihyo, awak nak baring berapa lama lagi ni?,"


To Be Continue...

K bye

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now