1| starter

19.6K 454 0
                                    

People get Wrong when they Try to judge people from outside. Yeah this is life. Everything must be judged by each other.

"Sudah la tu kau ni." Marya bercakap. Hanya dia seorang sahaja yang dengar. Dah pakai earphone nak dengar kejadah apanya?

"Aku dah cuba bersabar la ni. Ikut hati nak je aku tembak kepala mamat tu." Andrea membalas. Kaki cuba terus jalan tanpa ada riak yang pelik.

"Kenapa awak? Ada apa-apa ke?" Tanya Adam disebelah. Aduuh bala ni datang sebab kepala tak guna terlebih bijak dua orang tu. Arisha Collins dan Aaden Collins. Nama aku pulak Andrea Collins.

"OK je." Menyesal aku ikut dua ekor manusia tu balik Malaysia. Kalau aku tahu memang aku stay British je la. Lagi selamat. Ni kena pergi jalan-jalan dengan mamat ni pulak? Oh ni bukan Andrea Collins guys...

"Tak sihat ke?" Tanya Adam prihatin. Rimasnya aku! Memang ada orang bersepai jugak otak dalam mall ni karang. Sumpah balik ni aku tarik telinga babun dua ekor tu.

"Saya nak balik." Andrea menjawab malas. Rimas aku dengan lelaki ni. Sepak nanti naya ja. Mereka berjalan ke arah kereta di parking lot. Andrea dah merah mukanya. Panas we, ingat Malaysia tak panas ke?
AC

"Eh manusia! Apa yang korang pikir hah?" Bengang tak habis lagi ni. Telinga Aaden dan Arisha ditarik serentak, kemudian dipulas naik ke atas. Memaksa Aaden dan Arisha berdiri.

"Apa ni woi? Balik dating serang orang." Aaden dah muncung panjang. Tangan cuba menepuk tangan Andrea supaya kakaknya melepaskan telinganya. Habis hilang macho aku!

"Dating kepala lutut kau! Korang yang buat, lepas tu paksa aku pergi. Dah lama hidup?" Andrea menjerit. Memang nak kena budak ni.

"Kau ni macam budak-budak la. Kami saja buat. Kau pergi kenapa?" Arisha membalas. Andrea dah sampai kepala kesabaran dia. Dilepaskan telinga adiknya. Pistol emas dikeluarkan dan picu ditarik. Sasarannya ialah dua orang manusia tak guna tu.

"Apa kau buat ni? Kau nak bunuh kami ke?" Tanya Aaden lambat-lambat. Aaden dan semua tahu yang Andrea memang sangat cekap dan sentiasa tepat tembakannya. Aaden dah menggigil. Arisha selamba badak dia je.

"Tembaklah." Arisha buat muka sombong. Arisha memang macam tu. Dia punya berlagak tu lebih sangat.

"Selamat tinggal." Picu ditarik dan bunyi kaca berderai. Aaden buka mata pandang belakang. Nafas dilepaskan perlahan.

"Aku tau kau sayang aku." Arisha mencium pipi Andrea sebelum berlari ke tingkat atas. Andrea melepaskan keluhan dan menyapu pipinya perlahan. Aku sepak jugak budak ni karang. Dah tau aku tak suka cium-cium ni tu lah nak sangat dibuatnya.

"Ad kemaskan. Ay mana?" Tanya Andrea lagi. Ay merujuk kepada kembar Aaden iaitu Ayden Collins. Dia tu lain sikit.

"Dalam bilik dia la. Dia tu mana kenal dunia luar." Aaden mengeluarkan telefon dan membuat panggilan. Call orang datang cuci kaca tu la. Biar la dia. Baik kacau sorang lagi.

"Ay! Buat apa tu?!" Andrea masuk tanpa mengetuk pintu bilik Ayden. Ayden terus beku depan laptopnya. Ok inilah Ayden, manusia yang beku dan batu.

"Nak apa?" Tanya Ayden mendatar. Dia ni kan beku sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Dia ni memang peti ais 9 pintu.

"Sudah la kau buat report tu. Rimas tau tak aku tengok." Andrea berjalan ke arah Ayden. Ayden pusing menghadap kakaknya.

"Kalau dua ekor manusia kat bawah tu buat kerja awal aku boleh jugak keluar jalan-jalan. Masalahnya ini dah sampai sana baru reti nak buat. What if daddy know about this?" Balas Ayden beku. Andrea tersengih. Budak dua orang tu memang suka sangat buli Ayden.

"Kerja kau dah siap?" Tanya Ayden. Andrea tersengih lebar. Caring jugak adik aku ni!

"Dah lama dah siap. Aku buat kat sana cepat-cepat hari tu. Tak de la susah sangat. Kau pun tahu aku kalau dah datang Malaysia memang aku akan tinggal segala kerja la."

" Bagus la. Kan bagus kalau dua ekor manusia kat bawah tu perangai macam kau suka habiskan kerja awal." Andrea tersenyum mendengar apa yang adiknya bebel. Kesian dia.
AC

"Macam mana dengan keadaan dekat sana?" Mr. Ady bertanya di hujung talian.

"Everything is fine Daddy. Just our enemy still alive and still trying to hunt us down." Andrea bercakap senada. Ni bukan waktu nak bermanja bagai.

"Do what you have to do." Dan panggilan pun ditamatkan. Andrea termenung di ruang tamu. Aaden yang baru turun mendekati kakaknya.

"Kenapa?" Aaden ni memang prihatin. Mana Arisha ni? Susah nak lekat rumah betul la minah ni. Ayden semestinya dalam bilik dia.

"Tak ada apa-apa la. Kita dekat sini lagi seminggu kan. Apa plan kau?" Andrea saja mengajak Ad bersembang. Lagipun Ad bukan tahu yang Andrea nak pergi berperang nanti.

"Ikut kau berperang." Ad membalas selamba sambil tangan mengetik telefon sendiri. Andrea memandang Ad.

"Repeat your word." Andrea memang takkan sekali ajak Ad untuk berperang. Tapi Ay tu selalu.

"Aku nak ikut kau berperang." Ad buat muka bosan. Andrea ni bukannya pekak pun.

"How do you know that?" Andrea bertanya senada. Tak mungkin Arisha cerita sebab Arisha pun tak tau aku nak pergi bertempur. Ay? Dia takkan buka mulut sebab Ay memang jarang bercakap dengan di orang ni.

" I heard it." Ad buat muka lagi. Bukannya aku tak reti berlawan pun. Aku pun dah biasa tembak orang apa.

"Me and daddy?" Andrea bertanya lagi. Memang tak boleh bertolak ansur dengan Ad. Kalau dia ada memang susah la nak bertempur. Nanti belum apa-apa dah ada masalah.

"Siapa lagi?" Ad julingkan mata ke atas. Andrea tersandar. Kalau Ad nak ikut memang dah tak boleh nak buat apa dah.

"Betul ke ni? Kalau jadi apa-apa aku tak nak tanggungjawab." Andrea sengaja menakutkan Aaden. Kalau dah adik tu sah la kena bertanggungjawab kan?

"Kaca pecah pun aku yang kena bersihkan. So kiranya aku ni bertanggungjawab." Aaden mendabik dada. Andrea pening kepala. Lantak kau la dik.

"Boleh ikut tapi jangan buat masalah." Andrea memberi kata putus. Lagi tak jawab ok selagi tu dia asyik meminta. Rimas.

Apa lagi, bersorak la si Aaden tu. Seronok sangat. Tak takut kena tembak ke? Orang lain dah prefer duduk rumah dah.

AC

"Yow An, Ad ikut?" Arisha masuk dengan selamba dinosaur dia. Rasa nak sepak pun ya. Dah tu masuk bilik orang dengan tak reti nak ketuk pintunya terus baring buat macam ni bilik dia.

"Senyap la. Aku banyak kerja ni." Andrea malas melayan Arisha. Nanti sampai sudah kerja tak siap.

"Buat macam aku tak tahu yang kau punya kerja semua dah siap." Arisha menjulingkan matanya ke atas.

"Look, what you want from me?" Andrea memusingkan kerusinya menghadap babun yang tak pernah reti tak kacau orang.

"Ay ikut?" Arisha bertanya dengan muka serius. Andrea melepaskan keluhan. Tadi Aaden. Ni Arisha pulak. Penat lah macam ni. Rajin sangat semua nak mengikut kenapa?

"Ay mestilah ikut. Dia kan headhunter." Andrea membalas. Jawab je la. Tak jawab nanti lagi banyak benda pelik-pelik yang bakal dia buat nanti.

"Aku nak ikut. Kalau kau tak bagi, aku hack kereta kau tak bagi berhenti." Andrea pegang kepala. Kenapa adik beradik Collins ni suka sangat buat orang lain pening kepala?

"Tolonglah, Ar. Aku bukan nak pergi jalan-jalan atau pergi meet and greet orang tau. Aku nak pergi berperang." Selalunya Arisha hanya akan back up dari belakang. Dia akan hack musuh. Nasib la ada adik pandai hack huhu.

"Sebab kau nak pergi berperang la aku nak ikut. Aku akan hack dari dalam kereta ke, dari tepi ke. Bolehlah..... Tolonglah....." Buat dah muka comel mintak penampar dia tu. Andrea hanya melepaskan nafasnya perlahan. Parah betul ada adik-adik macam ni.

"Ikut kau la." Andrea sambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Arisha tersenyum lebar. Yessssss......

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now