Hidden tears
049🌼🌼
Aku memasuki bookstore seorang diri. Jangan tanya kenapa Jungkook takde dengan aku.
Agaknya aku hilang pun dia tak sedar. Mana taknya kalau sibuk gaduh dengan taehyung.
Bestfriend tapi macam musuh je aku tengok. Jeling jeling bagai pastu memekak non stop. Aku pula yang stress.
Novel novel yang tersusun kemas di rak aku tengok. Kot kot ada yang kena kat hati boleh gak aku beli. Dah lama aku tak baca novel ni.
Aku mengambil sebuah novel yang berada di rak buku lalu aku selak untuk membaca sedikit isi kandungan novel tersebut.
"uwauu dah kahwin tapi nak dekat lelaki lain pula" monolog aku sendiri.
Aku agak tertarik dengan novel yang berada di tangan ku. Agak menarik bagiku. Heh wajib dibeli ni.
Sebelum mengatur langkah ke kaunter untuk membuat pembayaran aku sempat pusing satu bookstore. Buang masa. Biar dua hantu tu penat cari aku.
Setelah membuat pembayaran, segera aku keluar dari bookstore itu. Nak tahu kenapa?
Ni hah ada sorang namja dari tadi nak try berbual dengan aku. Hensem tu memang hensem tapi cara dia bercakap tu pelik semacam. Aku rasa tak selesa sebab tu aku keluar cepat.
"Hey, cepatnya jalan. Nak berkenalan pun susah" lelaki tadi menarik tangan aku
"kawan saya tunggu saya sebab tu nak cepat mian. " aku menarik tangan ku kembali.
Aku dah la rimas tengok perangai dia boleh pula dia tarik tangan aku lagi sekali. Eh ni kalau aku bagi penampar kat dia ni confirm menangis tak berlagu.
Dasar miang!
"Eh apa ni?! " aku tepis tangannya kasar.
"Wuu kasar la"
Ya tuhannn kenapa harus kau mempertemukan daku dengan orang sewel macam ni
Kalau aku karate dia kat sini takpe kan? Eheh
"Sayang! Kenapa tinggalkan oppa? Kan oppa suruh tunggu. Kalau jadi apa apa macam mana? " bahu aku Jungkook rangkul secara tiba tiba.
Sempat gak aku perhati mata dia jeling namja sewel kat sebelah aku tu.
Aku tak tahu dia muncul dari mana.
Tapi yang gila dia. PEHAL JUNGKOOK TU MEMIKAT SANGAT SIOT?! Aku tahu dia buat macam tu saja je nak tolong aku.
Tapi tapi cara dia tolong aku tu buat aku rasa macam nakkan dia. HUWAAAAA OMMAA
okayyyyy ahreum tarik nafas. Hembus. Ingat ahreum anak jeon penuh dengan fakehope. Kalau taknak sakit hati jangan cuba untuk menagih cinta anak jeon sekali lagi
"Aku tak nak biadap jadi aku soal baik baik. Hyung ni siapa? Pehal ganggu yeochin orang?" Jungkook menyoal namja itu.
Sopan yer.HARUS!
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanficApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...