The evil i like √22

270 43 0
                                    

"Jihyo kenapa?," Suga terus memegang tempat tikaman itu. Aku cuma memandangnya dengan penuh kebencian.

"Saya dah kata, nyawa saya awak boleh main-mainkan tapi nyawa appa awak jangan sesekali mainkan. Awak kata awak takkan buat apa-apa dengan appa . Saya bertahan turut apa semua yang awak kata pun sebab appa, awak memang binatang!," aku terus menyepak kaki Suga, mungkin pada dasarnya orang akan lihat aku seperti tiada perikemanusiaan tapi mereka tak tahu apa yang aku lalui, tambah-tambah orang yang aku sayang dah pergi.

"Jihyo! Yah! Apa kau buat ni?," Jungkook terus menarik aku dari terus menyepak Suga, dia pun sama saja seperti orang lain, tak tahu apa yang aku lalui.

"Dia cuba bunuh appa aku Jungkook, dia janji takkan apa-apa kan appa tapi dia tipu aku. Kenapa dia kejam sangat?," aku terus menangis, jungkook mengerutkan dahinya tanda marah.

"Kau sedar tak apa yang kau buat? Suga takde kena mengena dengan appa kau. Appa kau masuk ICU sebab dia kena stroke lepas tengok kau terlantar dekat hospital, dia tak sanggup tengok kau macam tu," Jungkook terus membantu Suga yang sedang mengerang kesakitan. Aku terus terduduk, apa yang aku dah lakukan. Suga tak bersalah.

Hampir sejam berlalu, aku dan Jungkook menunggu di luar bilik kecemasan, tak lama kemudian Taehyung datang dengan riak muka yang marah. Aku tahu semua orang tengah marahkan aku. Aku memang bersalah, salah aku bertindak melulu.

"Apa kau buat Jihyo? Sampai hati kau buat macam tu dekat Suga?," Taehyung bercekak pinggang, aku tahu dia marah aku buat begitu pada kawan baiknya, aku cuma tunduk memandang lantai hospital itu.

"Kau tak tahu apa yang dia buat dekat aku Taehyung, aku terseksa," aku terus menekup mukaku dengan tangan.

"Dia buat apa je yang kau nak terseksa sangat? Pernah dia pukul kau? Pernah dia tampar kau? Tak pernah kan?," Taehyung masih lagi dengan emosi berangnya, Jungkook hanya terdiam saja di sebelah aku, nak sebelahkan aku pun dia tak boleh sebab dah terang memang salah aku.

"Tapi dia nak bunuh aku Taehyung. Bunuh aku! Kau faham tak? Setiap hari aku kena jaga hati dia semata-mata aku nak pastikan dia tak bunuh appa. Aku tak kesah pasal nyawa aku tapi nyawa appa aku tu, setiap malam aku tido tak lena, setiap kali aku dengan dia aku rasa takut, kau tak faham Tae,"air mata aku mengalir lagi, Jungkook terkejut.

"Apa? selama ni korang tak bercinta la?," Jungkook mebulatkan matanya, dia pandang aku dan Taehyung, minta di beri penjelasan.

"Ha'ah dorang memang tak pernah bercinta, aku dah lama tahu pasal ni sebelum kau bernikah dengan dia lagi. Ya, aku mengaku memang Suga pasang niat nak bunuh appa kau dan kau Jihyo, tapi manusia tu fitrah dia memang selalu berubah, lepas dia kahwin dengan kau dia jadi tak sanggup nak bunuh ayah kau, tapi sebab dendam, dia nak jugak bunuh salah seorang dari korang, aku banyak kali nasihatkan dia jangan buat benda-benda jahat macam ni, tapi dia tak nak dengar.

Sampai satu tahap tu, masa dekat carnival dia luahkan dekat aku yang dia dah kesiankan kau pulak lepas dia tengok kau menangis depan dia, dari kesian jadi sayang . sebab ego, dia teruskan berpura-pura bencikan kau. Tapi kau, sanggup tikam dia Jihyo. Isteri apa yang tikam suami?," aku tersentak, selama ini Taehyung dah tahu semua rancangan Suga. Dia sayangkan aku? Berterus terang kan lebih senang.

Tapi, aku juga sama seperti Suga, aku dah sayangkan dia cuma dia selalu buat begitu aku cuba lenyapkan perasaan sayang itu.

"Aku tau aku salah Taehyung, aku akan terima apa je hukuman nanti," kami bertiga diam, aku terus dengan rasa bersalah aku.

Taehyun terus dengan rasa gusar dia dan Jungkook terus cuba memahami apa sebenarnya terjadi antara aku dengan Suga.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari wad kecemasan itu, aku terus melulu mendapatkan doktor Kim atau nama panjang die Kim SeokJin, aku tak mahu dengar berita buruk, aku tak mahu rasa bersalah makin menebal.

To Be continue...

Double update baikkan aku. 😌😌😏😎 k lh bye jangan lupa vote tau 😘😘bye.

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now