The evil i like √23

261 44 0
                                    

“Doktor, macam mana dengan Min yoongi?,” mataku sembap, sejak tadi aku cuma menangis bukan setakat aku risaukan Suga tetapi aku risaukan appa juga.

Tapi memandangkan appa dah stabil, aku ambil keputusan untuk tunggu Suga.
 

“Awak siapa? Ahli keluarga dia mana?,” Tanya Doctor Kim SeokJin itu seakan ragu dengan kami, memandangkan kami seusia jadi dia tak menganggap aku seperti keluarga Suga.

 “Saya isteri dia,” pertama kali aku mengaku aku isteri Suga. Selama ni aku selalu menidakkannya.

“Alhamdullilah, Suga dah stabil. Tapi dia perlukan rehat, lepas ni kamu semua boleh jenguk dia,” Doktor Kim SeokJin itu terus berlalu pergi sambil melemparkan senyuman.

“Terima kasih doktor,” aku terus senyum gembira. Aku bersyukur Suga tak apa-apa. aku terus melangkah untuk masuk menjenguk Suga tapi langkah aku terhenti.

“Taehyung kau masuk la dulu, dia kawan baik kau kan,” entah kenapa aku rasa aku tak layak nak jenguk Suga selepas apa yang aku buat.

“Apa-apa pun sekarang ni Suga perlukan kau lebih dari aku, kau isteri dia. Kau masuklah Jihyo, aku dengan Jungkook bila-bila boleh jenguk dia,” tanpa berlengah aku terus masuk menjenguk Suga.

Air mata aku bergenang lagi, kenapa aku boleh tergamak tikam Suga? Dia baring lesu, selalu aku hanya lihat Suga yang suka main-mainkan aku, yang serius dan kejam. Kali ni aku rasa kesian pada dia.

Aku duduk lihat wajah Suga, aku pegang tangannya. Tangan dia lebih besar dari aku, lebih kasar dari aku, walaupun aku tak tahu macam-macam yang dia lalui untuk hidup senang macam sekarang, tapi aku dapat rasa dia dah banyak menderita tanpa kedua ibu bapa di sisi,aku kucup tangannya.

 Tak pernah lagi aku kucup tangannya lepas kami berkahwin, entah kenapa aku rasa sebak sangat. Aku terlena di sisi Suga sampai ke esokkan paginya, kemudian aku jenguk ayah lepas Jungkook beritahu ayah dah sedar.

 “Awak okay?,” aku tanya, aku berdiri jauh darinya. Aku takut. Dia cuma mengangguk perlahan, matanya tak lepas dari memandang aku.

“Kenapa awak Jauh sangat ? Siapa yang tikam siapa?,” dalam diam dia memerli aku, aku terus berjalan menghampiri Suga.

 “Saya minta maaf. Saya ingat awak yang buat ayah jadi macam tu,” aku tunduk memandang lantai. Dia terus menarik tanganku. Aku jadi cemas.

“Saya sanggup buat apa je untuk tebus kesalahan saya, kalau awak nak tikam saya, awak tikamlah tapi jangan buat apa-apa dengan ayah saya,” Suga terus melepaskan pegangannya, wajahnya sayu saja.

“Lepas apa yang Taehyung jelaskan, awak masih anggap saya ni kejam dan jahat?,” Suga terus memandang ke arah lain, dia buat aku jadi lebih serba salah.

“Maaf. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati awak. Tapi, saya dah tikam awak, mesti awak akan benci saya kan? Mesti awak dendam dengan saya kan?,” air mata aku bergenang lagi, entah berapa ribu kali aku menangis dari semalam.

To Be Continue...

Aq rasa aq nk habiskan ff in hari ni jukak lh T.T K LH BYE 😊.......

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now