The evil i like √14

229 49 0
                                    

“Perghhh dapat bunga. Siapa bagi?,” Jungkook menegur aku selepas aku sampai ke booth yang dia jaga. Booth tennis.

“Ayam tu ha bagi, mimpi apa ntah,” aku jawab sambil duduk di kerusi sebelah Jungkook.

“Ayam tu suka kau la tu. Elok la tu, lepas ni berkokok je la kau ,”jawab Jungkook sambil ketawa kecil.

“Ayam pun ayamlah ada jugak orang nak bagi bunga. Kau hado?,” aku kenakan Jungkook balik.

“Ini Jungkook la, ramai je nak bagi bunga dekat aku, Cuma nak tak nak je,” Jungkook terus senyum bangga. Aku tahu apa yang dia cakap memang betul, Cuma aku malas nak tambah perasaan bangga dia je.

“Eh Jungkook, aku jalan kejap la, nak tengok booth sana pulak. lepas habis tawaf satu carnival ni aku datang lepak sini balik,” aku terus bangun dan berlalu pergi.

Semua booth aku pergi, sampailah ke satu booth yang buat aku terhenti. Aku nampak ayam tu lagi, kali ni Cuma tinggal kostum kepala saja, dia bermain violin.

 Semua mata tertumpu ke arah ayam itu. patutlah budak perempuan macam nak terkam aku rupanya di sebalik kostum ayam ni lelaki. Mungkin lelaki yang handsome dan aktif sukan.

 Typical taste pelajar perempuan zaman sekarang, sebab tu Aepul tu laku je.

“Kau nak tahu tak, siapa dalam kostum ni,” kata budak perempuan free hair yang berada di sebelah aku, dia tanya kawannya yang berbadan agak berisi itu.

“Siapa?,” soal kawannya sambil mengerutkan dahi. Aku pun berminat jugak nak tahu.

“Siapa lagi kalau bukan orang yang paling padan dengan aku,” jawab pelajar perempuan itu yakin. Aku lihat wajahnya, memang cantik jadi tak jadi masalah jika dia yakin.

“Suga?,” soal kawannya. Mata aku terbeliak, kenapa manusia kejam tu selalu muncul bila aku tengah bahagia dekat carnival ni.

 Oh aku lupa, dia pemain hoki universiti jadi memang patut dia ada dekat sini dan aku yang sepatutnya di persoalkan tentang kehadiran aku dekat sini.

“Ye la,” jawab pelajar itu sambil tersenyum mesra, matanya tak lepas memandang Suga yang sudah pun membuka kostum itu, bukan mata dia saja tapi semua mata dekat booth ni termasuk mata aku sekali.

 Bukan salah aku, tapi fitrah manusia tu sukakan benda yang cantik dan kacak, aku tak terlepas dari fitrah ni lagi-lagi yang aku pandang ni boleh di kategorikan manusia paling banyak aku jumpa selama aku belajar dekat sini.

 Entah kenapa, dengan kehadiran lautan manusia yang ramai ni, lebih-lebih lagi dari kaum wanita, buat aku rasa nak suarakan yang aku lebih kenal Suga dari dorang, dan buat aku rasa nak halau semua orang pergi biar aku saja dengan dia.

“Tapi tadikan, Suha bagi bunga dekat perempuan ni. Haaaa Jihyo! Ala, yang dorang kata dia dengan Jihyo sekarang ni,” aku membulatkan mata, memang popular betul si Suga ni, sampai aku yang macam tak wujud ni pun orang boleh kenal sebabkan dia.

“Oh perempuan murah tu, sannggup jual diri dekat Suga semata-mata nak attention Suga,” hati aku remuk, aku tak tahan lagi dengan fitnah yang dah di anggap betul ni, aku kena buat sesuatu.

“Maaf, kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam, saya tak pernah jual diri dekat Suga. Saya ada maruah!,” aku terus menarik perlahan bahu pelajar perempuan itu, dia naik berang dengan tindakan aku.

Be continue...

Best x ff ni mcm x best je.. 🤔🤔  K  lh BYE🤗🤗

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now