Hidden tears
039🌼🌼
Aku dipaksa oleh Jungkook untuk ke rumahnya. Serious aku cakap aku tak faham dengan dia. Kan banyak lagi tempat boleh pegi pehal rumah dia juga dia pilih
Nasib baik dia cakap omma dia ada dekat rumah kalau tak memang tak la aku nak ikut dia.
Jungkook membelokkan keretanya masuk ke kawasan rumah orang-orang berada. Banglo besar nak mampus tersusun di sepanjang kawasan itu
Kan aku dah cakap dia orang kaya. Korang nak heran apanya.
Keretanya berhenti di depan banglo yang paling besar di kawasan itu. Secara automatiknya pintu pagar itu terbuka.
Beberapa buah kereta dan sebuah motobike milik jungkook tersusun di garaj banglonya.
Giler bapak ex crush aku ni kaya dia bukan main main
Terus aku rasa aku ni kecil sangat bila dekat rumah dia.
Woo omma ahreum nak balik.
"omma kau garang ke? " soalan pertama yang keluar dari mulutku setelah masuk ke kediaman Jeon itu
Takut woii. Cuba kau bayangkan omma dia garang. Wuu tak ke seram tu
"garang nak mampus. "kecut perut aku dengar jawapan dari Jungkook
Tong sampah mana? Boleh aku masuk dalam tak? Nak menyorok. Badan aku kecik je ni
"eh asal kau tak gerak? Kaki tu kena gam ke?" Jungkook menegur aku
"kau cakap omma kau garang. Kau bawa aku ponteng, kang tak pasal pasal omma kau marah macam? Eiii taknakk woiii"
Aku punya penat nak buka mulut membebel dia boleh pula gelakkan aku. Eii ni yang buat aku marah ni
Rasa macam nak tendang je muka dia tu.
"Ponteng bersebab sayang oii" ujarnya sambil tersenyum senget.
Pula dah? Tersayang sayang pehal woii jebon.
Aku menggulingkan biji mata aku ke atas. Malas nak melayan si jengkuk ni
"MUMMYYYY!!! KOOK DAH BALIKK"
Ehwahhh sebijik macam budak kecik aku tengok si Jungkook ni panggil omma dia. Arhh neomu gwiyowo.
Jungkook melangkah masuk ke dalam banglo milik keluarganya dan aku hanya mengikut langkahnya
"Eh kook? Awal balik? Bukan sekolah tak tamat lagi ke? Kook ponteng ehh?" ujar seorang wanita berambut pendek, tubuhnya tersarung apron berwarna kelabu.
Dia berdiri bercekak pinggang di hadapan Jungkook.
"Ponteng bersebab la mummy" lembut saja tutur kata Jungkook dengan ommanya.
"hmm bersebab? Ehh siapa tu kat belakang kamu? Mummy tengok dari tadi asyik menyorok je kat belakang kamu. Yeojachingu kamu ke tu kook? " bertubi tubi puan jeon menyoal jungkook. Comel je aku tengok omma dia ni, belah mana garangnya?
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
Fiksi PenggemarApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...