"Apa dia?,"
___________________________
"Benda ni aku tahu tengahari tadi, aku on phone beratus whatsapp masuk, semua tanya pasal kau dengan Suga sampaikan aku nak pergi library ni pun ada budak perempuan tanya aku hal yang sama, padahal aku tak kenal pun dorang," Jungkook terus menggaru-garu kepalanya.
"Hal apa? dari tadi aku tunggu,"Aku jadi tak sabar. Apa yang viralnya? "Macam mana aku nak cakap ni, hmmm.. betul ke kau offer diri kau dekat Suga? Sebab tu Suga terpaksa terima kau sebab nak selamatkan kau dari jadi lebih teruk?," suara Jungkook tersekat-sekat.
"Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat??????????!!!!," aku jerit kuat dan terus berdiri, aku lupa lagi aku kat library. "calm down. Aku tahu benda ni semua fitnah," Jungkook memandang tempat lain, mukanya sayu saja.
"Aku ingatkan kau percaya. Semua sebab Taehyung la ni, dia ni suka sebar benda tak betul. Dah tu kau jawab apa dekat dorang?," aku duduk kembali, kali ini muka aku lebih sayu dari Jungkook.
"Aku jawab la, semua benda ni tak betul. Aku yakin kau bukan macam tu, aku kenal kau bukan sehari dua. Kau nak aku cakap dengan Taehyung tak? Ke nak aku tumbok je dia," Jungkook mula mengerutkan wajahnya, Jungkook sangat pentingkan persahabatan waktu kitorang kecil dulu Jungkook selalu pertahankan aku kalau ada budak-budak lelaki lain yang kacau aku, dia dah macam abang aku.
"Eh tak payah la Jungkook. Benda ni aku boleh setelkan," aku bukan tak mahu, tapi kalau Suga tahu Jungkook pukul Taehyung, mau dia buat benda yang lebih dasyat pada Jungkook. Dia tu bukan boleh percaya, manusia penuh kejutan.
"Kau tak yah serabut la Jihyo, benda rumour macam ni sekejap je nanti hilanglah," Jungkook mempamerkan wajahnya sambil tersenyum.
"Aku tak fikir sangat pun, lagipun sekarang ni pun orang dah anggap aku macam-macam. Aku redha je la, mulut orang, macam mana nak tutup kan Jungkook," aku terus menyambung bacaan yang aku berhenti tadi.
"Jihyo, jom keluar. Kita pegi makan-makan, aku drive," Jungkook menarik sedikit novel di tanganku.
"Keluar? Hmm kau tau kan motif aku datang sini nak buat apa Jungkook," aku menarik balik novel itu.
"Ye la, ye la. Aku teman kau tido, kau ni bukan betul. Karang telajak. Kau nak aku kejut pukul berapa?," Jungkook terus melihat jam.
"Pukul 1.45. thanks Jungkook," aku terus terlelap. Penat sangat agaknya dengan drama dunia yang Suga ciptakan. Setelah Jungkook kejut, aku terus bergegas ke kelas, sempat juga dia gelakkan aku sebab aku terlanggar tiang, manakan tidak waktu tu aku tengah mamai lagi. Habis saja kelas, aku terus bergegas ke court tennis tempat Jungkook ada friendly match.
"Woiii.. aku ingat kau tak datang," Jungkook terus menyapa aku, sesampai saja aku di situ.
"Gila tak datang, karang ada pulak yang merajuk tak ingat dunia, penat aku nak pujuk," Jungkook ni, walaupun nampak je macam tak kesah, tapi kalau dia dah start merajuk nak pujuk punyalah payah.
"Jom, aku dah serve tempat kau kat sana," Jungkook terus menunjukkan tempat VVIP, aku terus memandang Jungkook kembali.
"Kau serius? Kau ingat aku ni anak menteri, anak penganjur tournament? Bukan-bukan la kau ni Jungkook, kang buat malu je aku kena halau. Tak nak lah," aku terus duduk di tempat duduk penonton.
"Come on Jihyo, penat aku serve untuk kau, merayu bagai dekat coach aku. Jom la," Jungkook terus merayu, tapi kalau dah rezeki apa lagi kita pergi je la. Aku terus mengekori Jungkook.
"Jihyo," satu suara dari belakang memanggilku. Aku toleh. Aku benci manusia ni.
"Oh Suga. Mimpi apa kau datang tournament ni?," Jungkook terus menegur Suga selamba, walaupun ni baru pertama kali mereka bertegur sapa.
"Saja. Nak tengok jugak hebat mana kau ni," Suga terus senyum sinis, aku benci senyuman dia yang ini.
"Well. Enjoy the show then. Aku pinjam Jihyo okay," Aku terus memalingkan mukaku cepat-cepat supaya Suga tak panggil aku lagi.
"Wait, siapa bagi kau pinjam," Suga terus berjalan ke arah kami.
Be continue...
Hhhmmm.... Aku tak tau nk cakap ape k lh bye
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Романтика"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо