43| cute

3.1K 139 0
                                    

"Sayang, Nah bubur. Tapi bubur ni bae tak buat. Arisha yang buat, ada tetamu tadi." Adryan menatang dulang memasuki bilik Andrea. Andrea bangun duduk. Kemudian dia tersenyum manis.

"Ar memang pakar kalau bab masak. Cuma dia jarang tunjuk skil." Adryan terkejut. Maaf kan aku oh adik ipar, tidak ku sangka kau pandai masak rupanya. Ingat ke pandai jadi bebal je tapi pandai masak rupanya kau wahai adikku.

"Sayang nak bae suapkan." Kemudian Andrea tersengih. Serius comel. Adryan tersenyum je. Nasib bini comel. Kalau tak comel aku campak laut. Dah la mengidam macam-macam.

"Buka mulut aaaaa..." Adryan dah macam suap mulut budak-budak kecil pulak. Andrea tersenyum suka. Eh budak ni. Nasib baik mengandung tau. Comel.

"Sedap la mmmm..." Bahagia betul dia dapat makan makanan tu. Adryan tersenyum je tengok isteri. Sayang la woi. Kau tak sayang bini tu kau punya pasal lah.

Selepas Andrea makan sampai licin, Dia sambung rehat. Adryan yang suruh rehat actually. Adryan pun turun bawah tengok apa yang kecoh bising bagai. Bising macam nak raya.

"Yow. Lama tak nampak kau ketua Black Diamond." Marya tersenyum. Kan dah cakap hati aku bab meneka jarang nak salah. Dah dapat lama dah dia ni sesuatu tapi tak berani nak tuduh. Ye la suami Andrea kan.

"Lama jugak tak jumpa kau. Pergi mana?" Adryan sekadar berbasa basi dah alang-alang anak dia ada main sekali. Asalnya nak tengok anak-anak. Tapi ni dah ada marya ni join je la sekali.

"Aku pergi bertapa kat banjaran Himalaya. Aku jumpa banyak doh Jin kat situ. Semua nak tumpang. Aku cakap la en aku punya beg dah penuh. Di orang lak punya sedih sampai bunuh diri meratap." Ha ni la dikatakan sembang kencang gajah boleh terbang. Ni bukan setakat terbang, ni dah main luncur salji atas angin yang tak da salji. Anda tak faham? Ye saya juga.

"Kau sembang kencang monyet pun boleh berenang." Arisha tergelak terbahak-bahak. Sambil menyepak Marya. Ni melebih dah ni manusia ni, orang lain tampar je yang kau sepak tu asey bangang lagi bahulu! Lama dah hidup macam ni la perangai dia.

"Eh jap, sebelum aku datang tadi aku nampak ada sekor mamat keluar tadi. Siapa binatang tu?" Wahai Marya, bila bahasa kamu mahu baik hah?

"Binatang tu kawan aku. Asey?" Tahniah wahai Stephan aka anjing kerana telah mendapat nama panggilan baru iaitu binatang.

"Aku tak suka tengok dia rapat dengan rumah ni atau korang. He is something." Marya meyakinkan mereka. Sebab dia memang tak suka tengok binatang tu.

"Aku baru je sign kontrak dengan dia." Lepas je Adryan cakap macam tu Marya tepuk dahi. Senang betul la percaya dengan orang mamat ni. Hmmm. Are you sure dia ni ketua black diamond?

"Paling penting korang kena lindungi Andrea. Bahaya tu sebab dia kan tengah mengandung anak korang. Dia pulak lemah lagi." Marya memberi arahan. Adryan angguk.

"Mana Fal Dan Faz?" Tetiba Arisha bersuara. Sorry la aku main Xbox tadi pusing tengok keliling budak dua ekor tu dah hilang. Mana lesap pun tak tau la.

Tetiba siren dalam rumah berbunyi. Ha sudah. Kemudian ada air hujan dalam rumah memancut laju,tanda ada asap macam rumah terbakar. Tak lain tak bukan la kembar tu buat eksperimen di orang tu. Apa pulak yang di orang buat la kali ni haish...

"Kau tengok tu? Tadi elok je susun puzzle ni ha. Ni dah di orang bakar apa pulak." Marya menggelengkan kepalanya. Nasib bukan aku yang jadi Baby Sitter budak dua orang tu. Kalau tak aku kurung ikat tangan kaki babe.

"Pengawasan dua orang tu pun kau kena ketat kan. Arisya, kau wajib bjar di orang guna pistol. Aku akan ajarkan di orang guna panah. Kau Adryan kau kena ajar anak kau guna samurai. Kasi yang plastik dulu." Marya kali ni serius. Anak buah aku jangan main-main. Kang mampus takda waris pulak.

"Sapa je nak dengar cakap kau." Arisha kemudian menjelirkan lidah dan berlari meninggalkan Marya. Nak kena betul lah. Perangai rubtak pernah nak matang.

AC

Hari ni semua cuti dan semua berkumpul rumah Andrea. Cadangnya nak pergi main-main dekat pantai. Tapi tula semua tengah mengemas sekarang ni.

"Fal Dan Faz! Korang pergi masuk kereta mama kamu." Arahan dari Marya membuatkan mereka berlari laju masuk ke kereta mama mereka. Hari ni tetiba baik pulak budak di orang ni.

"Korang awasi kereta Andrea." Marya beri arahan. Aaden yang buat tarian sotong tersengih sebelum menjawab. Baik boss!

"Sapa je nak dengar kata kau babunnn." Marya tabah ja hati dia. Ni kalau aku sepak kang ada jugak yang terbang pergi UIA kang. Biar tertinbus terus dalam tanah. Jangan keluar dah. Keluar pun buat sakit jiwa aku je.

"Jangan membantah cepat jalan." Kemudian mereka jalan membawa kereta seperti yang dah ditetapkan. Kereta pun diawasi oleh bodyguard. Tahap keselamatan tu capai lima bintang dah rasanya dah.

Sampai je mereka di pantai, semua mandi manda, eh jangan cakap. Bodyguard pun mandi pakai suit lengkap tu ha.

"Mama, can I have sandwich right now? Im hungry." Faz datang dan meminta. Lapar la tu. Andrea senyum dan meletakkan sandwich dalam pinggan dan diserahkan ke anaknya.

Kelihatan seorang lelaki sedang menghendap mereka melalui belakang pokok. Khusyuk nau tenung.

Ktak

"Apa yang kau tengok tu?" Arisha dan Andrea dah ada belakang dia dengan pistol dekat tangan. Silap langkah melayang nyawa woi.

"Tak da apa-apa pun." Lelaki tersebut tetap diam hadap pokok. Tak berani nak pusing ka apa ni? Memang tak berani la. Sekali picu ditarik, nyawa dia dalam bahaya.

"Kau ingat kami ni se bodoh babi hutan macam kau ke?" Arisha ni la, tak kurang ajar tak sah kan haissshhhhh...

"Kau akan ditahan dan aku nak siat kulit kau. Aku cucuk mata kau dengan pisau. Tengok family aku sangat kan." Marya bukan jenis yang orang tak boleh langsung tengok orang usha family dia. Cuma this type of man kinda something. Sesuatu sangat.

"Fine aku ikut kau." Kemudian lelaki itu ikut Arisha dan Marya. Dan tak ada siapa pun yang perasan di orang dah tak da tinggal family mereka je.

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now