Andrea melangkah pantas masuk ke rumah teres dua tingkat itu. 'Dalam banyak-banyak rumah, rumah kecik ni jugak yang kau pilih kan.' Andrea menggeleng perlahan.
Andrea mengetuk pintu rumah itu. Rumah itu berwarna oren, tak paham betul aku. 'Pelik-pelik betul perempuan ni.' Getus hati Andrea.
"Yow bro." Seorang perempuan dengan rambut berwarna perang membuka pintu.
"Lah kau ke, ingat ke ba** mana tadi kacau aku tidur." Andrea abaikan apa yang budak tu cakap.
"Ba** kau. Kerja macam mana?" Andrea membalas dingin. Budak tu cuma sengih sampai sepet mata. Ya itulah Marya. Siapa masih ingat siapa Marya sila angkat tangan.
"Bosan sia duduk sini. Semua dah beres. Aku nak balik sana cepat. Rindu ibu aku." Marya ni sebernanya mix. Abah dia asal Melaka. Abah dia dah meninggal akibat kemalangan. Keluarga abahnya tak nak terima Marya dengan aunty Marilyn(kami panggil aunty Lin je.). Kebetulan kami ni sepupu. So Marya ni pun join la TCM. Dia pun tak kisah dengan keluarga belah abahnya tu. Tak nak terima sudah. Macam aku yang nak sangat pergi melutut depan diorang. Bak kata Marya.
"Bagus. Sekarang kau pergi kemas semua barang kau. Kita balik KL." Marya buat muka.
"Lah.... Kenapa tak fly balik British terus?" Marya bertanya dengan dahi berkerut.
"Aku ada pendatang asing dalam rumah. Sekarang ni. Aku. Kena. Jaga. Dia." Andrea menjawab sepatah - sepatah.
"Cepat siap." Marya terus berlari ke tingkat atas. Sementara Marya bersiap, Andrea boleh lagi sambung tidur.
AC
"Marya!" Arisha yang baru turun tangga terus berlari mandapatkan Marya yang baru sampai. Apa benda la Minah ni.
"Woi set**, sakit ba**! Kau peluk aku sampai tak boleh nak bernafas aku." Marya menolak tubuh Arisha sedikit. Baru boleh bernafas dengan tenang. Huh! Kalau aku mati polis tangkap dia. Dia bunuh aku.
"Aku rindu kau la ba**. Da*n much." Arisha mencebik. Dah berapa tahun tak nampak makhluk sesat ni.
"Buruk si** muka kau." Arisha dan Marya ketawa mengekeh sambil menaiki tangga. Sambil beriringan berpegangan tangan ewah."Aku ni halimunan ke apa?" Andrea berjalan ke sofa kemudian melabuhkan punggungnya. Mengantuk pulak. Dah la drive punya jauh. Letak kepala lena terus.
Adryan yang baru nak turun tangga ternampak kelibat Andrea. Ya Allah. Patung tu eh, bukan Andrea dah balik. Sapa pulak perempuan rambut perang tu?"An! Bila kau balik?" Aaden yang baru keluar dari dapur meluru ke kakaknya. Andrea yang sudah lena tu terkejut. Jebon betul budak ni. Nak aku mati cepat ke? Sangat bagus budak ni.
" Jangan kacau aku set**." Andrea dah bengang. Merah muka dia. Aaden senyap kemudian menggaru kepalanya. Salah timing pulak.... Hmmm kenapa apa masalah budak ni?
"Kau nak apa?" Andrea rasa bersalah pulak. Adiknya ini kan memang macam tu. Over excited. Kadang-kadang tu tak tau otak dia tu senget ke apa ke.
"Saja nak meraikan kepulangan kau." Aaden sengih tak bersalah. Kalau dia mati hari ni sampai kan Salam dia untuk kawan-kawan dia yang tak pernah wujud yang cari dia bila ada masalah je tu. Dia bukan macam Arisha tu. Berani tak habis-habis. Sabar je lah.
"Ya lah... Lain kali jangan terkejut kan aku macam tu ok?" Andrea tersenyum. Aaden ni paling cari gaduh perangai dia walaupun macam haram sikit eh banyak.
"Mampus kau la AHAHAHAHAHAHHAHA." Kemudian yang Aaden berlari naik ke tangga. Menuju ke biliknya. Ghisau Andrea tembak kepala dia ja ahahahahahahs.
"Kau ni kalau aku tembak kepala kau naya ja mati katak." Aaden yang naik tangga terserempak dengan Adryan. Kakak dia kat bawah biar je mengamuk.
"Kau pahal? Lapar ke?" Aaden bertanya sampai keningnya bertaut.
"Kakak kau...... " Adryan senyap apabila Andrea dah berada di belakang Aaden. Bermakna depan Adryan.
"Blah, aku nak lalu. Penat nih." Andrea buat macam Adryan tak wujud. Terusik jugak hati batu tu tengok Adryan. Ya la, dah la handsome. Hmmmm..... Nasib baik bukan suami orang. Kalau suami orang pun aku bunuh isteri dia aku ambik Mamat ni.
"An, lapar." Aaden memegang perutnya. Andrea berhenti berjalan, pusing ke belakang kemudian membaling kunci kereta porschenya ke arah Aaden.
"Bawak dia sekali. Jangan merayau kalau tak nak aku bakar kereta kau." Aaden telan air liur. Andrea gila tu memang pernah bakar kereta. Bukan kereta dia, tapi kereta Arisha. Dah arisha cari gaduh. Andrea pun bukannya jenis yang main-main. Bagus la elok sangat jadi adik beradik dua ekor tu.
"Jom cepat." Aaden berjalan keluar. Kemudian Arisha berlari ke arah Aaden diikuti Ayden. Arisha tersengih lebar tapi Ayden Still masam muka. Bila la kau ni nak senyum? Muka macam tertelan biji limau.
"Nak ikut." Arisha terus mintak nak ikut. Nanti lambat kena tinggal.
"Ba**. Mana muat." Aaden dah bengang. Bukan nak bagi tau awal-awal. Tengok-tengok dah muncul, entah jatuh dari planet mana tah. Duk tak duk nak ikut. Ikat atas bumbung baru tau.
"Bawak kereta buruk kau ah." Aaden jegilkan matanya. Sedapnya mulut mengata kereta BMW aku buruk. Arisha ni nak kena betul.
"Banyak la kau buruk." Kemudian mereka ke garaj dan bertolak ke kedai menggunakan kereta Aaden.
"Nak makan kat mana ni?" Aaden bertanya. Dia mengerling ke arah Arisha di sebelah. Sibuk nak duduk depan. Konon pandai tengok jalan. Pastu berapa banyak simpang terlepas.
"Mulut." Ayden jawab mendatar. Untuk beberapa saat kereta itu sunyi. Hambar.
"Tak lawak bro." Adryan menjawab. Dia hanya memandang ke hadapan. Ke arah jalan raya. Entah la tak tau nak gelak ke nak nangis.
"Hambar bebenor cheq rasa." Aaden membalas. Ni lagi pelik mana pulak dia belajar.
"We set** masa bila kau belajar cakap perak ni?" Ayden berkerut dahinya.
"Aku ni jiwa satu Malaysia. Kau tahu apa." Aaden ketawa mengekek. Arisha dah habis malas nak dengar kembar ni gaduh. Memang ada yang kena ketuk juga diorang ni. Orang dah lapar dia boleh bergaduh pulak.
"Sudah la tu ba**. Aku lapar." Arisha membalas mendatar. Perut aku dah nyanyi lagu taki-taki rumba dah ni. Diorang sibuk nak gaduh. Kang aku taki-taki kepala diorang baru diorang tau.
"Kau nak makan kat mana?" Dah malas nak layan Aaden. Ayden tanya Adryan.
"Kita makan dekat gerai biasa je la. Tempat ni sedap." Adryan memutuskan yang dia tunjuk jalan. Dan Aaden yang bawa kereta.
YOU ARE READING
C | BAD GIRL
RandomAndrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah...