“Apa yang awak nak terkejut sangat tu?,”
_______________________________
“Saya tak pernah jumpa kondominum sebesar ni,” mataku masih lagi terbeliak.
“Kondominium? Ni Penthouse la, sukati je label kondominium,” sangkaan ku meleset, tapi yang lagi meleset kenapa dia masih pegang tangan aku. Aku cepat-cepat tarik tangan aku.
“Awak takkan buat apa-apa yang tak elok pada saya kan?,” aku melangkah ke belakang, aku harap dia takde niat lain, salah aku juga ikut dia masuk rumah ni.
“Buat apa-apa tu, macam ni ke?,” Suga terus menarik tanganku kuat, dia memegang bahuku dan merenung mataku tajam sambil tersenyum sinis.
“Apa ni?,” aku tolak tangan Suga kasar.
“Hahahaha.. kelakar la awak ni, jangan risau saya takde selera pun tengok awak. agreement tu ada dekat atas, dekat bilik saya. Awak nampak tangga tu, naik atas. Agreement tu ada dekat atas meja. Saya nak pergi tengok baby saya kejap, mesti dia rindu saya,” aku terus membulatkan mata, maknanya bukan aku sorang saya perempuan dalam rumah ni.
“Tak payah nak terkejut sangat, baby tu kucing saya. Jahat-jahat saya pun saya tak suka buat benda-benda macam tu. Typical korean betul awak ni, cepat sangat judge orang,” terus menuju ke ruang tamu.
Dia seakan boleh baca apa yang aku katakan dalam hati aku. Aku terus menaiki anak tangga, bilik Suga kemas sekali dan semuanya tersusun rapi.
Aku terus menuju ke meja Suga dan mengambil agreement itu, namun aku paling semula melihat meja itu, sebuah frame gambar, di dalamnya kelihatan gambar Suga dan ibu bapanya, ceria sekali dan lain benar dengan dirinya sekarang, aku angkat frame itu untuk lihat lebih jelas lagi dan satu nota tertulis di belakang.
“Pa and Ma, i’m doing good. All those hard days akan disappeared. Miss you guys a lot ” air mataku tiba-tiba saja bergenang.
Rupanya banyak yang Suga hadapi untuk dia sampai ke tahap ini, dan sebab tu dia masih berdendam dengan kami. Aku nak nasihatkan memang langsung dia tak mahu dengar, nak tak nak aku turutkan saja apa yang Suga nak buat pada aku.
Tiba-tiba mataku terpaku pada sebuah kotak cincin yang berada di atas meja itu, aku buka dan cincin itu sungguh cantik berbeza dengan cincin pernikahan yang Suga beri pada aku yang tersimpan rapi dalam laci mejaku, aku tak mahu pakai kerana aku bukan rela kahwin dengan dia, Suga juga begitu, dia juga tidak memakai cincin itu.
aku tahu cincin ini untuk wanita yang bakal di nikahi selepas aku tiada.
“Sorry,” aku cepat-cepat letak kembali cincin itu di atas meja setelah terlihat kelibat Suga di depan pintu. Dia berjalan menuju ke arah aku, dia renung aku lama kemudian dia ambil cincin itu dan merenung cincin itu.
“It’s okay. Tengok la puas-puas sebab nanti bila saya nak nikah lagi awak dah takde kan,” Suga menghulurkan cincin itu padaku. Aku geleng tidak mahu, bukannya aku berminat sangat dengan cincin tu.
“She’s good, talented, capable dan paling penting sangat cantik. Senyuman dia the sweetest thing ever saya pernah tengok. I’ve never jatuh cinta madly macam ni. Susah nak buat dia terima saya.,” Suga tersenyum manis sambil melihat cincin itu, entah kenapa hati aku rasa sakit, padahal tak perlu untuk aku rasa sebegitu setelah apa yang dia buat pada aku selama ini.
“Kadang-kadang saya rasa bodoh sangat bila saya automatik senyum bila nampak dia. You know that feel. Tak boleh nak describe, saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni,” Suga duduk di atas katil, aku cuma perhatikan saja dia.
“Awak tak pernah jatuh cinta sebelum ni ke?,” aku soal hairan, perasaan macam tu semua manusia pernah alaminya, sekali imbas dari perilaku dia aku tahu dia tengah jatuh cinta.
To Be continue...
Sape lh org yg suga suke tuh kan. 🤔 hhhmmm... K lh bye
YOU ARE READING
The evil i like [C] Уооинуо
Romance"Aku benci kau !!! " "Kalau awak pandai jaga hati saya, mungkin satu nyawa boleh terlepas, so be a good girl, simple as that" start:16-12-2018 End:29-12-2018 Have fun❤❤ чооинуо