Hidden tears
063🌼🌼
5 years later
France
"Excitednya kau sampai aku kat sini pun kau tak sedar. "
Aku sibuk mengemas baju baju ku sampai Taehyung yang dari tadi memerhati aku pun aku tak sedar.
Kepala aku toleh ke arahnya. Taehyung yang sedang tersenyum manis memandang aku berjalan mendekati aku.
"aku rindu family dengan kawan kawan aku memang arh aku excited "
"lahh aku kau tak rindu? " Taehyung menjengketkan sebelah keningnya.
"Buat apa nak rindu kau weii 5 tahun aku duduk serumah dengan kau"
Taehyung buat muka pasrah.
Apa?! Betul lah en duduk serumah buat apa aku nak rindu buang masa aku je.
"alorhh kau tak sayang aku ke reum?" teeheee dah mula dah dia.
"kau nak aku smackdown kau ke? "
"eheh yelaa sayang oii sorry ganggu" dengan senyuman sinisnya Taehyung keluar dari bilik aku.
Aku menggelengkan kepala aku sambil tertawa kecil.
5 tahun aku menetap di France bersama Taehyung. Dia betul betul tepati janji yang dia cakap dekat omma nak jaga aku.
Dia punya strict woii kalah oppa aku. Kawan kawan aku ajak aku jejalan malam dia tak bagi weii.
Aku ingat lagi masa aku nak pergi prom night budak sealiran aku buat. Dia sampai sanggup ikut aku gi sana jadi patner aku. Satu lelaki pun dia tak bagi sentuh aku.
Baru nak ngorat namja namja kat sana haih melepas weii sendu aku dibuatnya. Korang apa tau?! Namja dekat France ni banyak menggoda tau! Tapi tu hah aku takde kesempatan nak ngorat. Bodyguard sentiasa ada.
Dah la dia pasang spy kat aku. Pastu spy dia tu kawan rapat aku kat sini huduh arh!
Tapi aku tahu dia buat macam tu bersebab.
Ermm korang nak tahu something tak? Taehyung en.. Dia en.. Setiap hari semakin menggoda wei syukur iman aku kuat. Hehe
Seketul ahreum sayang anak uncle kim! Kim Taehyung!
Skip~
"WOII TURUN MAKAN! PENAT AKU MASAK NI! KAU JANGAN NAK MENGADA KENYANG KENYANG BAGAI " nak runtuh dinding bilik aku dengan suara jeritan Taehyung dari dapur.
Dengar je dia memanggil aku laju kaki aku ni turun ke bawah.
"Uwaa Taehyung kite masakkk suami idaman para wanita di luar sana! " aku menepuk nepuk tangan aku. Bukan memuji. Aku saja je nak main main dengan dia.
"Kalau kau tak main tipu tadi takdenya aku masak, bersihkan rumah dari dalam hingga ke luar pastu bersihkan toilet. " rungutan Taehyung membuatkan aku tertawa kuat.
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanfictionApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...