“Ni keje budak-budak yang obsess dengan Suga la ni, takpe macam ni, aku hantar kau balik rumah kau, tukar baju lepastu kita balik sini balik,”
__________________________“Tapi nanti kereta kau kotor,” aku teragak-agak. Susah nak cuci dengan bau darah ayam ni lagi.
“Itu tak penting, kau nak ke jalan kaki balik macam ni. Selamat aku perasan kau, kalau tak aku ingat hantu kak limah tadi mana la tadi, dah jom,” Aku terus mengikut Jungkook, setelah sampai dirumah aku ceritakan apa yang jadi dekat appa sama macam aku cerita dekat Jungkook, kemudian aku pulang semula ke bilik dan hidup seperti biasa.
Bukan biasa, aku rasa aku akan terima lebih teruk dari ni lagi lepas ni. Tapi ada hikmah, lepas kejadian ni Jungkook dah tak merajuk lagi dengan aku, dia kata lepas ni dia tak merajuk lagi. Aku ragu-ragu dengan janji dia tak nak merajuk tu, bukannya betul si Jungkook ni.
Sejak peristiwa aku di simbah darah ayam tu, aku selalu lari dari Suga. Aku sanggup jalan jauh dan lambat ke kelas dari berjumpa dengan dia.
Kadang-kadang kalau aku nampak dia dekat stesyen bas, aku terpaksa jalan kaki ke kelas walaupun penat. Aku berani buat sebab lepas kejadian tu jugak, Suga tak pernah mesej aku atau call aku.
Aku tak pernah anggap pun, dia menyesal atau apa, sebab motif dia memang nak tengok aku derita, selama dua minggu tanpa gangguan Suga aku banyak habiskan masa dengan Jungkook, tenang sangat. Sampai la ke harini, semua ketenangan tu remuk seperti dulu.
“Jihyo, kau nak pergi tak reunion sekolah rendah kita? Dari tadi aku tanya bukan nak jawab, khusyuk sangat scroll instagram,” Jungkook menjeling perlahan.
“Malas la, kalau aku pergi pun bukannya dorang kenal aku. Kau tengok masa kau add aku dekat group whatsapp boleh pulak dorang tanya sejak bila aku wujud. Kau lain la, orang penting. Kau nak pergi, pergilah aku okay je,” aku terus melemparkan pandangan ke arah pelajar perempuan yang sedang bermain basketball, aku teringin nak main macam tu, tapi tak semua boleh terima aku lepas fitnah pasal aku jual diri aku dekat Suga.
Tapi, bila Jungkook ada dorang behave sikit. Dasar bermuka!
“Aduhhh!,” tiba-tiba bola melantun kuat mengenai kepalaku.
“Nak main, mainlah elok-elok tengok sikit..,” kata-kataku terhenti, aku toleh dan Suga betul-betul berada di belakang aku. Aku terus pandang tempat lain.
“Sorry,” aku ucap perlahan, aku tak mahu dengar apa-apa perkataan dari mulut dia. Cukuplah, selama ni aku selalu takut dengan apa saja yang dia nak cakapkan. Suga terus mengambil bola itu dan terus pergi.
“Kau gaduh dengan dia ke?,” Jungkook soal aku.
“Entah, dah la tak payah cakap pasal dia,” aku terus tunduk memandang meja tempat kami duduk, tiba-tiba Jungkook menyentuh perlahan kepala aku.
“Apa kau buat?!!,” aku tinggi kan suara, Jungkook terkejut.
“Kau ni terkejut aku, kerengga la atas kepala kau. Ha, dah takde,” Jungkook duduk semula di tempatnya.
“Ouchhh,” aku jerit lagi, kali ni bola yang kena dekat kepala aku betul-betul lebih kuat dari tadi. Suga datang dan mengambil bola itu kembali, tapi kali ini dia senyum sinis pada aku. Aku tahu, dia saja buat begitu nak bagi aku sakit hati.
“Korang ni lawak la, main tarik tali. Aku rasa dia nak berbaik dengan kau tu Jihyo,” Jungkook memandang Suga, aku tak faham apa yang lawaknya? Kepala aku berdenyut, kuat juga sepakan si Suga ni.
“Takde la, kau merepek je la. Bola tu terkena aku nak buat macam mana,” aku pasrah, kalau setakat bola ni je, aku dah rasa lebih lagi. Aku dah lali.
“Kau ni kan Jihyo, agaknya kalau si Suga tu baling batu bata pulak lepas ni. Agak-agak nak pasrah tak? Biar aku cakap dengan dorang, main bola tu elok-elok sikit,” Jungkook terus bangun dan melangkah pergi, aku kena halang dia. Biar aku sorang je terbabit dengan Suga jangan Jungkook pun kena sekali.
“Jungkook, tak payah la. Dorang ramai kot, kita lepak tempat lain je la,” aku berdiri depan Jungkook, dengan harapan aku dapat halang dia.
“Hmm ye la. Sayang sangat la tu dekat Suga sampai aku nak tegur dia pun tak bagi. Kita lepak cafe je la,” aku rasa lega sebab Jungkook patahkan hasrat dia nak tegur budak-budak bola tu.
“Dushh,”
Be continue...
Bila nak sekolah ni 😭😭 aku dah bosan dok umah ni 😭😭 hhmm...
K bye lh nk sambung buat ff ni BYE 🤗🤗
![](https://img.wattpad.com/cover/170592036-288-k896889.jpg)
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо