"Kau rasa sapa?" Yaz bertanya dekat Wan. Wan garu kening. Haih pening.
"Kau tak dapat hints ke? Kau tanya kat Qair tak?" Wan tanya Yaz balik. Sekarang mereka duduk dekat Cafe universiti Yaz dan Qair. Wan ni tak dak patient ke?
"Apa ni? Aku dengar orang sebut nama aku." Qair datang menjengah. Secara mengejut pulak tu muncul. Dah ganti perangai dengan Qallish ke apa?
"Hah! Sembang tak ajak!" Qallish muncul elok atas kerusi depan mereka. Ni memang betul Qallish. Nyampah rasanya.
"Speak of the devil!" Serentak Yaz dan Wan berkata. Qair tersenyum. Qallish tergelak berdekah.
"Dapat info tak? Kami ni dah tersimpul mati dah otak pikir." Yaz pegang kepala. Student yang lalu cuma senyum je. Semua tahu yang Yaz ialah profesor paling gila dalam universiti tu.
"Dah dapat." Qair membalas tenang. Yang lain menganga. Seriously? Dan dia senyap macam dia tak tahu apa-apa? Nak mampos kah? Dah bosan hidup gamaknya.
"Kau dah dapat?!" Yang lain menjerit. Semua yang berdekatan menoleh ke arah mereka. Qair raup muka. Kawan sapa ni? Kutip balik cepat.
"Dah. Dan dah Settle tapi keadaan kita yang bahaya." Qair teguk perlahan air Coke.
"Silap langkah sikit kita...." Zaf petik jari. Elly jugak ada di belakang Zaf. Berkumpul semua kat situ.
"Kau pun dah tau?" Wan menganga. Yang lain angguk. Zaf dan Elly gelak.
"Korang je yang slow update dalam group ni." Elly membalas kemudian selamba ambik cawan Mocha iceblended Yaz.
"Kurang ajar. Dah la kutuk aku lepas tu minum air aku." Yaz muncung mulut. Yang lain ketawa. Tak padan dah profesor perangai macam budak tujuh tahun.
"Kesahnya." Elly membalas. Zaf senyap melihat mereka. Macam-macam, seorang kuat mengusik, seorang kuat merajuk. Rasa nak tolak dari bangunan 70 tingkat je.
"Dah dah. Sekarang ni jaga diri. Kita hampir terbongkar." Qair kemudian bawak keluar fon dan mula main game PUBG. Yang lain pun bawak keluar fon. Jom main!!!!
AC
Ketua mafia? Dekat situ? Dark Knight? Bukan di orang dah musnah? Macam mana boleh hidup balik? Dark Knight bukannya musuh TCM dengan diorang ni boleh tahan segeng kalau di orang bergabung, tak da orang berani lawan.
Tapi tu la, sejak beberapa tahun yang lepas Dark Knight hilang macam tu ja. Di orang lesap dan tak dapat dikenal pasti. Ayden yang si Hacker pun tak dapat nak cari.
Sampai sekarang pun tak da tanda-tanda yang ditinggalkan Dark Knight. Andrea raup muka. Dia dalam office sekarang ni. Start hari ni semua dah kerja.
Kemudian Ayden masuk ke bilik Andrea. Nak hantar fail Collins Airlines la tu. Andrea angkat muka pandang Ayden.
"Nah fail Collins Airlines." Ayden meletakkan fail dia atas meja Andrea. Itu Ayden, kalau Arisha dia baling ja. Dah sifat kurang ajar tu paham sangat.
"Ayden. Kau ada perasan apa-apa sign kumpulan Dark Knight dah kembali?" Andrea bertanya pandang tajam muka Ayden. Ayden tayang muka tenang walaupun dalam hati gelabah. Kenapa pulak....
"Aku pun ada perasan benda ni. Nak bagi tau kau, kau busy sangat. Tengok-tengok kau dah tahu." Ayden ambil tempat depan Andrea. Andrea mengeluh. Dark Knight. Pandai korang menyorok.
"Aku nak kau cari diorang." Andrea memberikan kata putus. Ayden mengeluh.
"Kau tahu aku tak mampu. Trik diorang tak pernah sama." Ayden pejam mata. Penat pikir pasal hal ni. Sejak An balik dari Langkawi dia rasa something tak kena je.
"Marya?" Andrea tanya lagi. Ya, Marya pun bukan calang-calang orang hebatnya. Selain sifat pandai selidik dia, dia jugak mempunyai instict yang 70% akan betul. Ayden bersinar mata. Akhirnya masalah aku selesai dapat kat beruk tu.
"Esok aku cari dia." Ayden bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari bilik Andrea. Andrea senyum nipis. Harap Marya dapat selesaikan.
AC
"Sayang masak apa tu?" Adryan dari belakang memeluk pinggang Andrea dan meletakkan dagu dia atas kepala Andrea.
"Tengah bunuh orang. Tak nampak?" Andrea membalas mendatar. Adryan tergelak kecil. Comel la sayang titew ni bila marah.
"Ok sorry. Sayang masak apa tu?" Adryan menjengah ke kuali. Andrea memasukkan daun kunyit.
"Masak rendang daging. Dah lama tak masak benda macam ni." Andrea menjawab. Rendang tu pun Tok dia yang ajar. Mummy banyak ajar masak makanan yang asas. Ape ingat orang putih tak makan makanan Melayu?
"Bae nak rasa boleh?" Tak sempat Andrea jawab daging dah berjaya diculik Adryan. Andrea nak marah tapi terbantut bila Adryan cium mulut Andrea. Lebih tepat kongsi rasa daging tu. Andrea terkejut dan terpaku. Im dead.
"Ah dosa! Dosa! MasyaAllah! Astaghfirullahhalazim." Yaz yang baru masuk dapur menutup mata dengan tangan sambil mulut menjerit 'Allah Hu Akbar' dipandang sepi Andrea dan Adryan yang dah tak berkiss tu.
"Kau dah kenapa?" Qair yang tenang minum air botol berjalan ke dapur memandang Yaz pelik. Yaz kan..... Memang jarang tak pelik.
"Aku dah dapat dosa kering we...... Ya Allah semoga kau ampunkan dosa ku..." Yaz pura-pura menatap hiba. Sampai duduk mencangkung lagi!
"Kau ni teringin sangat ke nak duduk dalam mesin basuh?" Adryan membalas. Andrea kembali tengok lauk. Habis terbantut masakan aku. Bongok.
"Ok la, aku nak pergi usha awek kat luar. Aku dengar anak jiran mak cik Senah tu lawa orangnya. Seksi lagi satu hal. Korang duduk la. Nanti aku datang kita makan." Kemudian Yaz berdiri kemudian bernyanyi riang lagu anak itik tok wi. Apakah?
"Kenapa kau tak bunuh je dia tu dulu?" Adrian bertanya kepada Qair. Qair buat isyarat mata. Terus Adrian senyap. Lupa!!!!!
"Eh korang ni pergi mandi. Dah la busuk lepastu sibuk nak masuk dapur. Habis busuk dapur I." Andrea membebel. Adrian tersenyum kemudian mencium pipi isterinya sekilas sebelum berlari saing dengan Qair ke tingkat atas. Andrea pandang sepi. Aku rasa aku tak bela bapak budak. Ni kenapa ada badi budak-budak ni?
"You, ada apa-apa I boleh tolong." Elly dan Zaf munculkan diri. Andrea tersenyum. Tak mengecewakan betul dua orang ni. Melekat macam belangkas.
"I nak buat ayam masak lemak. You berdua nak tolong ke?" Andrea tersenyum ramah. Zaf tersenyum nipis dan mengangguk. Elly tersenyum lebar.
"I pandai dalam bab ni." Elly kemudian menolong Zaf dan Andrea memasak. Mereka memasak dengan keaadaan yang mendamaikan sebab 'budak-budak' tak turun kacau. Entah hidup entah mati deme tu.
YOU ARE READING
C | BAD GIRL
De TodoAndrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah...