Hidden tears
065🌼🌼
Sejak peristiwa di mana aku bertemu kembali dengan Jungkook setelah sekian lama tidak bersua muka membuatkan aku tidak senang duduk.
Ya aku rindukan dia. Tersangatlah rindukan dia. Aku ingat aku duduk lama lama dekat France tak jumpa dia dapatlah aku move on.
Rupanya. Aku sedar yang aku masih belum move on. Haih tapi dia dah kawen dah nak ada anak pula tu.
Lama aku termenung sambil menikmati angin malam di tepi pantai . Taehyung bawa aku ke sini. Apa motifnya aku pun tak pasti. Nak lamar aku ke?
"ahreum. " suara Taehyung menyedarkan aku dari lamunan ku.
"hmm? "
"Boleh aku peluk kau? " soalan Taehyung membuatkan aku terus berpaling ke arahnya.
"hah? "
"alaa boleh lah siapa tahu ni last aku boleh peluk kau"
"suka hati kau lah Taehyung oi"
Aku kembali menghadap ke depan. Sambung melayan perasaan. Eheh
Terasa tangan Taehyung mula melingkari pinggang aku dan dagunya dia letakkan atas bahu aku. Dibiarkan perbuatan Taehyung itu.
" Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Walaupun aku tahu peluang aku memang tipis tapi bagi aku asal kau bahagia sudah cukup untuk aku. "
Aku terhenti seketika. Taehyung masih sayangkan aku? Adakah ini tanda yang aku harus berubah hati dan lupakan Jungkook?
" Aku buat semua ni untuk kau, jadi aku harap kau tak marahkan aku. "
Sudah bertambah pening kau dibuatnya. Buat apa? Marahkan dia? Aku takkan marah kalau tak salah.
Ke dia nak confess dekat aku ni? Wuuu jangan perasan ahreum nanti kau yang malu
++
Daeun's pov
"Jungkook! Dengarlah apa saya nak cakap ni! "
Jungkook tidak mengendahkan aku. Kereta dipandu laju olehnya. Kecut perut aku. Dah lah aku tengah berbadan dua. Kang kalau jadi apa apa dengan baby ni amacam?
"JEON JUNGKOOK BAWAK PELAN PELAN LA! Kau yakin ke dia nak dekat kau lepas apa yang kau buat? " aku menjerit kuat biar dia terkejut plus panik.
Jungkook menekan brek secara mengejut membuat aku terdorong sedikit ke depan. Bapak nasib aku tak terbang.
"Shh diam! Jangan membebel nanti baby tu ikut perangai omma dia"
Tak guna punya Jungkook. Aku cakap pasal lain dia boleh cakap pasal anak dalam perut aku ni.
Ni yang buat aku naik angin ni. Sepak kang. Apa?! Ingat aku berbadan dua tak dapat lawan dia lah?
Eiii."hah pandulah laju laju. Pandu sampai tayar tercabut. Langgar semua kereta tu. "
++
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanfictionApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...