"Argh.... mampus." Arisha berjalan dengan senyap di belakang rumah mereka. Jangan sampai yang lain tahu dia ada kalau tak mesti mampus dia dikenakan. Diorang dalam rumah ni akal nya bukan sihat sangat.
"We Arisha dah hilang. Cari cepat!!!" Terdengar suara Aaden kuat berbunyi. MasyaAllah Arisha raup muka. Eh takguna kau Aaden. Jap korang perasan tak Arisha dah insaf? HAHAHAHAHA jahat tul.
Nasib Arisha sangat malang bila Ayden yang jumpa dia. Ayden tersenyum sinis. Mana ko nak lari hah? aku dah dapat ko ni.
"Jom selalu kau kenakan orang. Hari ni biar aku yang kenakan ko pulak." Ayden menggendong Arisha di atas bahu, Arisha bukannya berat pun. Badan pun cekeding je.
"Eh takguna la Ayden. Turunkan aku manusia." Arisha menarik rambut Ayden kemudian menarik baju Ayden tapi mampus mamat tu bukan nak lepas pun. Dah rasa macam kena culik pulak ni. Lepasni aku kena besarkan lagi badan nampaknya.
Elok sampai tepi kolam semua dah berkumpul nak tengok Arisya nak kena dera. Ni yang best ni sebab selalunya dia yang dera orang. Arisha pun reda la. Ada family terlebih sporting pun payah gak ye kawan-kawan.
"Ok jom kita kira." Kemudian. Mereka mula mengira, satu..... dua..... tiga.... debush.... Ketahuilah bahawa Arisha dah selamat dalam air. Tak cukup dengan tu, di orang semua simbah cat dalam kolam. Ni betul nak bagi mati ni.
"Apa benda bising belakang rumah tu?" Andrea bertanya ke Adrian yang tekun siapkan puzzle nya. Memang di orang main puzzle pun hari ni. Nampak sangat tak da kerja nya tu. Lain Kali pergila rompak bank ke apa ke.
"Jom la sayang turun. Bae nak tengok jugak." Kemudian mereka berpimpinan turun ke bawah. Alah sweet nyer Andrea dengan Adryan. Sampai ke kolam belakang memang terkejut dua orang pasangan tu. MasyaAllah apa dah jadi ni????
Arisha dah tak nampak macam orang dah. Cat penuh satu badan dengan memaki yang lain. Andrea nak marah tak boleh sebab hari ni memang layak si Arisha kena dengan di orang. Nama pun Birthday dia.
"Apa yang korang buat ni?" Adryan menegur mereka. Arisha yang nampak Andrea terus peluk tubuh. Dia pandang Andrea tajam. Andrea jahat Andrea kejam.
"Aku benci kau An." Kemudian dia masuk ke rumah dan dia guling dia atas sofa biar penuh cat dekat dalam rumah. Dan usaha Arisha telah berjaya sampai ke atas meja makan pun ada cat. Yang lain tengok dah terkedu. Gila minah ni. Waktu lahir dulu ada terhantuk kat mana-mana ke? Sewel semacam je tengok.
"Jadi ke malam ni? Mengamuk sakan dah tu." Andrea tanya yang lain. Yang lain angkat thumbs up. Mesti la jadi. Tak jadi mau Arisha mengamuk.
"Hotel bae la. Senang nak uruskan." Andrea angguk. Tak kisah la mana-mana pun. janji jadi.
"Sapa bae kau bodoh! hahahahahha." Qalish gelak sambil pegang perut dia. Adryan angkat kening sebelah. Masalah kau ni.
"Dia cakap dengan isteri dia bodoh." Yaz menolak kepala Qalish dari belakang.
"Dah bodoh tu tak kemana." Qair dengan selamba jugak membalas sambil tangan disilangkan di dada. Susah ada kawan tak minum enfagrow. Otak seceot seciput.
"Dah dah. Jom bae." Andrea menarik tangan Adryan. Lebih baik bawak dia lari sebelum berlaku pentempuran yang maha dahsyat.
AC
Malam itu, seperti yang dirancangkan, mereka semua berkumpul di hotel milik Adryan. Teka apa tema Birthday Arisha nak? Dia nak warna merun.
Pelik nau Arisha nak pakai baju seram cenggitu. Kali ni Birthday dia buat dekat Malaysia.
Birthday Arisha setiap tahun mesti akan sambut dekat negara yang berlainan. Contoh tahun lepas mereka sambut dekat Spain. Tahun sebelum tu lagi dekat Jepun. Hidup manusia nomad en. Hidup setempat tak mampu. Pindah randah la ye.
"Hai birthday girl dah siap ke?" Arisha tengah berangan orang panggil dia macam tu malam ni. Sebab tu dia saja buat lambat turun bawah.
"We takguna! Kau dah siap ke belum? Acah la minah ni. Kami ni dah boleh buat puak satu lagi tau tak? Kalau aku ada cucu ni dah boleh 10 orang kau tau tak?!" Terdengar suara manusia tak berapa guna di luar. Harapan Arisha musnah hancur lebur tersejat kondensasi ni ha. Nasib aku la!
"Ye Ye dah siap." Arisha menganggap sedikit kain yang dipakainya. Punya labuh. Heh!
. Memang cantik la Arisha. Bahkan pelayan pun terkebil tengok dia. Selalunya budak ni otak dia tak berapa waras jadi pakaian dia pun begitulah. Tapi hari ini macam wow.
"Shall we?" Kemudian mereka masuk ke dalam kereta Limousin yang telah menunggu di hadapan rumah mereka. Kereta sendiri eh bukan sewa. Zaman bila sewa-sewa?
"OMG! Birthday girl. You so cute." Sesampai mereka di sana, Arisha dikerumuni dengan orang penyibuk. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Semak je laluan aku. Korang tak pernah pun ada dengan aku waktu susah. Aku dah besar baru nak jabat tangan la buat fistbumb la.Andrea tersenyum melihat muka adiknya. Tau dah arisha tu tak suka orang kerumun dia. Tu muka redha la tu. Kemudian Adryan datang dan memeluk Andrea dari tepi.
"Adik sayang dah besar." Adryan tersenyum. Kenapa la Andrea nampak lain malam ni eh? Lebih cantik. Andrea sentiasa cantik ye. Cuma malam ni dia extra lawow.
"Tapi perangai dia macam budak tak cukup umur." Andrea gelak perlahan. Tak sanggup nak hilang adik dia walaupun perangai entah apa-apa. Sayang duh. Kau rasa ada ke orang yang tak sayang langsung dengan adik beradik diorang? Nanti kalau adik aku takda aku tak boleh la nak salah kan adik aku dah .
"Hei sayang. Ok tak?" Risau pulak tengok Andrea nih. Andrea senyum tawar. Okey kut.
"Entah la. Maybe...." Ayat Andrea tergantung apabila Arisha menghampiri mereka dengan muka monyok nauzubillah.
"Asal kau jemput semua malaun tak guna tu?" Arisha pandang tepat muka Adryan. Adryan blur. Masa bila pulak aku ambik bahagian jemput menjemput nih? Aku sponsor tempat dengan makanan je.
"Ar, semua bahagian jemputan Aaden dengan Ayden dengan Jack dengan John yang buat. Adryan sponsor makanan dengan tempat je." Andrea menolong Adryan. Kesan pulak haih...
"Kenapa tak bagi tau awal-awal? Tak guna sungguh dua ekor tu." Adalah tu tak kena dengan si Aaden dan Ayden tu. Si Jack dengan John pun apa tah le cerita dia tu. Jack dengan John buat apa tu. Entah la apa yang tak kena tu.
YOU ARE READING
C | BAD GIRL
عشوائيAndrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah...