hidden tears
013██
Kepulangan sungyoon oppa merupakan satu kejutan buat aku walaupun aku rasa nak buang dia dalam loji berdekatan.
Nak kahwin baru balik. Kalau tak takdenya nak balik tengok saeng dia yang dah lawa ni. Felip hair
Tapi takpe la, yang penting aku tidur berteman hari ni. Ya omma suruh jieun eunnie tidur kat bilik aku harini. Maklumla rumah tak besar, bilik takde yang kosong.
Yela takkan jieun eunnie nak sleep together gether dengan oppa ku en, dah la tak sah lagi kang ntah apa yang jadi. Otak oppa aku tu tak la betul sangat, adala senget sikit.
Aku berbaring atas katil menunggu jieun eunnie siap mandi. Aku terseksa duh tangan berbalut, main phone pun susah.
"Ahreum takde homework ke?" soal jieun eunnie yang sudah pun selasai bersihkan diri. Pakaian? Dah pakai yer
"Takde." jawab ku ringkas sambil tangan kiriku sibuk mengscroll instagram aku.
"Eunnie, ahreum nak minta pendapat dari eunnie tapi eunnie takkan cite kat sungyoon oppa kan?" Soal ku teragak agak
Jieun eunnie mengangkat mukanya melihat aku " apa dia?"
"Promise dulu" aku hulurkan jari kelingking ku padanya. Dia tersenyum lalu menyatukan jari kelingkingnya dengan jari aku.
"Crush ahreum suka dekat bestfriend ahreum lepas tu dia minta tolong ahreum untuk jadikan bestfriend ahreum tu yeochin dia. Eunnie rasa patut ke ahreum tolong dia?" Aku tidak teragak agak nak cerita semuanya dekat jieun eunnie
Jieun eunnie duduk di samping ku."ahreum sanggup? Tak sakit ke? Kalau tak sanggup ahreum tak payah tolong."
"Memang ahreum tak sanggup tapi kawan ahreum tu cakap dia takde hati dengan crush ahreum tu, jadi ahreum rasa nak tolong dia lagipun ahreum tak berani nak cakap tak nak tolong dia sebab ahreum kesian"
"Yela sayang, ahreum buatla apa ahreum nak asal diri sendiri tak terluka sudah" kepala ku diusap oleh jieun eunnie
----
Pagi itu aku dihantar oleh sungyoon oppa ke sekolah. Aku tahu dia hantar aku ke sekolah sebab dia nak show kereta dia. Mengada bukan oppa aku?
"Kau jangan mengada nak balik dengan sape tu yang berdebat nak hantar kau balik? Aku tak kenal, aku kenal jimin tu je. Tunggu aku kat sini." dia memberhentikan keretanya di depan gate sekolah.
"Ehh suka hati ahreum la nak balik dengan diorang. Omma kenal la taehyung tu, dah pernah datang rumah." Aku jelir lidah dekat sungyoon oppa lalu sepantas kilat aku keluar dari kereta.
Kalau tak memang aku kena karate dengan oppa aku tu.
Selalu aku datang sekolah masih aman damai tapi harini tak, oppa aku hantar aku lambat sikit.
Aku tengok je perangai pelajar² yang baru datang. Ada yang terpekik pekik macam ayam, gedik semacam je aku tengok.
Aku melangkah masuk ke dalam sekolah dengan bangganya eheks, ada juga yang tengok-tengok aku. Aku tahu aku lawa sangat plus tangan aku yang berbalut ni menambahkan lagi kecantikkan aku .
"Jangan nak perasan diorang tu pandang kau. Diorang pandang aku la." Suara sungyoon oppa menerjah masuk ke telinga ku
Pantas aku toleh ke belakang, oppa aku tersenyum kambing kat aku
"Pehal oppa ikut ahreum masuk? Ahreum dah besar tak payah la hantar ahreum sampai dalam"
Dia tunjal dahi aku kuat. Sakit siot, aku usap dahi aku perlahan
"Siapa kata nak hantar kau sampai dalam? Aku ikut kau sebab terpaksa okay adik kusayang. Kau tinggal dompet kau dalam kereta, kalau aku jahat memang tak la aku hantar."
Ceh! Tak ikhlas langsung oppa aku ni. Aku tarik dompet aku dari tangannya setelah itu aku tinggalkan dia kat sana.
"Kurang asam punya budak! Terima kasih pun takde!" Aku dengar jeritan sungyoon oppa tapi aku abaikan.
----
Aku berjalan di sepanjang koridor menuju ke kelas ku, pehal aku rasa kelas aku jauh pula hari ni.
Aku melirik ke arah tangan aku yang berbalut, haih tangan sebulan aku rasa macam setahun. Kau tahu tak aku terseksa.
"ARGH!!" Beg aku ditarik kebelakang dengan kasar secara tiba-tiba membuatkan aku menjerit kuat.
Aku rasa nak mencarut pun ada. Tapi aku tahan kang rosak reputasi aku.
Aku pusing ke belakang dengan muka bengis. Aku tak mencarut je, tapi amarah aku tak dapat turun.
Siapa tak marah wei bila kau tengah jalan tiba-tiba ada syaiton ntah turun dari mana tarik beg kau kasar, buatnya aku jatuh tak ke aku sakit
Jeon Jungkook.
Eh tak aku patut gelar dia Jeon Jebon. Crush pun crush juga tapi sekarang ni aku angin satu badan sebab dia.
"Kau?! Boleh tak lain kali jangan main tarik-tarik beg orang? Eihh buat aku takde mood je! " aku terus bla lepas marah dia.
Jungkook mengusap belakang tengkuknya.
"Aik? Pehal dia marah-marah ni? Kuat sangat ke aku tarik? Period kot." Tebaknya sendiri.
Aku masuk ke dalam kelas ,beg aku letak atas kerusi.
"Ahreum pehal kau lambat harini?" Soal soyeon ,mulutnya penuh dengan coklat yang dia borong dari budak kelas sebelah.
"Oppa aku hantar aku tu arh pasal lambat."
"Oppa kau balik?! KAU BIAR BETIK!" yoonji menghentak mejanya kuat lepas tu dia gosok tapak tangannya.
"Ya oppa aku balik, siap bawa bakal wife dia lagi." Aku tengok si yoonji ni dah excited sangat bila aku sebut pasal wife. Maklumla dia dah ada matlamat nak anak berapa siap ready nama anak lagi
"Cantik ke yeochin oppa kau tu? "
"Sangat. Kalah korang. Lepas tu dia baik dengan aku."
Yoonji ingin membuka mulut tapi sayangnya tak kesampaian sebab Jung saem datang.
"Aik? Saem awalnya masuk? Kan ada 15 minit lagi. " soyeon menyoal jung seonsaeng
"Suka hati saya la nak masuk awal ke lambat"
Hek eleh jung saem ni, aku cepuk kang amnesia terus baru tahu.
██
Eyoo! Hitman bang blablabla...
Pe khabar gais 😪 sis sibuk jadi hapdet ada lambat sikit 🐰-binijeon-
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanfictionApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...