14| meet

3.8K 175 8
                                    

Satu dress labuh disarungkan ke badan. Rambut dibiar lepas. Cuma ikat sikit je dekat belakang. Andrea termenung depan cermin. Betul ke apa aku buat ni?

"We kau dah siap ke An?" Arisha dengan selamba habisnya masuk ke dalam bilik Andrea yang tak berkunci. Apa benda set** tu buat depan cermin? Tengah kira saat nak mati ke apa.

"Ar, apa yang aku buat ni?" Andrea mengadu kepada Arisha. Arisha adik dia. Macam mana pun mesti dia akan mengadu adik dia punya. Walaupun dia tak macam manusia.

"An, kau kuat tau. Aku tengok kau macam super woman tu ha. Sekejap je tumpas kan musuh." Arisha cuba buat lawak tapi lain pulak jadi. Andrea tenung muka Arisha, kalau dia ni mati agak-agak macam mana?

"Aku tengah serius ba**. Serious talk." Andrea membalas dingin. Perangai ba** dia menjadi-jadi la. Bila nak habisnya? Ada ubat tak? Memang lama-lama aku yang tanam dia masuk kubur sebelum aku.

"Ok. I know you can do It. You are the best sister ever and the childish savage chief ever. So I salute you as a chief and I will hug you as a sisters." Kemudian Arisha memeluk Andrea kemas. Drama air mata guys. Jom skip. Nyampah nak mampos tengok drama sebabak ni.

AC

"Ha mai masuk rumah. Maklum la rumah tak besar macam kamu." Mr. Ady merendah diri, bukan tak tahu yang Mr. Ady ni jutawan dekat British. Mrs. Adryele tersenyum lembut.

"Eleh rumah dia punya besar ni ha. Suka merendah diri kau ni." Dato Sri Adryan Daniel tersenyum bahagia. Rumah macam istana dia kata tak besar lagi? Macam mana agaknya rumah si Ady ni dekat British. Bertuah kamu Iyan dapat keluarga yang serba serbi kaya. Dah lama tak jumpa kawan sepermainan dulu. Sejak Mr. Ady berkahwin dan pindah ke British, mereka sudah lost contact. Alhamdulillah ni jumpa balik.

Adryan Rayyan, Adryan Luqman, Adryana Sofya dan Datin Sri Ida melangkah ke dalam rumah. Masing-masing terpegun tapi Adryan Rayyan tak. Kemudian muncullah Arisha, Marya, Ayden, Aaden, John, Jack dan akhir sekali Andrea. Sofya senyap. Terpegun. Kenapa masyaAllah sangat kecantikan di orang ni?

"Ini anak aku, Andrea yang sulung. Arisha yang kedua. Aaden dan Ayden yang bongsu. Mereka kembar. Ayden abang." Mr. Ady menerangkan satu persatu. Adryan tengok Andrea tajam. Alahai cantiknya saya punya buah hati. Tambah ayu dengan dress lagu tu. Adryan tersenyum. Andrea yang perasan mata Adryan terus melihatnya. Adryan tersenyum dan mengenyit kan matanya. Kemudian tersenyum. Andrea Blushing! Nak ulang BLUSHING.

"Jom la duduk. Makanan dah siap. Kita terus cakap pasal pertunangan mereka lah ye." Mr. Ady tersenyum ramah. Mereka memang rapat. Dan Mr. Ady sama perangai dengan Dato Sri Adryan Daniel. Tak suka kona-kona. Straight to the point.

"Bagus jugak. Macam ni cadang isteri aku kami nak petang bertunang, esok tu kahwin terus. Macam mana?" Terang Mr. Ady. Mrs. Adryele tersenyum.

"Bagus sangat idea kamu tu Ida. Bila langsungnya?" Tanya Mrs. Adryele. Andrea yang duduk di tepi Marya gelisah. Asal mata Adryan Rayyan tu tak pandang tempat lain. Rasa nak cucuk-cucuk je mata tu. Geram nya lahai.

"2 minggu dari sekarang nak? Benda baik tak elok lambatkan. Betul tak?" Andrea telan air liur. Serius la secepat tu? Cuba berlagak cool. Cuba ukirkan senyuman. Adryan Rayyan pun terkejut dengar. Tau la benda baik tak elok lambatkan tapi ni cepat sangat. Aku tak sedia dari segi mental ni.

"Mummy, kenapa cepat sangat? Kesian Fya tengok akak Andrea tu." Adryana Sofya cuba menyelami hati bakal kak ipar. Hek eleh kalau Fya kena pun rasa nak mati dah ni. Nyawa hujung tanduk hehe.

"Kan Daddy yang cakap sayang, benda baik tak elok lambatkan. Lagipun Kak Andrea kamu mesti banyak kerja lagi dekat British. Kita tak boleh nak buat apa sayang. Lagipun aunty Adryele pun dah setuju kan." Datin Sri Ida tersenyum menerangkan kepada anaknya.

"Kira semua ni Settle la kan, 2 minggu dari sekarang mereka kahwin. Dah tak da bantahan. Daddy tak nak ada apa-apa alasan dah. Faham?" Mr. Ady bertanya ke arah Andrea dan Adryan. Kedua-dua mereka mengangguk.

"Makan time!" Arisha bersorak. Aaden menarik rambut Arisha yang lepas tu. Kenapa la dengan kakak tak cukup umur dia tu? Ayden memandang sepi. Menyampah aku.

"Sorry la, Arisha memang macam tu." Aaden menutup kesalahan kakaknya. Yang lain tersenyum. Arisha memang comel. Tambah lagi bila dia buat perangai tak matang macam tu. Tapi tula boleh tahan jugak sakit hati dengan perangai tak cukup umur dia tu.

"Tak pe. Jemput jemput makan." Mrs. Adryele bangun menuju ke dapur diikuti mereka. Andrea bangun lambat kerana kain dress nya labuh. Set** betul orang yang buat baju ni. Kenapa kain labuh sangat?

"Sini." Adryan menghulurkan tangan. Terkial-kial mak long ni nak bangun tadi. Andrea menyambut walaupun agak janggal. Ni first time pegang lelaki bukan muhrim tau. Walaupun aku ni pembunuh, aku takkan sesaja nak pegang anak teruna orang ok.

"Thanks." Ucap Andrea. Malu la tite wak! Eh tergedixs pulak di situ. Hihihi

"My pleasure. Esok teman saya pergi reunion please." Adryan buat puppy eyes pulak. Nak kena bunuh ke?

"The fu**?" Serius la dia baru tolong aku bangun dah minta macam-macam? Eh set--. Adryan tersengih. Dah agak~~~

"Alaaaaaaaaa teman laaaaaaaaaaaa." Memang ada syait** yang dilaknat mati malam ni.

"No." One word. Adryan buat muka sedih. Sampai hati kesayangan aku buat aku macam ni. Aku tekad dah petang tadi. Andrea buat muka beku walaupun dalam hati dah tergelak. Kenapa comel sangat bae aku sorang nih?

"Sampai hati. Sedihnya hati aku. Rasa nak pergi bunuh diri la." Rajuk si Adryan. Andrea pandang Adryan dengan senyuman nipis.

"Merajuk nak bunuh diri. Bukan besye besye bossku." Andrea tergelak. Dia berjalan mendekati Adryan. Adryan mencebik. Alahai, comel nya Adryan.

"Apa aku dapat kalau aku teman kau?" Andrea tanya. Dia okey je nak teman si Adryan ni. Tapi bukan selalu nak mengusik kesayangan lagi tersayang ni. Hehe.

"Kau mintak aku belikan apa pun aku akan belikan." Adryan angkat sumpah. Andrea julingkan biji mata. Dia buat macam aku tak da duit. Aku ni nak belikan banglo lagi sebijik pun boleh. Bila-bila masa nak pergi beli semua dalam Shopping complex tu pun boleh. Sekali dengan Shopping complex tu pun aku terlebih mampu nak beli.

"Tak payah la. Aku melawak ja. Ok aku teman kau esok. Pukul berapa?" Andrea bertanya sambil tersenyum. Adryan pandang Andrea yang tersenyum. Alahai manisnya bidadari aka malaikat maut comel ni bila senyum macam tu.

"Andrea." Adryan memanggil. Andrea angkat kening. Kenapa main panggil nama orang sepatah-sepatah pulak ni? Sawan?

"Jangan senyum macam tu kat aku selagi kita tak kahwin lagi." Adryan kekalkan muka serius. Andrea kerutkan dahi. Hilang dah senyuman menggoda tadi.

"Kenapa pulak?" Tanya Andrea blur. Ye la Adryan ni pun bukan betul sangat wayar dalam otak tu. Ada je yang salah plug in.

"Takut tercium sebelum kahwin je. Comel sangat, menggoda iman aku." Habis je Adryan cakap macam tu, Andrea bergerak menjauhi Adryan. Tapi mungkin disebabkan kain dia yang pembawa nasib malang ni terlebih labuh, dia pun terpijak dan terjatuh. Sebelum terjatuh, sempat lagi tangan grab benda.

Automatik tangan Adryan memaut pinggang Andrea. Adryan tersenyum. Jarak mereka hanya 2 inci. Uish bahaya kedudukan ni. Gerak sikit memang tersentuh badan la.

"Ya Allah! Tak kahwin lagi ni. Mana boleh duduk macam ni. Mummy dengan Daddy memang patut cepatkan perkahwinan kakak dengan Along la." Suara Adryana Sofya menyedarkan Adryan yang sibuk berangan. Dia tersengih dan mengalihkan tangan dari pinggang Andrea. Nasib baik Andrea boleh seimbang kan badan. Kalau tak dah tersembam dah.

"Jom makan." Tu je yang dia sanggup cakap. Malu laaaaaaaaaaaa tertangkap tadi. Adryan tahan muka. Sabar je la.

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now