HT 062 ( Part 2 )

828 78 14
                                    

Hidden tears
062

🌼🌼

"Weii reum taknak jalan ke? " aku ditegur oleh Taehyung secara tiba tiba. Mungkin sebab aku berdiri terlalu lama.

"ah aku tengok tu hah " aku menunjuk ke arah screen tv (apa nama dia woii aku lupa ya tuhann) menandakan sebentar lagi aku dan Taehyung akan meninggal Seoul.

Sejujurnya hati aku berbelah bagi . Aku takut aku rindukan omma, appa dengan hyung aku. Kengkawans sekepala dengan aku. Huh dah lah aerin dengan yang lain tak dapat datang harini.

Aku sedih weii lama lagi baru dapat jumpa. Huhu

"lah kau dari tadi tenung tu je? Kau taknak pergi ke? Nak cancel?" lembut saja suara Taehyung menyoal aku

Aku menggelangkan kepala aku laju "tak aku dah mula rindukan kawan kawan aku"

Tersembur tawa Taehyung mendengar jawapan aku

"ya tuhan ahreum, kita tak terbang lagi kau dah rindukan diorang? Macam mana lah dekat sana nanti haihh"

"ish jangan lah gelak! Dah kaja" sempat aku cubit lengan Taehyung sebelum aku jalan tinggalkan Taehyung di belakang.

"alaa reum jangan arh majokk siapa nak kawan aku kat atas kapal nanti kalau kau majok"

Aku buat tak layan je si Taehyung yang tengah memekak kat belakang.

Hah kau memekak lah kat sana kang lambat baru tau.

"Choi ahreum tunggu aku woiii! Kau buat aku macam ni yer sampai sana kau tidur kat luar" terus langkah aku berhenti. Bodoh siaa tidur luar eii taknak. Dah lah tempat asing.

"hah ugut lah lagi ugut" aku menoleh ke menghadap Taehyung yang tengah tersengih macam kerang busuk.

Taehyung berjalan menghampiri aku.

"mulut tu aku kiss kang nak? " laju aku mengemam bibir aku. Teringat pula aku dekat Jungkook lagi. Selalu Jungkook lah yang akan sebut ayat tu dekat aku. Haihhh

Taehyung kenapa kau buat aku macam ni. Sendu siakk hidup aku

"ehh kau okay ke? Mian aku gurau je tadi" mungkin sedar akan perubahan di wajahku.

"Tae"

"wae?wae? Are you okay?"

"aku teringatkan jungkook"

"ahreum please, lupakan Jungkook. Mungkin dia dah sah jadi suami orang sekarang ni. Dah tak payah fikir pasal dia." Taehyung mengesat air mata aku perlahan.

Bila air mata aku jatuh pun aku tak perasan.

Selepas itu tubuhku dipeluk oleh Taehyung erat. "Kau kena kuat ahreum, aku ada dengan kau"

Entah kenapa aku rasa tenang dalam pelukan Taehyung sekarang.

"erhmm! encik, cik nak peluk peluk nanti yerr kat airport ni sesak. Kamu berdua ni halang jalan orang. " tegur seorang pakcik security  membuatkan Taehyung dan aku terkejut.

Hidden Tears •J.J.K•Where stories live. Discover now