The evil i like √4

308 58 3
                                    


"Awak nak makan ape"

_____________________________

"Saya dah makan tadi, saya dah kenyang. Saya Cuma temankan awak je," jawabku sambil mataku memandang meja yang tersusun rapi dengan alatan makanan itu, setiap susunan ada caranya, aku pernah belajar dulu tapi manusia ni cepat lupa, jadi aku lupa bagaimana susunan itu, padahal akulah yang jadi demo sewaktu aku belajar etika makanan dulu.

"so, kenapa awak balik?," Suga terus memandang tepat ke anak mataku, ish aku tak suka betul pandangan dia ni, buat aku sakit hati.

"Saya cuma nak tengok appa saya je, dia kan demam,"jawabku tipu, aku malas mahu terlampau berterus terang dengan Suga, dia bukan jenis yang consider perasaan orang lain.

"Oh yeke? Awak ni, saya kan dah bagitau saya tak suka manusia yang suka menipu. Kenapa? Takut saya nak racun ayah awak ke?," Suga tersenyum sinis, dia ingat perkara nyawa ni main-main.

"Kenapa awak belikan ubat demam untuk appa saya? Saya anak dia, saya boleh beli untuk dia,"aku tinggikan sedikit suara, aku tak dapat kawal perasaan marah yang membuak-buak dalam jiwa aku ni.

"Oh, tinggi mandat awak nak marah saya?,"Suga membulatkan matanya, membuatkan aku tunduk kembali memandang meja makan.

"Maafkan saya, saya cuma nak tahu apa motif awak sebenarnya,"aku beranikan diri memandang anak matanya yang bewarna coklat cair itu.

"Awak tahu jawapan dia apa kan, cuma awak tak tahu masanya saja. Awak jangan risau untuk masa terdekat ni saya tak suka nak kotorkan tangan saya untuk bunuh orang lagi-lagi nak dekat final ni, tak berkat,"Suga meneguk air kosong itu sedikit, aku benci dia, dia buat nyawa ayah dengan aku macam mainan budak kecik yang kalau rosak di buang kalau tak suka di campak.

"Kalau macam tu, kenapa nak beli ubat demam bagai. Awak nak bunuh, bunuh je saya. Appa saya tak salah!,"aku meninggikan suara lagi, kali ini lebih kuat dari sebelumnya membuatkan Suga berhenti meneguk air kosong itu.

"Kalau appa awak demam, dia akan sakit dan kalau dia sakit mungkin dia akan mati. jadi, appa awak mati bukan sebab saya yang bunuh dia. Sebab tu saya jaga appa awak baik-baik sampai masanya nanti baru boleh...,"Suga membuat isyarat seperti memotong leher kepadaku. Air mataku bergenang, aku tak sanggup kehilangan appa, appa langsung tak tahu niat Suga dan siapa Suga.

"Tapi jihyo, kalau awak jaga hati saya elok-elok mungkin satu nyawa boleh lepas. Macam yang awak nak, lepaskan appa awak. be a good girl, simple as that,"Suga terus senyum kepadaku, aku mengetap bibir, aku tak tahan dengan sikapnya yang berlagak seperti tiada apa yang salah.

"Kalau dah keturunan penjajah tu, penjajah jugak!," tidak semena perkataan itu terpancul dari mulutku, Suga memandangku sayu. Aku tak pasti kenapa pandangan itu yang di berikan.

"Jihyo, penjajah pun ada perasaan jugak, saya takkan buat sesuatu tanpa bersebab. Apa awak ingat ada orang yang senang nak maafkan orang yang bunuh kedua eomeoni dan abeoji dia? Yang sebabkan saya susah selama ni, hidup sebatang kara, merempat? Saya berjaya pun sebab usaha saya sendiri. Awak ingat saya mampu hidup ni sebab apa? sebabnya saya nak balas dendam pada orang yang dah ambil nyawa parents saya. Iaitu appa awak!,"Suga menumbok meja makan itu, membuatkan aku terkejut.

Be continue...

Kesian suga😭😭 sekarang korang dah tau kan kenapa suga tu kejam. 😭

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now