HT 037

1.1K 105 27
                                    

Hidden tears
037

🌼🌼

Taehyung's

Harini dah masuk seminggu aku tunggu si jeon tu nak explain benda bodoh tu dekat semua.

Bila aku tanya dia asyik jawab bagi aku masa. Ehh aku tahu la kau tu kawan baik aku tapi rasanya dah lama sangat dia nak berfikir ni

Aku bukan nak desak dia. Aku cuma risaukan ahreum. Setiap hari ada je yang cakap bukan bukan dekat ahreum.

Dia cakap dia kuat tapi aku tahu dia tipu. Dia taknak orang di sekeliling dia  risau.

Ada masa aku geram juga dekat si ahreum ni. Suka sangat pendam masalah dia seorang diri.

Argh aku tak kira aku kena cakap dengan Jungkook harini juga. Benda ni kena settle secepat yang mungkin .

Laju saja kaki aku melangkah ke kelas, tujuan aku cuma satu. Jungkook.

Ahreum dihantar oleh appanya harini. Jadi aku tak dapat nak together gether dengan dia.

Sempat aku toleh ke kelas ahreum ,di sana aku melihat ahreum yang sedang khusyuk menulis sesuatu.

Telinganya ditutup dengan earphone miliknya. Aku tersenyum sendiri memandangnya. Ahreum tampak begitu comel bagiku.

Sejak dari salah faham antara dia dan seoljin, hanya aerin, yoonji, soyeon dan aku saja yang melayan ahreum.

Oh tidak lupa juga Kang Daniel. Salah satu saingan aku. Aku tahu dia suka dekat ahreum dari cara dia pandang ahreum. Tch! Semak arh Daniel ni

Pelajar lain? Fuh mengutuk je melebih sampai tak ingat dunia.

Semua termakan dengan hasutan secebis hyein. Hyein yang tidak henti henti membuat cerita tidak sahih tentang ahreum membuatkan ramai pelajar turut serta mengutuk ahreum.

Rasa macam nak botakkan si hyein tu. Bukan masalah dia, dia pula yang melebih. Aku tendang kang baru tahu.

-----
[REHAT]

Aku menuju ke kantin selepas ke tandas. Jungkook sudahpun ke kantin terlebih dahulu.

"bro! " aku tepuk bahu Jungkook perlahan. Dia yang sedang makan dengan berseleranya melihat ke arah ku

"oh tae, hah cepat arh apa benda yang kau nak cakap pagi tadi? Sorry la aku siapkan kerja miss song pagi tadi heh"

Ya pagi tadi, aku baru nak buka mulut dia suruh aku jangan ganggu dia. Sikit aku mencarut dekat dia weii nasib baik kawan.

"pasal kau dengan ahreum."

Aku sebut je nama ahreum terus raut wajahnya berubah

"kenapa muka kau macam tu? Taknak explain? Habis tu kau nak biar ahreum tanggung semua tu? Kook kalau jadi apa apa kat dia, kau bukan kawan aku lagi. Aku nak kau pegang dan ingat apa yang aku cakap ni"

Jungkook mengangkat mukanya. Terkejut dengan apa yang aku ucap sebentar tadi.

Apa aku kesah. Aku buat untuk ahreum. Aku taknak dia tertekan.

Hidden Tears •J.J.K•Where stories live. Discover now