Peliharalah dirimu

311 12 0
                                    

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA SOLEHAH.

Aurat seorang wanita itu,
Jangan sesekali dipandang rendah.
Lindungi dan jagalah auratmu

Aurat wanita adalah sesuatu yang mahal. Ibaratnya antara permata dan kaca.

Cuba bayangkan, jika ditangan anda ada sebutir permata yang kilauannya dari sumber yang paling baik. Adakah anda berani meletakkan di atas meja begitu sahaja? Pasti tidak bukan?

Bagaimana pula dengan kaca? Jika kaca itu sumbernya dari kedai yang paling mahal dan cantik. Adakah anda berani meletakkannya di atas meja begitu sahaja? Tidak bukan.

Maka konklusinya adalah sama. Kedua-duanya juga cantik, disayangi pemiliknya dan berharga. Namun di antara kaca dan permata, mana lebih tinggi nilainya?

Pastinya permata. Sama juga dengan wanita yang menutup aurat dan tidak menutup aurat. Kedua-duanya sama cantik, dan sama menarik. Namun, pastinya permata yang telah ditutup dengan balang tadi kemudian berbungkuskan peti kaca itu pula pasti lebih berharga kerana yang tertutup itu lebih indah.Ianya lebih terjaga dan sempurna. Manakala kaca, bila-bila masa sahaja boleh pecah dan diusik orang tanpa segan silu.

Dalam Islam, wanita diberi penekanan soal maruah (harga diri). Dengan menutup aurat, wanita itu bukan sahaja menjaga kebajikan dirinya malahan kebajikan agama dan masyarakat seluruhnya. Serta menutup lubang-lubang fitnah bagi diri seorang wanita itu.

Jangan biarkan dirimu dihina atas sebab pakaianmu,

Tetapi biarlah dirimu dihormati atas sebab cara pemakaianmu itu.

Jagalah, keindahan yang kalian miliki itu hanya untuk seseorang yang berhak menikmatinya. Suamimu nanti, siapapun dia, adalah yg paling berhak atas indahnya parasmu. Yang ketika kau nampakkan keindahanmu padanya, pahala untukmu.

semoga bermanfaat, dan mari bersama sama menebar kemanfaatan..😊😊

Hijrah Cinta Sang Akhwat FillahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang