17| ball

3.6K 170 6
                                    

Tema ball malam ni ialah WHITE AND BLACK ENGLISH STYLE. First dengar black and white Andrea tersenyum. Dengar English Style tu yang rasa nak meraung. Sah kena pakai dress! Dan sekarang dress dah ada sebab? Sebab tanpa aku ketahui macam mana Adryan sempat pergi beli. Tapi...... Seksi! Macam ni ha! Atas je. Bahu terdedah sikit. Tapi bawah tu melepasi lutut la.

"Adoi la. Aku buat-buat pengsan tak nak pergi ball tu agak-agak boleh tak?" Andrea tersenyum sinis. Idea datang~~~~ tetiba bunyi mesej masuk.

Jangan nak mengelat. Pakai baju tu pergi ball.

Tak nak pergi huawaaa!!!! Adryan kejam. Jap, kenapa aku tunjuk manja ni? Dan kenapa Adryan tau ni? Telepati ke apa?

Mana ada mengelat. Dah la aku nak siap. Semak.

Adryan di biliknya tersenyum. Ingat aku tak tahu kau tak nak pergi? Nak tipu penipu memang takkan dapat la. Mesej Andrea dibiarkan. Nombor didail. Selepas beberapa saat baru orang di sebelah sana mengangkat call.

"Aku nak kau start cover. Jangan biarkan atau lepas masuk sesiapa yang mencurigakan. Once they get in, I kill you." Mendatar dan tiada perasaan. Mengugut dengan senang hati. Orang sebelah sana menelan air liur. Mati!

"Baik sir." Dengan suara mendatar juga dibalas. Siapa tak takut? Tuan dia ni mana pernah mungkir janji.

"Good then." Adryan berhentikan panggilan. Dia mengeluh. Harap Andrea terima. Agaknya macam mana eh dia pakai baju tu? Takut tergugat iman. Hehehehehe.....

AC

Andrea keluar dari biliknya dengan gaun tadi dan mennyarungkan kasut tumit 2 inci. Kalau aku dapat kedai tu, memang aku bakar kedai yang jual baju macam ni. Kisah apa aku?

Dalam masa yang sama Adryan juga keluar. Bilik mereka bertentangan. Dalam masa yang sama mereka berpusing menghadap satu sama lain. Kelu beb! Hahahahahaha.

"Creaciones realmate hermosas de dios(cantik sungguh ciptaan Tuhan)." Tanpa tersedar ayat itu terkeluar dari bibir Adryan. Andrea kerutkan dahi. Suka kerut dahi. Cepat tua baru tau.

"Mana kau belajar bahasa tu? Kau sebernanya pandai cakap bahasa Spain kan?" Andrea menebak. Adryan garu belakang kepala.

"Baru je belajar dengan John dan Jack." Dan aku kenal sangat bahasa Spain. Sorry my dear.... Sambungan dalam hati. Andrea terus tersenyum. Walaupun hati rasa curiga lagi. Tak pe. Banyak masa lagi nak siasat. I can feel something about him.

"So bila boleh jalan ni?" Andrea bertanya. Adryan lepas nafas lega. Nasib dia tak syak apa-apa. Adryan tersenyum juga.

"Jom." Adryan berjalan sebelah Andrea. Cantik Andrea pakai baju hitam tu. Walaupun agak seksi dekat bahu dan lengan. Adryan tersenyum lagi.

Mereka berjalan ke dewan makan-makan dan jugak tempat rasmi perjumpaan malam itu. Rasanya kami yang lambat sekali. Sebab dah tak de orang lain dekat belakang. Eh eh berdebar la titeww. Pintu dibuka dari dalam dan pasangan(Adryan & Andrea) yang terlebih bahagia sangat tu masuk. Rasa macam orang kahwin pulak.

"Ramainya. Cantik dewan ni." Andrea menggumam. Bukan tak tahu tu salah satu cawangan hotel inche bakal suami. Besar la jugak. Ramai pulak pandang-pandang sini sambil berbisik. Andrea buat muka steady. Senyum tak ketat sangat pun tak. Cuma memaniskan muka je.

"Sini my dear." Lengan Andrea yang terdedah ditarik ke satu meja di hadapan. Lagi la ramai berbisik. Andrea luaskan pandangan. Ada yang bertudung, ada yang freehair. Tapi yang pasti, dia ja Minah saleh sesat dekat sini. Andrea buat dono je. Kalau John ada memang awal-awal lagi aku pasang bom dalam dewan ni. Eh! Mana boleh tukan dewan inche bakal suami. Habis hancur... Kesian.

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now