hidden tears
014██
Aku menuju ke library seorang diri dengan beberapa buah buku di tanganku.
Aku bercadang untuk stay terus kat library lepas rehat. Lagipun sudah dimaklumkan yang cikgu takde. Meeting mendadak.
Meja dihujung aku tuju. Keadaan dalam library semamangnya sunyi. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja.
Aku letak buku aku atas meja lalu aku ke rak buku paling hujung.
Beberapa buah buku aku keluarkan dari rak untuk aku baca.
Sedang aku sibuk membaca buku, buku yang berada di tangan aku ditarik tarik oleh seseorang.
Pada mulanya aku malas nak layan tapi sekali lagi buku ditangan ku ditarik.
Aku tengok depan, geram gak kena ganggu kalau boleh nak je aku tampar siapa yang ganggu aku baca buku ni
"Boleh tak jangan ganggu aku?" Aku lihat ke arah seorang namja yang berada di hadapan ku. Dia tersenyum manis pada ku, tutur kata ku dia abai
Eii namja ni aku sepak kang cacat seumur hidup terus kau.
"KANG DANIEL." aku keraskan sikit suara aku padanya.
"Finally. Saya tunggu awak sebut nama saya ,ingat dah lupa. "
"Ergh! Kau ganggu aku sebab nak aku sebut nama kau je? Tch! " aku mengulingkan biji mata ku.
"Ani, saya nak tahu nama awak. "
"Perlu ke aku bagitau kau nama aku?" aku tutup buku yang aku pegang.
Daniel mengangguk ,menjawab pertanyaan aku.
"Sebab? "
"Saya nak tahu la, tak adil la kalau awak tahu nama saya, saya tak tahu nama awak kan?" ujarnya pada ku
Pehal dia terawak awak pula ni? Pelik pula aku rasa AHAHAHAHAHA.
"Aku tak nak tahu pun nama kau. Kau yang bagitau en, sooo dah pi sana aku busy."
"Tak nak bagitau sudah, saya bagitau jungkook yang awak suka kat dia."
Bulat mata aku memandang daniel. Gila ke apa mamat ni? Dia skodeng aku ke sampai crush aku dia tahu.
"Sape cakap aku suka jungkook?!" Aku cuba menafikan.
"Tu dalam file awak tu apa? "
Wtf! Dia dah tengok isi file aku?! Kalau boleh aku nak je hempuk kepala dia guna tangan berbalut aku ni. Nasib kat library kalau tak dah arwah agaknya
"Kau tengok file aku tanpa kebenaran aku?!"
"Alaa manala saya tahu tu file awak, saya nak tahu tu file siapa sebab tu saya tengok isi file tu. Tak sangka tu file awak."
Aduhhh malu lak aku ,mesti dia ingat aku ni obses sangat dekat jungkook. Mana aku nak sorok muka aku ni.
"Hello!! Nak bagitau ke tak ni? "
Terus aku tersedar dari lamunan ku. ya tuhan boleh pula aku mengelamun aduhhh. Aku tepuk dahi ku perlahan.
"Ye ye, Choi ahreum." Jawab ku mahu tak mahu
"Okayy thanks. Dah bye, kalau jodoh kita kuat saya pasti kita akan berjumpa lagi. " sempat gak dia kenyit mata dekat aku. Naik loya aku tengok.
Maaf, hati ku hanya untuk jeon jungkook.
Setelah memastikan Daniel betul betul sudah pergi, aku teruskan menambah ilmu pengetahuan aku yang tak seberapa ni
"Ahreum..."
"Kau nak apa lagi da- EO, jungkook !" Terkejut aku apabila melihat jungkook di hadapan ku ,srs aku ingat tadi daniel patah balik. Nasib aku tak melenting tadi.
Jap. Pehal dia memikat sekarang? Aku tak kuat tengok dia.
"Ahreum, kau jadi nak tolong aku kan?" Dia mengambil tempat di hadapan ku
Sebenarnya aku tak nak tapi aku tak berani nak tolak. Sebab aku takut. Takut dia kecewa lepas tu tak layan aku.
Dengan perlahan aku menganggukkan kepala aku. Daku tak RELAAAAA.
"So bila?" soal jungkook tidak sabar.
"Bila kau nak aku tolong?"
"How about tomorrow?"
Gile duh jungkook ni. Nak cepat sangat pehal ?Eiii sakit pula hati aku.
"Okayy, no problem."
Kitorang pun start bincang itu ini dekat library. Tak ambil masa yang lama pun.
"So besok lepas kerja aku selesai aku akan bagi signal. Lepas tu yang lain tu hal kau. Lagi satu aku taknak seoljin tahu yang semua ni aku yang tolong. Kau cakap je la tu kau buat semua."
Jungkook menganggukkan faham
"Ahreum aku cau dulu ya annyeong." Dia melambaikan tangannya padaku berserta dengan senyuman ceria dia
Haih! Macam mana la aku nak move on ni.
————
Someone's pov
Aku perhati gelagat ahreum yang sedang sibuk berbincang.
'Ahreum, kau yakin ke kau kuat untuk hadap apa apa yang akan terjadi?' Bisik ku dalam hati
Aku tak nak ahreum sakit sebab Jungkook. Aku rasa macam sakit yang ahreum rasa tu kena dekat aku juga.
Kau tak sepatutnya tolong dia ahreum. Kau yakin ke kawan baik kau tu cakap benda betul kat kau?
Kalau boleh aku nak bagitau kau semua tapi aku tahu kau takkan dengar sebab bagi kau jungkook la segala galanya dalam hidup kau.
Aku sangat berharap kau dapat dengar luahan aku .Tapi sayangnya tidak. Kau takkan dengar.
██
TYPO? ABAI YAA
Yaww yeww yoww pe khabarr ❤
Part kalini pendek je ya mian 🐰
Love you gaiss muahhhhh
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanfictionApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...