hidden tears
011██
Dalam dunia ni tak semua yang kita nak kita akan dapat. Lelagi crush.
Aku rela kehilangan crush daripada kehilangan seorang sahabat.
Tapi, dapatkah aku hadapi semua ini ?Kuat kah aku ?
Aku tak rasa aku kuat. Sejujurnya aku tahu aku tak akan kuat. Tapi aku harus cuba.
Ya, aku bersetuju untuk membantu jungkook, sebab dia crush aku. Bodoh kan ?
Seoljin? Aku tahu dia takkan rampas crush aku. Aku pasti sebab dia pernah cakap macam tu dengan aku.
Aku mencapai telefonku lalu aplikasi whatsapp aku tekan. Ruangan chat aku dengan seoljin aku buka.
Walaupun agak sukar untuk aku menggunakan telefon dengan tangan kanan sahaja tapi aku tak kesah.
Seol..
Seoljin ❤
Kau patah tangan pun still nak main phone 😑btw aku nak minta maaf dekat kau ,aku tak sengaja.Ulooo, aku tak tahan tak pegang phone la 😪
Oh pasal tu aku tak kesah sangat la. aku dah maafkan kau.Kang tak baik tangan tu baru tahu
Ily reum ❤
Hah apa dia kau tetiba chat aku ni?Erm
Aku nak tanya kau niApa dia yang kau nak tanya?
Kau suka jungkook ke?
Hahahahaha pehal kau tanya duh?
Takkan la aku nak suka crush kau.Dah tu yang kau berkepit je dengan dia pehal? 😑
Wuu
Aku hidu bau² org jealous la 😏Eii mana ada aku jealous aku tanya je kot
Ye la tu, aku kenal kau la reum
Oh aku dekat dengan dia sebab kau. Aku nak try tolong kauIyerla seoljin oii
Okay dah aku nak rehat
Night ❤Aku lega bila seoljin cakap dia tak tertarik dengan Jungkook. Tapi? Betul ke?
Arh lupakan. Yang penting aku dapat tidur dengan aman malam ni
♂♀
Aku turun ke bawah setelah selesai bersiap. Omma yang sedang sibuk di dapur aku sapa.
"Morning omma!"
"Eh? Kamu ke sekolah juga? Tak nak cuti?"
Aku geleng. Kalau aku cuti aku nak buat apa? Terperuk dalam rumah lagi membosankan.
"Tapi takkan kamu nak jalan kaki? Appa kamu dah jalan tadi, ingat kamu nak cuti."
Aku capai roti telur buatan omma lalu aku sumbat dalam mulut aku.
"Jalan kaki la. Tangan ahreum yang sakit bukan kaki"
YOU ARE READING
Hidden Tears •J.J.K•
FanficApa rasa dia bila crush diambil oleh bestfriend sendiri? Kesakitan yg dirasai oleh Choi Ahreum itu dipendam hanya kerana ingin menjaga hati seseorang ++ #1st in Fanfiction-10 April 2020 Start :[1 Dec 2018] End: [5 Jan 2020] Re-edit : [17 October 202...