The evil i like √10

227 50 0
                                    

“Sorry, aku tersepit Jungkook,”

“Tersepit? Dia baru jadi boyfriend kau Jihyo, bukan suami. Kau yakin sangat ke yang dia tu jodoh kau, yang kau nak layan dia macam raja? Dah la, kau tersepit kan. Aku tak nak tambah kekusutan kau lagi.  annyeong ,”  terus mematikan panggilan.

“hhuumm..annyeong...,” aku jawab perlahan.

 Aku tak tahu sampai begini Suga boleh huru-harakan hidup aku. Kalau Jungkook dah tak mahu bercakap dengan aku lagi, aku nak bercakap dengan siapa. Dia sorang je yang selalu ada masa aku susah dan senang. Aku tak bermaksud langsung nak sakitkan hati Jungkoo, aku taktahu apa patut aku buat, kepala aku rasa sakit sangat. Aku perlukan rehat, aku terus terlena.

Seperti biasa aku ke kelas, hari ni kelas tak padat, cuma ada satu kelas saja. Nak habis sem ni, banyak lecturer batalkan kelas, aku memang suka pun sebab kalau aku ke kelas aku bukannya bercakap sangat dengan rakan sekelas aku, jadinya aku banyak ke library untuk tidur, kalau dah nak dekat pukul 7 nanti baru aku balik kolej kalau Jungkook ajak aku makan luar baru la aku keluar tapi hari ni  Jungkook langsung tak pandang aku masa jumpa dekat cafe tadi.

 Aku tahu dia masih marahkan aku, tapi selalunya Jungkook akan cool down, jadi aku biarkan saja dia tenangkan dirinya sendiri.

 Lelaki ni kalau merajuk susah sikit, bukan macam perempuan kalau di pujuk dah elok. Aku tak faham betul semua lelaki yang ada kena mengena dengan hidup aku, semuanya memeningkan kepala aku, lagi-lagi si Suga tu.

 Major disaster! Belumpun sempat aku melangkah masuk ke pintu utama library, tiba-tiba tanganku di rentap kuat.

 “Nak pergi mana?,” soal Suga, dia lepaskan genggamannya.

“Pergi library la,” jawabku ringkas, langit makin mendung.

“Sekarang pukul berapa?,” soalnya nampak tegas.

“Pukul 4,” aku lihat jam dan pandang wajahnya. Aku benci mukanya yang serius itu, aku tak faham kenapa ramai benar yang suka dia. Oh aku lupa, dia pandai bermuka-muka.

“Awak lupa harini, hari apa?,” soalnya sambil memandangku sayu. Aku rasa harini hari biasa, tiada apa yang luar biasa melainkan sekarang hujan tengah turun dengan lebat.

“Hari apa? Hari jumaat, kenapa dengan hari ni?,” aku tanyanya kembali, sumpah aku tak tahu apa yang ada pada hari ini.

“Ish lembap. Saya dah bagitau kan dulu, hari ni hari penting dan saya paling benci kalau ada something yang spoil mood saya harini. Well done, awak dah berjaya buat saya untuk hukum awak. awak tunggu!,” Suga terus berlalu pergi, aku langsung tak ingat apa-apa.

“Suga.. Suga tunggu!,” aku berlari mengejarnya, tapi dia langsung tak endahkan aku, akhirnya aku pasrah bukan kerana Suga sudah pergi tapi hujan makin lebat di tambah pula dengan kilat.

“Hmmm hari ni hari jumaat, 9 hari bulan.. 3 hmmm ada apa? Astalabesta.. hari jadi Suga, arghhh sudah macam mana aku boleh lupa!,” aku terus berlari dalam hujan yang lebat itu, nasib baik aku bawa payung, aku terus menahan teksi dan pergi keluar untuk membelikan Suga hadiah.

 Aku bukan peduli sangat dengan hari jadi Suga, tapi kalau dia kecewa dengan tindakan aku, macam-macam dia boleh buat. Aku terus membeli teddy bear sebesar pergelangan tangan dan tabung duit berbentuk kereta api.

 Aku tahu pemberian aku tak semegah mana, jadi aku cukupkan dengan kek chesse oreo kegemaran dia, harga kek ni lagi mahal dari hadiah yang aku nak bagi, aku tahu kek kegemaran dia pun sebab dia yang bagitahu.

“Jumpa saya depan library 30 minit dari sekarang,” Suga mesej aku. Tahu-tahu saja aku baru nak mesej dia. Aku menunggu bukan 30 minit, tapi 1 jam. Aku tahu, dia saja nak kenakan aku. Mungkin ini hukuman yang dia cakapkan sebentar tadi.

“Naik cepat,” Suga membuka tingkap, dan menyuruh aku masuk. Aku menuruti saja.

“Kita nak kemana?,” soalku lagi.

 “adalah,”

Be continue...

K lh tak tau nak cakap ape k bye. 🤗🤗

The evil i like [C] УооинуоWhere stories live. Discover now