Petang ni semua duduk dekat ruang tamu. Semua tengok TV. Andrea senyap je. Semua la senyap. Single sofa Andrea dah cop. Dia kan tuan rumah so lantak dia la nak duduk mana kan?
"Bosan si** duduk macam ni. Tak de benda lain nak buat ke?" Arisha memecah kesunyian. Andrea pandang Arisha tajam. Arisha memang tak payah nak kata la dia tu. Duduk dia, separuh badan je atas kerusi. Anggota badan yang lain dah melurut ke bawah. Macam sotong tak cukup tulang tu ha.
"We tenuk. Duduk elok-elok." John menegur Arisha. Dah la duduk macam tu. Pakai baju besar. Kau rasa? Memang tak senonoh betul Arisha ni.
"Entah. Dah macam orang nazak kau ni." Jack menambah perisa. Arisha menjeling si tuan mulut. Cili kang!
Andrea terus bangun dari kerusinya. Ada jugak orang pecah kepala kang. Bengang betul dengan adik-adik yang suka memba** ni. Orang suruh senyap tengok TV dia sibuk bosan la. Apa la. Kejadah apa namanya tu? Kejadah nak mati awal?
"A donde vas?(kau nak pergi mana?)" Jack bertanya. Ya lah, dia yang ajak lepak tempat bosan ni. Dia yang bangun dulu. Adryan kerut dahi. Berapa kali aku nak bagi tau ni? Aku tak paham bahasa kejadah tu. Aku kena belajar ni.
"Importa tu propio negocio (mind your own business)." Andrea membalas. Semak je nak tau. Lantak aku la. Semak pahal an? Kaki melangkah ke atas. Baik tidur bagus. Tengok drama pun bosan. Balik balik cinta. Semak. Buat la bunuh ke mati ke. Best la jugak. Cliche sangat kahwin ada orang ketiga tak pun mertua tak suka. Lol.
"Por que con el?(kenapa dengan dia?)" Aaden bertanya. Adryan buat muka pasrah. Tanya aku buat apa. Bahasa korang pun aku tak paham. Aku kena pergi seluk kepala dalam laut ni.
"Obien, loco-loco.(entah. Gila kut)" Arisha membalas selamba. Sekarang dia dah duduk betul-betul. Dia memang bosan gila ba** tadi. Bosan tu memang sama macam waktu sejarah. Rasa nak landing je. Dapat landing tu rasa macam pergh syurga!
"Periodo Tal vez(period Maybe)." John membalas. Kenapa Andrea mengamuk tiba-tiba? Persoalan tak boleh dirungkaikan. Kena masuk makmal selidik ni. Tengok-tengok doktor suruh balik rumah.
"ESTOY ESCUCHANDO, PERRA!(Im hearing, bitch!)." Bergema suara Andrea di setiap pelosok rumah. Tu ha dia punya kuat. Menggegarkan alam. Hiperbola je semua tu haha.
Adryan angkat kening sebelah. Tak tahu nak buat reaksi macam mana. Aku dah la tak paham bahasa di orang cakap tadi. Yang aku tahu Andrea marah. Bila dia naik atas terus menjerit. Pelik. Aku kena menjerit sekali ke?
"We, An dah gila. Takziah untuk dia." Jack membisik ke telinga Aaden dan mereka ketawa bersama. Apa yang lawak? Yang lain tengok je. Tak de nafsu nak masuk campur.
"Eh kau ni. Dia tak gila. Cuma mental disorder. HAHAHA." Aaden join si Jack ketawa. Arisha tengok Aaden dengan dengan Jack. Macam pelik je dua ekor ni.
"Korang bising lagi aku sumbat tisu ni." Arisha dengan muka tegas mengeluarkan arahan. Mula-mula jack dengan Aaden senyap tapi mula mula je la. Lepas tu macam beruk hilang anak tapi tu kelakar bagi ibu beruk itu.
"Lawak do." Aaden gelak sampai mengalir air mata. Arisha menjeling. Kemudian Arisha tenung John. John yang baru perasan terus tengok Arisha.
"Nak apa kau?" John sergah Arisha. Arisha angkat bahu kemudian ketawa mengejek. Lah apa hal minah ni? Gila ke? Sakit mental betul la Arisha ni. Ghisau ek.
"Kau tak rasa pelik ke?" Arisha tanya John. John angkat kening. Apa yang pelik? Kalau kau tu sentiasa pelik.
"Apa benda nya kau ni?" Benda tak kecoh pun di kecoh nya Arisha ni. Nanti kang ada yang kena sepak masuk kolam kang.
"Kita patut ada dekat Langkawi kan sekarang ni?" Arisha ketawa besar. Seronok tengok muka cuak si John. John telan air liur.
"ANDREA! ANDREA!!!!" John dah buat sesi memekik di ruang tamu. Serius Arisha rasa nak sepak je si John. Hotak apa si** menjerit. Pekak ba** telinga aku. Kan sendiri menyesal bagitau.
"Nak apa setan**?!" Andrea dekat atas dah bengang. Ni tak lama mati la ni. Hotak menjerit. Kalau tak ingat tu aku punya orang kanan dah lama kau mati. Makin sial je perangai.
"LANGKAWI!!!!!" Satu perkataan je macam tapi punya panjang harakat tu. Dengan suara macam singa punya kuatnya.
"Korang bertolak sekarang!!!!! Aku pergi kemudian." Andrea mengeluarkan arahan. Macam mana aku boleh terlupa ni?
"Kereta?" Jack bertanya dengan muka blur. Marya tenung Jack. Ringan je tangan aku nak tembak mamat bangang ni.
"EH BABI!!!! PUNYA BANYAK KERETA DALAM GARAJ NAK BUAT APA? PERHIASAN? AKU NAK KORANG NAIK SATU KERETA DUA ORANG. BAWAK KERETA yang laju tak kisah la Porsche ke Lambo ke McClaren. AKU NAK KITA CEPAT SAMPAI!!!!" Arisha pandang yang lain. Kemudian dia pandang sekor-sekor.
"Dah dapat arahan kan? Tunggu apa lagi? Nak kena bunuh baru nak move?" Arisha membalas lagi. Ayden mengulingkan matanya ke atas. Over si** Minah ni.
"Pair?" Aiden bertanya. Kang nanti salah naik mula nak hukum merapu. Suruh bawak kereta jalan tapi tak boleh buka enjin la. Suruh kita beli makanan tapi tak nak makan. Tu ciri-ciri orang sakit jiwa macam Arisha ye kawan-kawan. Jangan la serabut kan keadaan macam Arisha. Dapat kat Author memang campak je masuk laut. BIARKAN.
"Ayden kau dengan aku. Marya dengan John. Jack dengan Aaden. Adryan kau pendatang asing naik dengan set** kat atas tu. Kau drive kalau kau nak hidup lama lagi." Arisha buat perangai queen control lagi. Yang lain mengangguk je.
"Move. Move cepat." Arisha menggesa mereka cepat bergerak. Jangan sampai setan kat atas turun nanti tengok kita tak pergi lagi memang menempah bala namanya.
Mereka mula bergerak kerana semua barang dah selesai letak barang dalam bonet kereta. Satu-satu kereta mewah dikeluarkan dari garaj. Adryan tengok sepi. Aku pun ada kereta macam tu cuma dia bukan jenis nak menunjuk.
"Mana ahli neraka yang lain?" Dengan habis selambanya Andrea menolak bahu Adryan dari belakang. Adryan pandang Andrea. Seram. Andrea pakai jaket hitam berhoodie dengan skinny jeans hitam. Rambut pula diikat tocang kuda. Nampak betul macam badgirlnya.
"Di orang dah pergi. Tinggal kita je." Selepas dengar apa yang si pendatang asing aka Adryan berkata, Andrea masuk ke garaj.
YOU ARE READING
C | BAD GIRL
RandomAndrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah...