hidden tears
022██
1 year later
(ehekk sorry la klau bnyk skip skip ni)Dah setahun berlalu,lepas je dari peristiwa aku gaduh dengan jungkook tu, aku dah tak bercakap dengan dia lagi
Bukan itu saja, atas permintaan bodoh jungkook aku dengan bodohnya menjauhi taehyung
Pernah juga taehyung menyoal aku kenapa aku menjauhi dirinya, dan aku menyuruhnya bertanya pada jungkook
And satu lagi, sekarang aku sedang hangat bercinta dengan mingyu. Ehehhhhh
Hahaha mesti korang tak caye en? Dah dua bulan aku dengan mingyu
Aku dapat lupakan Jungkook sebab mingyu
"Bhuaa!!!" Daniel kejutkan aku
Terkejut aku dibuatnya ,nasib tangan aku tak sampai kat kepala dia kalau tak memang habis rambut dia aku kerjakan
"Kau sehari tak buat aku terkejut tak sah en eii aku hempuk pala kau kang"
Daniel tersengih
"Ahreum, aku tak tahu kenapa en, tapi aku suka perangai kau, kau lain dari yang lain" ujar daniel.
Manusia ni tak move on lagi ke apa?
"Niel, aku perhati je kau dari tadi, yeochin aku tu " mingyu yang tah datang dari mana tetiba menyampuk
"Ehh gyu!" Jerit ku teruja, macam mana tak teruja bila jumpa namchin yang dah seminggu tak gi sekolah pastu tak bagitau yang dia dah balik
Ohya lupa, mingyu pergi latihan basketball kat daegu .
Bukan dia sorang, ada beberapa orang pelajar lagi
"Elehh aku lambat confess sehari je kot."
Daniel pernah confess kat aku, tapi tu la macam yang dia cakap, dia lambat sehari
Muka dia masa tu lawak giler duh, tapi nasib dia still nak kawan ngan aku
"Ye la niel"
-----
"Aerin, ahreum mana?" Mata Seoljin mencari cari kelibat ahreum
Dari tadi dia mencari ahreum ,difikir ahreum ada bersama aerin
"Dia gi kantin ngan daniel, hah kau dari mana?"
"Jumpa buah hati ler tu" celah soyeon
"Ish jangan sebut pasal dia, buat aku geram je" marah seoljin
Terpinga pinga tiga sahabat itu, takde angin takde ribut sebut je pasal buah hati, mood rakan mereka terus ke laut
"Kau gaduh lagi eh?" Tebak yoonji, dibalas dengan anggukkan seoljin
"Dia bukan baru balik dari daegu ke? Takkan la baru balik korang gaduh terus"
Seoljin mengeluh halus, dia turut penat melayan karenah jungkook. Ada saja hal yang boleh mencetuskan pergaduhan kalau ada dengannya
"Apa kes lagi korang gaduh kalini? Dia cemburu lagi ke?"
"Haah, aku tadi memang nak jumpa dia, lama kot tak jumpa dia. Tapi aku terserempak dengan mingyu, jadi aku tegur la, tegur biasa je pun lagipun mingyu cakap dia nak jumpa someone. Pastu jungkook nampak mula la dia jealous bagai marah orang"
Ternganga aerin dibuatnya, fikir gaduh pasal apa
Rupanya si jungkook tu jealous kat mingyu je, agaknya dia tak tahu ke mingyu tu dah ada ahreum
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
Hayran KurguApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...