Hidden tears
060🌼🌼
Tutt.. Tutt..
"Hello, hah nak apa? " kasar je cara Jungkook bercakap dengan aku. Walaupun melalui telefon aku tahu mungkin dia masih marah dekat aku.
Takpelah senang sikit kerja aku. Even aku tak rela nak buat.
"Awak sayang saya tak jungkook? " macam bodoh pula aku tanya soalan macam ni kan
"buat apa aku nak sayang dekat orang yang tak hargai aku? pastu lebihkan kawan baik sendiri daripada aku"
Aku mengeluh kecewa. Memang dah takde harapan dah hubungan aku dengan dia ni. Dia dah tak layan aku macam dulu
"jadi hubungan kita macam mana? " takut takut aku menyoal.
"kau rasa apa aku akan cakap? aku dah malas nak ambik tahu pasal hubungan kita. Kalau boleh kita putus je la"
Sakit. Itulah yang aku rasa sekarang. Sakit hati mendengar kata kata Jungkook.
"Baiklah kalau itu yang awak nak. Ermm Jungkook tolong terima cinta Daeun, jangan sia sia kan dia. Dia cinta dan sayangkan awak. " walaupun susah untuk aku ucap semuanya tapi aku tetap teruskan. (sejujurnya sis geli AHAHAHAH)
Air mata yang dari tadi membasahi pipi aku, aku biarkan saja.
"hmm..dah habis? "
"semoga bahagia" terus kan menamatkan panggilan.
Aku nangis sekuat hati aku. Biarlah orang nak kata apa yang penting aku dapat buang segalanya.
Memang takdir aku macam ni kot. Selalu gagal kalau masuk hal percintaan ni.
++
Jungkook's pov
Aku tatap skrin telefon aku lama. Keluhan aku keluarkan setelah lama berdiam diri di dalam kereta.
Sudah hampir 10 minit aku berada di dalam kereta. Fikiran aku kusut. Kata kata Taehyung mula bermain di fikiran aku.
Betul ke apa yang aku buat ni? Arghh stress!
Aku memandang ke arah pintu rumah apabila terasa seperti dilihat seseorang.
Mummy sedang berdiri tercegat di depan pintu. Matanya memandang aku.
Laju aku keluar dari kereta milikku
"daddy tengah tunggu kamu" kata mummy serius .
"ada apa apa ke ni mummy? " pelik gak aku daddy tunggu aku. Selalu takdenya dia nak cari aku
"kamu tanya la daddy kamu, mummy dah puas cakap dengan dia. Muak" fuhh mummy aku tengah merajuk dekat daddy ke apa ni.
Aku masuk ke dalam rumah, daddy yang sedang bermain dengan telefonnya berpaling ke arah aku.
"hah anak daddy dah balik pun. Mari sini jap daddy ada nak bincang dengan kamu ni"
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanficApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...